June 8, 2013

Perhatian Tinggi YAB Dato` Menteri Besar Selangor Terhadap PADAT Perlu Disokong Dengan Bertugas Secara Beramanah !

-->
BBB, 28 Rajab 1434 = 07 Jun 2013 (Jumaat):

Bolehlah dibuat kesimpulan bahawa dalam perlantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Mei 2013 dengan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor memasukkan antaranya portfolio di bawah Menteri Besar, iaitu Jawatankuasa Adat Melayu sebagai salah satu portfolio di bawah Menteri Besar memberi makna, bahawa YAB Dato` Menteri Besar memberi perhatian dan harapan tinggi terhadap Perbadanan Adat Melayu (PADAT).


Pelancaran PADAT dilakukan oleh DYM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Selangor pada 24 April 2010 bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Fungsi PADAT sebagai perbadanan adalah lebih luas berbanding dengan Lembaga Muzium Sultan Alam Shah sebelumnya. Dengan pelancaran ini adalah diharap PADAT bergerak maju sebagaimana peruntukan yang diaktakan kepadanya. Walau macam mana sebelum PADAT mengorak langkah YB Dato` Dr. Hasan Ali Exco yang menjaga antaranya PADAT telah menarik diri dari Exco dan tempatnya digantikan oleh YB Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Belia dan Sukan Dan Adat Resam Melayu dan perlantikan dibuat pada 18 Januari 2012. Bagi membantu YB. Dr. Ahmad Yunus Penulis sebagai Adun Bangi pada masa itu dilantik sebagai Pengerusi PADAT. Dalam masa lebih kurang setahun Penulis telah berusaha bersama Lembaga menyusun program di PADAT seperti:

  • Perasmian Muzium Insitu Jugra oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor pada  24 Mac 2012.
  • Seminar Warisan dan Muzium pada 31 Mac 2012
  • Bengkel Busana Selangor 3 – 4 April 2012
  • Bengkel Kebaya Tradisional  24 -26 April 2012
  • Sambutan Hari Muzium Antara Bangsa Peringkat Negeri Selangor pada 22 Mei 2012
  • Seminar Pemerkasaan Muzium  pada 23 Mei 2012
  • Muzium dan Warisan 15 – 16 Jun 2012 di Kuala Selangor – Juga Hulu Langat.
  • Bengkel Naskhah Kesultanan Selangor 19 – 20 Jun 2012.
  • Perasmian tapak Exkavasi Bukit Jugra pada 27 Jun 2012 & Sidang Akhbar mengenai penemuan pada 13 Ogos 2012,
  • Terima Penyerahan Bangunan Pejabat Agama di Kelang pada 6 Julai 2012
  • Penerbitan Buku Masjid  Lama di Negeri Selangor 2012
  • Pameran Kemerdekaan Ogos 2012 dirasmi oleh YAB Dato` Menteri Besar pada 7 September 2012.
  • Lawatan Kerja ke Palembang dari 18 – 21 September 2012
  • Penerbitan Buletin PADAT Dwi-Tahunan
  • Bengkel Senitari PADAT pada  8 Oktober 2012
  • Sambutan Hari Muzium di Pahang pada 17 – 19 Oktober 2012
  • Perasmian Bengkel Kompang oleh YB Dr. Ahmad Yunus Hairi pada 30 Oktober 2012
  • Melawat Muzium Pertanian, Sungai Besar pada 12 November 2012
  • Meraikan Kakitangan PADAT di Hotel Concord pada 15 Januari 2013
  • Majlis Perkisahan Mengenai Istana Bandar, di Hotel Bluewave 31 Januari 2013.
  • Majlis Meraikan Dua Sasterawan Negara Selangor pada 15 Februari 2013
  • Bicara  Mengenai Dua Sasterwan Negara Selangor pada 16 Februari 2013
  • Dialog Meja Bulat Warisan Tekstil Telepuk di Hotel Bluewave pada 20 & 21 Februari 2013.
  • Melawat Tapak Orang Neolitik di Jenderam Hilir pada 27 Februari 2013
  • Melawat Muzium Islam & Gedung Raja Abdullah di Kelang pada 5 Mac 2013

Apa yang disenaraikan di atas adalah merupakan kegiatan yang dapat dilaksanakan selepas Perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Belia dan Sukan dan Pengerusi Jawatankuasa Adat dan Resam Melayu dan Penulis sebagai Pengerusi Padat.


Sesungguhnya banyak lagi kegiatan yang harus dilakukan dan agak tertangguh kerana menunggu perlantikan Ahli Lembaga yang baru setelah tamat tempoh. Namun selepas perlantikan pada pertengahan Mac (18 Mac 2013), seharusnya sudah diadakan mesyuarat. Lebih-lebih lagi selepas perlantikan Exco Baru dan YAB Dato` Menteri Besar mengambilalih Portfolio PADAT. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Sambutan Hari Muzium sesudah Sarawak, negeri Selangor akan menjadi Tuan Rumah bagi tahun 2014.
  • Baikpulih Bangunan Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam dan di Daerah
  • Memindahkan Rumah Tradisional dari Kuala Selangor ke kawasan Muzium Sultan Alam Shah
  • Mengadakan pameran yang lebih kerap
  • Meneruskan usaha ekskavasi tapak-tapak yang telah dibuat kajian dan tapak-tapak baru
  • Mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti di dalam bidang penyelidikan
  • Pengisian Muzium Istana Bandar Kuala Langat
  • Meningkatkan penerbitan-penerbitan, buku, Jurnal, bulletin dan lain-lain
  • Lebih kerap mengadakan seminar-seminar di dalam bidang-bidang yang releven dengan PADAT
  • Lebih kerap mengadakan bengkel-bengkel yang ada kaitan dengan PADAT
  • Melaksana dan menjayakan Muzium Sukan
  • Memulihara lokasi dan tapak-tapak warisan
  • Meraikan tokoh-tokoh berjasa anak Selangor
  • Mengadakan Majlis Perkisahan dan Galakan menyerahkan bahan-bahan warisan yang bernilai dari segi permuziuman kepada PADAT
  • Melaksanakan Konsep Perbadanan yang diharapkan dari penubuhan PADAT.

Dan berbagai-bagai aktiviti yang releven

Kita perlu menganggap pengambilalihan PADAT oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor, bukan saja kerana minat beliau, tetapi ada perkara-perkara yang tidak memuaskan hati beliau. Bagi kita yang diberi amanah tidak seharusnya berlengah-lengah dari menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.


Sekian.

No comments:

Post a Comment