August 20, 2010

Aktiviti Kebajikan Surau Al-Muhajirin Kajang Utama

Kajang Utama, 06 Ramadhan = 16 Ogos ((Isnin):


Kami turun ke Surau Al-Muhajirin bagi malam kelima bagi mengagihkan peruntukan ADNS Bangi kepada Masjid-Surau, iaitu kepada Surau Al-Muhajirin, Kajang Utama, Surau Bukit Mewah, Taman Bukit Kajang dan Kajang Sentral.


Apa yang menarik, pada malam ini, sempena dengan kehadiran ADNS Bangi dan Ahli-Ahli Majlis Saudara Adram Musa, Ustaz Shafie Ngah dan Pengerusi-Pengerusi Surau pihak AJK Surau yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Azhar Arshad dan Timbalannya Tuan Haji Razak mengadakan acara penyampaian sumbangan faqir-miskin bagi qariah Kajang Utama.


Peruntukan yang disediakan oleh pihak surau sendiri agak besar, iaitu berjumlah RM9,500 dan mereka yang menerima sumbangan faqir-miskin adalah serama 51 orang.
Di samping mengagihakn peruntukan ADNS, turut sama ADNS menyampaikan sumbangan kepada faqir-miskin di qariah ini.


Sementara itu pada Sabtu 04 September (25 Ramadhan) Yayasan Amal Malaysia Peringkat Serdang akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan kepada Saudara-Saudara Baru di Surau Al-Muhajirin di sini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment