August 9, 2010

Rasmi Penutup Pertandingan Bowling Pemadam Kajang

Kajang, 27 Sya'ban = 08 Ogos (Ahad):


Jam 12.30 tengahari ini ADNS Bangi ke Kajang bagi merasmikan penutupan Pertandingan Balling anjuran Pemadam Kajang bertempat di Ampang Superball, Metro Point Kajang. Menurut Setiausaha pertandingan Puan Roslina binti Mokhtar, "Pembukaan pertandingan ini sebelah pagi tadi dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Tuan Haji Zainal Abdidin bin A'la." Tuan Haji Omar yang mewakili Dato' Ujang, Presiden Pemadam turut hadir.

Menurut Puan Roslina lagi. "Pertandingan disertai 13 pasukan – termasuk satu pasukan dari Pejabat Dewan Negeri Bangi seramai 5 orang."

Antara pasukan yang menyertai ialah pasukan dari Pejabat Daerah Hulu Langat, Pemadam Negeri Selangor, Penjara Kajang, Biro Wanita Pemadam Kajang, Biro Belia Pemadam Kajang, Unit Pemadam Taman Jasmin dan Pasukan dari Bukit Raya.

Menurut Puan Roslina lagi, "Pihak Penganjur menempah 15 lane bagi pertandingan pada hari ini."

Ketibaan ADNS Bangi disambut dengan menjemput bermain balling. Lebih banyak bola miss dan keluar dari lane dari yang 'striking'.


Peraduan lebih banyak dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Penjara Kajang di samping pasukan dari Pejabat Daerah dan pemenang-pemenang perseorangan.

ADNS Bangi dalam ucapan ringkas menyatakan, ADNS Bangi m,enyokong kegiatan Pemadam bagi membasmikan penggunaan dadah yang merosakkan masyarakat. ADNS Bangi menghantar satu pasukan dari kalangan anak-anak muda sebagai menyatakan sokongan terhadap kegiatan Pemadam.


Sebelum menyampaikan hadiah-hadiah ADNS Bangi juga mengumumkan bahawa Pejabat ADNS Bangi juga akan menganjurkan Kejohanan Balling ADNS Bangi pada:

Tarikh: 16 Oktober 2010
Hari: Sabtu
Jam: 2.30 – 5.00 petang
Tempat: Ampang Superball – Metro Point, Kajang.
(Tempat Pertandingan hari ini – Tempahan telah dibuat)


Individu dan pasukan yang berminat boleh mendapat borang penyertaan di Pejabat Dewan Negeri Bangi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment