Sebenarnya aku telah beberapa kali dihubungi TV Selangor untuk mengisi slot siarannya, tetapi selama ini aku menolak. Namun semasa melawat ke Pesta Kacau Dodol di Pejabat Daerah Hulu Langat pada Sabtu 7 Ogos lalu aku diinterview serta diminta pandangan mengenai Pesta Kacau Dodol yang disiarkan secara langsung dari Pejabat Daerah dan juga mengenai beberapa perkara lain. Selepas itu aku diminta persetujuan oleh Penyiar secara langsung pada masa itu untuk hadir ke Studio TV Selangor , Shah Alam bagi memenuhi slot "Apa Khabar Selangor". Di atas permintaan aku membuat pengakuan untuk hadir diinterview pada hari ini di dalam ruangan disesuaikan "Apa Khabar Bangi", iaitu di bawah slot utama "Apa Khabar Selangor" yang slotnya disiarkan secara langsung setiap hari bermula 1 Oktober 2009 yang lepas. TV Selangor melancarkan operasinya bermula dari 1 Mac 2009. Berdasarkan pada surat jemputan bahawa TV Selangor ini dikendalikan oleh Syarikat yang dinamakan Communication Corporation Sdn. Berhad. TV Selangor merupakan Stesen bagi Kerajaan Negeri di bawah naungan Menteri Besar Selangor Incoporated (MBI) yang disiarkan melalui webcast melalui:
www.tvselangor.com.
TV Selangor beroperasi dari bangunan 3rd Floor, No. 6D, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40400 Shah Alam, Selangor. Bangunan baru terletak di tepi jalan dari Batu 3, sebelah kiri sebelum keluar ke Jalan Highway Kl - Klang
Mendahului masa yang aku patut tiba jam 10.30 pagi, tetapi aku bersama Sdr. Shahrum Abdullah tiba lebih kurang 45 minit lebih awal. Lantaran itu peralatan belum berpasang. Studio yang berada pada tingkat atas ini kelihatan seperti kedai gambar dipenuhi payung-payung pengawal cahaya dan peralatan camera dengan satu set kerusi bagi tamu – ruang bagi interview. Sebuah meja terbuka dengan latar berimejkan Selangor adalah meja bagi pembaca warta berita (Aku tahu kemudian bila tiba slot Pembaca Warta Berita membaca berita). Melihat realiti - di luar dari kaca tv/computer tidaklah menarik sangat, termasuk watak orangnya sebagaimana dilihat glamour di kaca tv dan computer.
Oleh kerana masa masih awal, aku mengambil kesempatan bercakap-cakap dengan Wartawan Apa Khabar Selangor, saudari Muriza Abdul Hamid Wartawan yang beliau jugalah menandatangani surat jemputan aku ke mari. Menurut Sdri. Muriza TV Selangor di bawah Pengarah – Tuan Haji Md. Yunus bin Md. Said – Beliau datang sekejap menemuiku sebagai rakan lama. Beliau adalah Bekas Pensyarah di Jabatan Komunikasi UKM. Timbalannya ialah Wan Azizul Wan Yusuf dan Editor ialah Sdr. Jasbant Singh a/l Partap Singh.
Waktu siaran TV Selangor ialah dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kecuali jika ada event-event penting. Misalnya mengenai pilihanraya, maka masanya dilanjutkan menurut keperluan. Setakat ini TV Selangor mempunyai bahagian-bahagian seperti Management, Training, Marketing, Research, Current Affairs, Visual Editor, News, Technical, Cameraman, Library, Photographer dan Selangor Kini. Menurut Muniza yang merupakan lulusan bahagian Komunikasi ITM, ``Tenaga pekerja TV Selangor sekarang berjumlah 76 orang. Monthly hitnya ialah 4 juta dan daily hit antara 200 – 300 ribu yang siarannya diikuti seluruh dunia seperti United States, Australia, New Zealand, Japan, Canada, Cairo dan sebagainya.
Segmen yang penting dan diberi penekanan oleh TV Selangor, ialah Berita dan Current Affairs. Bagi hampir setiap jam Warta Detik Selangor ke udara – secara ringkas. Sumber berita TV Selangor ialah melalui 11 orang Wartawan Berita di samping juga bergantung pada Syarikat Berita Nasional, iaitu Bernama. Menurut Muniza, "Kita tidak mengambil berita dari siaran-siaran berita tv-tv yang lain." Apabila ditanya, "Berapa bahasakah digunakan di dalam penyiaran TV Selangor ?" kata Muniza, "Setakat ini hanya di dalam bahasa Melayu dan belum ada rancangan mengadakan saluran berbahasa lain." katanya.
Apabila ditanya, "Apakah event-event yang penting yang pernah disiarkan oleh TV Selangor?" Kata Muniza, "Banyak, tapi antara yang penting, ialah laporan-laporan mengenai pilihanraya Hulu Selangor, Siaran Langsung Hari Ilmu dan Pesta Kacau Dodol di Pejabat Daerah Hulu Langat baru-baru ini."
Terbaru, untuk mendapat berita ekslusif pihak TV Selangor juga turut menghantar dua orang crew ke Ghazzah. Beliau adalah Saudara Ebrahim Harris Ismail dan Saudara Mustapha Kamal Alias. Kini kita dapat menyiarkan maklumat dari Ghazzah sama ada melalui telefon atau video.
Slot "Apa Khabar Bangi" pada pagi ini dikendalikan oleh Pengacara Kanan, iaitu Saudara Mansur. ADNS Bangi ditanya berkenaan dengan Dewan Negeri Selangor, Bangi, pendekatan-pendekatan yang diambil di dalam menjalankan khidmat, aktiviti-aktiviti yang dilakukan, respond masyarakat Bangi terhadap semua kegiatan, harapan-harapan. Dalam perbualan beliau sekali sekala merujuk kepada soalan-soalan yang diterima dari luar Negara dan dalam negeri.Turut ditanya mengenai latar diri dan keluarga dan peluang menyampaikan mesej kepada masyarakat di DNS Bangi.
Sekian.
Alhamdulillah.. Mengenai hits. Bukannya 4 juta. Kini Melebihi 10 juta sebulan. Dan ini dikutip kebanyakkannya dari live webcast 24 jam tanpa henti .
ReplyDeleteSekian Terima Kasih. :)
Nazran Fahmi. (Senior Producer TVS)