August 7, 2010

Kulaan Banjar Buka Rangkaian Kedai Gunting Di Bangi

BBB, 25 Sya'ban = 06 Ogos (Jumaat):


Tuan Haji Salleh Kassim Presiden Kolaan (Persatuan) Banjar Malaysia yang juga Pengerusi Kolaan Banjar Bandar Baru Bangi, memberitahu, "Kulaan melebarkan Koperasi Banjar dengan membuka Cawangan Kedai Gunting di Medan Usahawan di sini pagi ini," tambahnya "Kedai ini adalah merupakan kedai gunting ketiga di Kawasan Bangi, iaitu selepas dibuka di Surada dan Bukit Mahkota,". Pembukaan kedai gunting adalah penambahan bagi kolaan Banjir terlibat di dalam perniagaan melalui koperasi seperti bidang ternakan, pertanian. Penghasilan makanan dan bidang pendidikan.


Bagi merasmikan kedai gunting berkenaan, maka pada pagi ini ADNS Bangi dijemput hadir ke majlis. Turut hadir ialah Dr. Zainal Abidin Sulaiman Setiausaha Kolaan Banjar, Tuan Imam Supaat bin Abdul Rahman Imam Masjid al-Hasanah dan sejumlah ahli Kolaan.


ADNS Bangi di dalam ucapannya memuji Kulaan Banjar yang melalui koperasi makin giat mengadakan berbagai-bagai program ekonomi. Menurut ADNS, "Saya difahamkan, Kolaan Bangi kini bergiat di tiga tempat utama iaitu di Sabak Bernam dan Temerloh. Untuk jangka panjang juga Kolaan akan meluaskan keahlian hingga kepada jumlah 6,000 orang dan berusaha membeli bangunan pejabatnya di BBB. Bagi melanjutkan tradisi nenek moyang orang Banjar yang membuka pengajian-pengajian Islam, maka kolaan akan berusaha mendirikan pusat-pusat pengajian Islam, bahkan jika bersesuaian akan didirikan pengajian-pengajian tinggi Islam. Dengan kegiatan yang sedemikian dapat memberi peluang pekerjaan, meningkatkan ekonomi ahli-ahli dan memperkenalkan Kulaan Banjar kepada masyarakat."


Dalam ucapan lanjutnya juga beliau berharap, "Kulaan dapat menjadikan Bangi sebagai tempat operasi utamanya dan berharap dengan adanya kedai kelolaan Kolaan Banjar akan memajukan kawasan Medan Usahawan."


Selepas perasmian ADNS Bangi, ahli-ahli dan mereka yang datang melawat peralatan Kedai Gunting yang dirasmikan, kemudian dijemput menikmati sebahagian dari makanan Banjar.

Sekian.

No comments:

Post a Comment