Meskipun jadual khusus ADNS Bangi turun ke masjid-surau telah penuh diatur, tetapi tidak bererti semua masjid-surau dapat diziarahi. Puasa hanya sebulan (29/30 hari) dan masjid-surau tiga kali ganda lebih jumlahnya. Tentu tak dapat menziarah semua. Walau bagaimana masjid, khususnya surau umpamanya mengintai-ngintai waktu yang memungkinkan ADNS Bangi turun juga ke surau atau sekurang-kurangnya dapat sama berbuka di tempat mereka. Bila mereka lihat jadual turun berdekatan dengan masjid-surau mereka, ada yang mengambil peluang agar ADNS turun ke masjid-surau-pusat kemasyarakatan berdekatan dengan tempat ADNS turun menziarah menurut program, sama ada datang menyampaikan bantuan atau semata berjamaah. ADNS Bangi sebenarnya tidak berkeberatan selagi ada ruang masa. Demikianlah bila mau berkunjung ke Masjid Pekan Bangi pada hari ketiga Ramadhan bagi menyampaikan agihan peruntukan Masjid-Surau ADNS diminta sebelum ke Masjid Pekan Bangi singgah di Pusat kegiatan masyarakat di Seri Putra berbuka dan berjamaah di sana. Majlis dihadiri Saudara Haji Mazuan Ahli MPKj serta ramai termasuk anak-anak memenuhi ruang Pusat berkenaan. Kemeriahan terasa semasa berbuka. Dua ekor kambing disembelih untuk aqiqah dan majlis berbuka, menurut Tuan Haji Ahmad Yusof Pemimpin setempat. Selepas dari berbuka dan berjamaah di sini bertolak ke Masjid Pekan Bangi bersembahyang isyak dan bertarawih. Selepas itu menyampaikan agihan peruntukan yang dihadiri sama antaranya Tuan Haji Abdul Halim Nazir Masjid, Tuan Haji Uyub Imam Masjid. Pengerusi surau-surau di Kariah Pekan Bangi atau wakil-wakil dan para jamaah. Tuan Haji Abdul Halim menunjukkan kepada ADNS Bangi, tentang ruang masjid yang tidak cukup dengan pertambahan jamaah dan sedang ditambah bahagian belakang, khususnya bagi mengatasi ruang yang tak cukup terutama pada hari Jumaat. ADNS Bangi mengucap terima kasih di atas kehadiran. Beliau bergembira Masjid dimakmurkan dan para jamaah makin bertambah. Ini adalah merupakan kemajuan yang amat baik.
Di Masjid Mat Saman Sungai Ramal Luar acara Majlis Penyampaian Agihan peruntukan adalah selepas sembahyang tarawih yang dihadiri oleh En. Yusoff Bachik Ahli MPKj, Ustaz Shafie Ngah juga Ahli MPKj, Tuan Haji Mohamad Yusoff Abdul Qadir Ketua Kampong Sungai Ramal Luar dan Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid. Berikut dari itu beramai-ramai melihat Bangunan Masjid Baharu berhampiran Masjid lama yang hampir siap.
Sekian.
No comments:
Post a Comment