August 13, 2010

Susunatur Perkuburan Taman Universiti Bangi Terlampau Mewah !

Sungai Tangkas, 03 Ramadhan = 13 Ogos (Juma`at):


Pagi ini menziarah kematian Prof. Dr. Rohani bt. Ahmad Mantan Pensyarah UKM dan sempat bersembahyang jenazahnya yang diimami anaknya di Surau Madani. Kemudian turut mengiringi jenazah ke Kuburan di Taman Universiti (Sungai Tangkas). Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Roh al-Marhumah. Amin.


Perkuburan Taman Universiti


Kuburan di sini digunakan sejak 5 tahun yang lalu di atas tanah seluas 32 ekar. Untuk fasa pertama lima ekar tanah dibuka. Hingga kuburan terbaru (di atas) hari ini jumlah kubur yang digunakan ialah 226 buah. Ini bererti hitung panjang 50 kuburan setahun digunakan. Dari pemerhatian ADNS Bangi ruang yang digunakan lebih kurang 2 ekar hampir penuh. Susunatur kuburan di sini terlampau mewah. Jarak antara satu kubur dengan yang lain lebihkurang 3 kaki. Antara susunan saf kubur ada laluan jalan yang luasnya 5 kaki dan setiap 3 kubur lintang ada pula jalan seluas 5 kaki. Amat mewah dan merugikan ruang, khususnya untuk jangka panjang. Ruang tanah bagi fasa pertama ini sepatutnya boleh diisi lebih dari 500 kubur, tetapi kini dengan 226 kubur hampir penuh.


Untuk kepentingan masa depan kita memohon dari AJK Masjid Hasanah yang diamanahkan Pengurusan Kubur Taman Universiti (Sungai Tangkas) meneliti dan memperbaiki susunatur kuburan di sini untuk kepentingan masa depan dan peluang orang ramai untuk jangka panjang.


Sekian.

No comments:

Post a Comment