BBB, 14 Sya`ban 1434 = 23 Jun 2013 (Ahad):
Antara aspek yang dikenalpasti untuk diisi dalam `Galeri Bangi
Bandar Ilmu` ialah mengabadikan tempat-tempat bersejarah di Bangi dan Kajang,
khususnya tempat-tempat bakal berubah akibat dari adanya pembangunan agar
tempat lama tidak hilang ditelan zaman. Diharap dengan pengabadian dibuat dapat
dikekal sejarahnya dalam ingatan dan dapat dihayati dan difahami generasi
mendatang.
Atas tujuan itu Penulis bersama saudara Azizi keluar dan
merakam bagi mengabadikan tempat-tempat bakal berubah agar tempat lamanya tidak
hilang begitu sahaja. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan awal bagi kami ialah:
1) Pejabat
Agama Daerah Hulu Langat
Pejabat yang terletak di Jalan Low Ti Kok, Kajang ini masih
tidak dipastikan bila mula digunakan (Bangunan tambahan pada Mei 5/1999).
Bangunan Pejabat Agama Islam lama sebelumnya ialah di tapak Metro Inn sekarang.
Pada tahun 1980an bangunan kayu di sini masih wujud – dekat dengan JKR. Pada
masa itu lebih dikenali sebagai Pejabat Kadhi, kemudian dilupuskan bagi
pembangunan dan berpindah ke Jalan Low Ti Kok. Tapi yang pasti Pejabat Agama
Daerah Hulu Langat di Jalan Low Ti Kok ini telah dipindahkan ke Bangunan
Barunya di Bandar Baru Bangi mulai awal Jun 2013. Bangunan di Kajang di sini
menurut saudara Muhammad Ismail Pengurus Bahagian Masjid Dan Surau yang ditemui
di sini pagi ini berkata, ``Setakat ini pihak MAIS telah mengambilalih bangunan
di sini dan dijadikan Pusat Latihan Muallaf.`` Untuk mengelak bangunan ini pada
satu masa dilupuskan untuk memberi laluan kepada pembangunan pula saudara Azizi
merakamkan gambar bangunan tersebut.
2) Bangunan
Mahkamah Syariyyah, Hulu Langat
Antara yang akan berubah ialah Bangunan Mahkamah Syariyyah
Hulu Langat yang berdekatan dengan Bangunan Pejabat Agama Daerah Hulu Langat
yang lama. Bangunan ini masih digunakan, tetapi bakal berpindah ke Bangunan
Baru berdekatan dengan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Setakat ini masih
belum dipastikan apakah akan digunakan bagi fungsi yang lain atau akan
dilupuskan.
3) Bangunan
Pejabat Daerah Hulu Langat/MPKj Lama
Kami rasa kesal, kerana tidak dapat merakamkan Bangunan Lama
Pejabat Daerah/MPKj (Bila Pejabat Daerah Hulu Langat berpindah ke Bangi awal
2000 MPKj guna sepenuhnya) berhampiran dengan Balai Polis di sini. Yang tinggal
adalah tapak yang telah dirobohkan dan kini naik semak, didinding kelilingnya
dengan zinc untuk mengelak dari buruk pandangan, sementara menunggu masa untuk
dinaikkan bangunan komersil oleh Metro Kajang. Pejabat Daerah yang baru telah
berpindah ke Bandar Baru Bangi. sejak 2000 dan pihak MPKj juga berpindah ke
bangunan baru selepas itu di belakang dari tapak lama Pejabat Daerah/MPKj.
4) Bangunan
Mahkamah Lama Hulu Langat
Sebagaimana bangunan lama Pejabat Daerah/MPKj lama telah
dilupuskan demikianlah dengan Bangunan Lama Mahkamah Hulu Langat berdekatan
Balai Polis Kajang telah juga dilupuskan, di atas tapaknya naik bangunan baru
Mahkamah lebih tinggi dari Bangunan MPKj yang baharu. Menurut seorang pengawal
yang berkawal di pintu masuk Bangunan Mahkamah Baru, bahawa bangunan baru telah
digunakan sejak 4 tahun lepas.
5. Tapak Pasar Lama Kajang
Pada tahun 1970an hingga – 2000, tapak Pasar Kajang adalah
pada tapak Metro Plaza sekarang berdekatan dengan
Perhentian Bas Lama. Kini Pasar Baru telah dipindah ke Pasar Kajang Sekarang
yang ternyata sudah sempit tapak dan kedudukan, manakala Hentian Bas telah
berpindah ke Jalan Reko sejak 2000
6. Station MRT dan Keretapi di Kajang
Tempat yang bakal berubah ialah tanah bersebelahan keretapi
sekarang bersebelahan Jalan Reko yang sedang dibangunkan sebagai Station MRT
dari Sungai Buluh ke Kajang. Lokasi lama tempat terdirinya Gudang Beras sudah
tidak ada. Tapaknya dijadikan tempat parking - sementara, manakala selepas dari
bangunan surau di Jalan Reko ini sedang pesat dibangunkan untuk stesyen MRT dan
bakal mengalami perubahan besar-besaran. Saudara Azizi abadikan tapak lama
sebelum berubah. Sementara itu jalan menyeberangi jalan keretapi dari Jalan Reko
ke Jalan Bukit sudah lama ditutup – Jalan sekerat masih ada. Kami terkenang
pada masa silam bila sampai di sini berbetulan keretapi lalu kereta beratur
menunnggu pintu yang dihadang dengan penghadang dibuka. Masih terdengar dengung
bunyi sementara penghadang dibuka semula. Keadaan yang sama berlaku di pintu
keretapi masuk ke Bandar Kajang. Kini didirikan flyover.
7. Jalan Lama Kajang Utama Sebelum Ada Jalan Silk Kajang
Utama
Kami juga mengingati Jalan Lama Kajang Utama yang boleh
dilalui kenderaan dari Kajang Utama membelok turun ke Jalan Bukit dan terus ke
Kajang dan sebaliknya. Kini jalan itu sudah ditutup dan kenderaan terpaksa
membuat pusingan lebih jauh untuk ke Kajang Utama dan sebaliknya. Tunjuk
perasaan penduduk telah diadakan berkali-kali, tuntut buat flyover atau
terowong, tetapi janji Kerajaan BN untuk membina flyover masih tidak
ditunaikan.
Gambar-gambar lama
sedang dicari untuk melengkapkan maklumat bagi Galeri, sesiapa yang ada
menyimpan gambar lama harap dapat bermurah hati dapat diserahkan kepada kami atau
untuk dibuat salinan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment