March 2, 2010

Kajang Utama Diserang Denggi

Kajang Utama 03 Rabiul Awwal = 28 Februari (Ahad):

11 mangsa diserang denggi dan satu kematian berlaku di Kajang Utama, menyebabkan Ahli MPKj kawasan, Ustaz Shafie Ngah dan Persatuan Penduduk bertindak memohon pihak Jabatan Kesihatan Hulu Langat turun mengambil tindakan bagi membasmikan punca denggi di kawasan ini, Pihak MPKj juga diminta turun dengan peralatan-peralatan seperti lori, pemotong kayu dan alat-alat pembersihan. ADUN tiba dari Taman Sutera, melawat dan meninjau tempat gotong royong di jalan masuk utama ke Kajang Utama. Penyertaan tidaklah begitu ramai.

Menurut saudara Abu Bakar,Timbalan Ketua Persatuan Penduduk ``Poster-poster telah dipasang, publisiti meminta penduduk keluar bergotong royong pada hari ini telah dibuat setiap hari beberapa hari sebelum ini, termasuk oleh pihak MPKj secara penghebahan suara melalui kenderaan, tetapi nampaknya kebanyakan penduduk kurang memberi perhatian.``

"Agak sukar mendapat kerjasama penduduk. Ini untuk menjaga kesihatan diri penduduk sendiri," menurutnya.

"Janganlah bila diri kena denggi, baru bersusah untuk mendapat pertolongan." Tambahnya.
"Memang mencegah lebih baik dari membasmi selepas mengalami," ADUN mencelah.

Walau bagaimana dengan jumlah puluhan penduduk ditambah dengan pekerja-pekerja dari Jabatan Kesihatan Daerah dan MPKj gotong royong dijalankan dengan tumpuan kepada pembersihan sampah, parit dan longkang.
.
Difahamkan, pihak Jabatan Kesihatan membuat ujian terhadap air yang terkumpul dalam bekas-bekas plastik dan tin yang dibuang penduduk dilereng bukit dan didapati wujudnya kuman-kuman denggi, Sebab itu pagi ini antara aktiviti yang dibuat dilereng bukit berkenaan ialah menyembur racun aides bagi membasmikan kuman denggi. Di samping itu pemotongan rumput dan tumbuhan kecil di tepi bukit dilakukan.

Sebagai ingat mengingat penduduk hendaklah mengelak dari membuang sampah, terutama plastik dan bekas-bekas pelastik di merata-rata. Kerana air bertakung, ianya menjadi sarang bagi pembiakan nyamuk aedis.

Selepas melawat kawasan tepi lereng bukit ini, ADUN bergerak dengan Saudara Abu Bakar dan Azizi ke kawasan rumah pangsa mewah, di bahagian atas kawasan tadi dan didapati beberapa orang sedang giat membersih kawasan keliling rumah pangsa tersebut, termasuk pada bahagian kereta buruk yang dibiarkan. Tidak ramai yang mengambil bahagian. Setelah bertemu, bertanya khabar, melihat tempat-tempat dibersihkan, bahkan tumpang minum dari air yang disediakan oleh peserta wanita untuk pekerja-pekerja gotong royong yang tak seramai mana itu. Kami kembali ke lokasi gotong royong terawal sebelum memohon diri ke program yang lain.

No comments:

Post a Comment