August 2, 2010

Perlantikan Dan Pertukaran

MPKj, 18 Sya'ban = 30 Julai (Jumaat):


Mesyuarat penuh yang dipengerusikan oleh YDP Dato' Hasan Nawawi Abdul Rahman mengumumkan tentang perlantikan 6 orang ahli MPKj menggantikan 6 orang yang telah tamat tempoh perkhidmatan. Dalam Mesyuarat itu ADNS mohon dari YDP agar setiap orang ahli Majlis yang baru itu memperkenalkan diri untuk maklumat ahli yang hadir. Mereka yang memperkenalkan diri ialah:

1) En. Zulfikar Ali Bin Ariffin mewakili Parti Keadilan Rakyat bagi Zon 8
2) En. Cheong Siaw Foon mewakili DAP bagi kawasan Saujana Impian
3) En. Adram Musa mewakili Pas bagi zon 22
4) En. Sany Bin Hamzan mewakili Pas bagi kawasan Hulu Langat
5) Puan Norsiah Binti Mohd Noor bagi kawasan Cheras Zon 7
6) Encik Nordin bagi kawasan Cheras Perdana zon 12.

Mereka telah mengangkat sumpah sebelum ini dalam acara khas yang telah diadakan.


ADNS Bangi juga memohon kepada YDP agar dicatat di dalam minit ucapan terima kasih kepada 6 orang yang telah tamat tempoh di atas khidmat dan kerjasama yang telah mereka berikan selama ini.


Sementara itu Tuan Haji Abdullah bin Marjunid Timbalan YDP MPKj mulai bertukar dari MPKj ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) mulai awal Ogos sebagai Setiausaha Majlis di sana. Tempat beliau belum diketahui pengganti.

Selamat bertugas kepada semua.

No comments:

Post a Comment