ADUN Bangi menghadiri Solat Hajat dan Majlis Tahlil bagi Arwah Mohd Amli bin Hussein, isterinya Pn. Noora bt. Mohd Zawi dan anaknya Hakimi Ahmad bin Mohamad yang telah meninggal dalam kemalangan kereta pada 5 R. Akhir = 21 Mac (Ahad) lepas dalam perjalanan pulang dari Salor, Kota Bharu ke Bangi. Kemalangan berlaku di laluan antara Gua Musang dan Kuala Krai. Sdr. Mohd Amli adalah Bendahari Pas Cawangan Taman Jasmin, Kajang, manakala isterinya adalah ahli Pas. Jenazah tiga beranak telah disemadikan di Kg. Salor, Kota Bharu.
Solat Hajat adalah memohon dari Allah menyelamatkan keempat-empat anak arwah, iaitu:
Solat Hajat adalah memohon dari Allah menyelamatkan keempat-empat anak arwah, iaitu:
- Noora Faeza bt. Mohamad
- Amirul Ahmad bin Mohamad
- Safi Mohamad
- Safiq Mohamad
Difahamkan dari salah seorang bapa saudara anak-anak di atas, yang sama hadir ke Majlis Solat Hajat dan Tahlil yang diadakan di Surau Taman Jasmin malam ini, bahawa anak-anak ini akan dibawa pulang ke Taman Jasmin dan dijaga oleh keluarga semasa persekolahan mereka di sini. Hadir sama malam tadi Ustaz Haji Shafie Ngah, Timbalan YDP Pas Serdang yang juga selaku Ahli MPKj, En Zaid Pengerusi Surau. Wakil pihak Majikan Arwah En. Amli dari Saujana Utama Golf Country Resort turut hadir, begitu juga wakil dari Majikan Isterinya iaitu dari Koperasi Belia Islam Malaysia dari Gombak turut menghantarkan wakil. Solat hajat, bacaan Yasin dan Tahlil anjuran ADUN Bangi ini dipimpin oleh Imam Encik Abdul Razak dari Surau Jasmin.
Jamuan turut disertakan kepada semua yang hadir.
"Kita mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh tiga beranak dan memelihara dan memberi hidayah anak-anak mereka di dalam menempuhi kehidupan. Sama-sama kita memberi perhatian terhadap keempat-empat anak-anak yatim piatu ini – InsyaAllah"
Sekian.
No comments:
Post a Comment