Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), 04
Sya`ban 1434 = 13 Jun 2013 (Khamis):
Pada petang ini bertolak ke Shah Alam ada temujanji dengan
YB Dr. Ahmad Yunus Hairi Exco Belia, Sukan, Infra-Struktur dan Kemudahan Awam
jam 3.00 petang. Tepat dengan waktu yang dijanjikan Penulis tiba di Pejabat YB Dr
Ahmad. Tujuan pertemuan ialah untuk membincangkan program PADAT. Penulis
dimaklumkan, walaupun Portfoleo Adat Melayu Dan Warisan berada di bawah Yang
Amat Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor selepas perlantikan Exco baru (30
Mei 2013), tetapi menurut YB Dr. Ahmad,
untuk sebulan ini beliau diminta meneruskan mengendalikan mengenai PADAT.
Berdasarkan kepada surat dari Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
bertarikh 27 Februari 2013 bahawa perlantikan adalah bagi tempoh 2013-2015, dan
disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 06 Mac 2013 bagi
Penggal Kedua adalah dari Tempoh 01 Mac 2013 hingga 28 Februari 2015.
Dalam perlantikan kedua ini Pengerusi Y.B. Dr . Ahmad Yunus bin Hairi
(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan)
dan Timbalan Pengerusi ialah Y.B. Dr. Shafie bin Abu Bakar (Adun Bangi pada
masa itu). Memandangkan mesyuarat Lembaga PADAT sudah lama tidak dijalankan –
Terakhir di Concorde Hotel 26 Februari 2013, bermakna sudah lebih dari 3 bulan
setengah dan Ahli Lembaga sudah dilantik, maka amat wajar Mesyuarat Lembaga
perlu dijalankan, kerana banyak perkara tertangguh dan program baru perlu
dijalankan. Berhubung dengan perkara ini Penulis sudah datang ke Muzium Sultan
Alam Shah pada 11 Jun membincangkan beberapa perkara termasuk soal mengadakan
Mesyuarat Lembaga dan sebagai lanjutan dari itu, maka penulis diminta oleh YB
Dr. Ahmad Yunus datang pada hari ini. Antara yang dibincangkan ialah tarikh
bagi mengadakan Mesyuarat Lembaga.
Pada masa perbincangan ini rombongan diketuai Dato` Tuan
Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat datang membuat kunjungan terhadap YB Dr . Ahmad Yunus
Hairi sebagai Exco Belia, Sukan, Infrastruktut dan Kemudahan Awam Negeri
Selangor. Bila diberitahu kehadiran Dato` Tuan Ibrahim, YB Dr . Ahmad menghentikan perbincangan
bagi memberi ruang menyambut Dato` Tuan Ibrahim dan rombongan yang terdiri dari
lebih kurang sepuluh orang. YB Dr .
Ahmad menyambut mereka diikuti Penulis turut sama menyambut kehadiran mereka.
Adalah dimaklumkan bila ditanya, bahawa mereka datang bermesyuarat dengan Exco
Pas yang lain di sini dan dengan adanya kesempatan mereka datang menziarah YB.
Dr. Ahmad. Tidak ada agenda khas yang diperbincangkan, Cuma semata-mata
menziarah.
Semasa kunjungan ringkas ini YB. Dr. Ahmad bergambar dengan
mereka. Penulis tidak mau masuk bergambar, kerana mungkin tidak berkenaan,
tetapi diminta juga bersama. Penulis menyertainya sekadar berdiri di belakang,
tetapi diminta duduk bersebelahan dengan Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man. Setelah
bergambar mereka memohon diri dan Penulis kembali berbincang dengan YB. Dr
Ahmad Yunus Hairi – termasuk perlu diadakan Mesyuarat Lembaga dengan agak
segera.
Sekian.
No comments:
Post a Comment