March 22, 2010

A-Fatihah & Takziah

Bandar Baru Bangi, 05 R. Akhir = 21 Mac (Ahad):

Selaku YDP dan bagi pihak semua ahli Pas Serdang kami mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga di atas berpulangnya ke Rahmatullah Saudara:

MOHD AMLI HUSSEIN (43) - Suami
PN. NOORA MOHD ZAWI (40) - Isteri
HAKIMI AKHMAD MOHD (12) - Anak

Dan mendoakan kepada Allah agar diberi kesembuhan kepada anak-anak mereka:

NOORUL FAEZA MOHAMAD (16) - Dalam ICU
AMRUL AHMAD MOHAMAD (14) - Selamat
SAFI MOHAMAD (7) - diwadkan
SAFIQ MOHAMAD (5) - diwadkan

Saudara Mohd Amli Hussein adalah Bendahari Pas cawangan Jasmin, Serdang.
Pn. Noora Mohd Zawi adalah ahli Pas cawangan Jasmin, manakala anaknya Safiq adalah pelajar Pasti di Taman Jasmin.

Berita kemalangan saudara Mohd Amli Hussein diketahui jam 10.00 pagi Ahad ini. Maklumat ini diberitahu kepada YDP Pas Serdang oleh Saudara Shahrum Abdullah Kerani di Pejabat Pas Serdang tengahari ini. Saudara Shahrum atas nama Ketua Cawangan Jasmin dan kawan-kawan juga mewakili YDP bertolak jam 2.00 petang ke Kuala Krai untuk menziarahi mereka.

Ketika dihubungi pagi ini (Isnin) 9.30 pagi, Saudara Shahrum sekali lagi ke Hospital dan memaklumkan bahawa Nurul Faiza yang kritikal selamat menjalani pembedahan.

Sempena cuti sekolah Saudara Mohd Amli membawa keluarganya pulang ke Kelantan menziarahi keluarganya dan bergerak pulang ke Kajang pada pagi-pagi hari Ahad. Dalam perjalanan antara Gua Musang - Kuala Krai kereta yang dipandunya bertembung dengan lori yang mengelak dari kereta yang memotongnya dekat Rancangan Kemajuan Tanah(RKT) Kesedar Paloh. Mereka semua dihantar ke Hospital Kuala Krai. Jenazah ketiga-tiga beranak menurut Saudara Shahrum selamat dikebumikan di kampong Salor, Pasir Mas, Kelanatan.

Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ketiga-tiga arwah dan menyelamatkan anak-anak yang sedang menjalani rawatan.

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA PULANG

No comments:

Post a Comment