Ingatkah anda, sebelum pilihanraya ke 11 (2004), pihak musuh dari parti lawan yang memerintah negeri Selangor pada masa itu mengeluarkan Akhbar Hantu bagi meruntuhkan kredebiliti pemimpin-pemimpin PAS, khususnya pada peringkat negeri Selangor. Mereka mengeluarkan versi tiruan Harakah yang isinya menghentam dan memfitnah pemimpin PAS pada peringkat negeri dan juga pada peringkat Pusat. Selepas beberapa siri menggunakan nama Harakah palsu, mereka kemudian menggunakan judul ‘Marahkah’ yang formatnya semacam Harakah yang juga dikeluarkan secara bersiri. Setiap keluaran diposkan kepada pemimpin-pemimpin PAS dan lain-lain serta disebarkan kepada orang ramai melalui pelbagai cara. Antaranya dilonggokkan di tempat terbuka dan orang ramai mengambilnya sendiri atau terbiar di situ.
Petanda pilihanraya semakin mendekati, kini Akhbar Hantu muncul kembali. Fokusnya menentang Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri di Selangor. Dinamakan Akhbar Hantu, kerana akhbar berkenaan tidak mempunyai nama penerbit dan tiada mempunyai sebarang alamat yang boleh dirujuk. Pendek kata tiada penanggungjawaban. Akhbar ini mengambil format akhbar ‘Selangor Kini’ Kerajaan Negeri Selangor. Akhbar Palsu ini diberi nama ‘Selangor Kita’. Fokusnya tentulah terhadap Negeri Selangor.
Perlu diingat kepimpinan parti UMNO-BN di Selangor sekarang diambilalih oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri. Sebagai sebuah negeri maju dan tulang belakang ekonomi dan pentadbiran bagi Malaysia, Selangor adalah menjadi fokus utama bagi Kerajaan UMNO-BN untuk merampas kembali dari Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun. Jika pengeluaran Akhbar-Akhbar Hantu sebelum pilihanraya 2004 adalah dari tajaan musuh politik pada peringkat negeri, maka kali ini ianya adalah merupakan dari ‘Grand Design’ dari pihak musuh pada peringkat tinggi, bukan setakat pengeluaran Akhbar Hantu, tetapi juga berbagai-bagai tektik perang dan serang politik dan mereka mempunyai peruntukan yang tidak terhad. Khabarnya musuh ini bukan setakat menggunakan pasukan penyerang dan pemusnah dari kem sendiri, tetapi bekerjasama, bahkan turut menggunakan musuh-musuh pembelot yang keluar dari Pakatan Rakyat sebagai alat dan umpan di barisan hadapan mereka.
Akhbar Hantu ‘Selangor Kita’ , Bil. 1 Tahun 1 Februari 2010 setebal 20 halaman pertama kali sampai ke Bangi beberapa hari lalu. Sudah tentulah Bangi yang merupakan kubu kuat PAS di Selangor dan Pengawal Kota Selatan menjadi fokus serangan musuh untuk melumpuhkan PAS. Khabarnya Selangor Kita dalam versi CD juga turut disebarkan. Selangor Kita membawa fitnah tentang isu arak, maksiat, Dato’ Seri Anwar, tentang MB dan Exco-Exco, Isu Khalid dan Zulkifli. Perang politik dan propaganda telah bermula, tentu ramai tertembak dan luka. Kita perlu bersedia dengan kelengkapan perang yang sempurna bagi mengalahkan musuh durjana.
Sekian.
No comments:
Post a Comment