Konspirasi tentera bersama sekular
Sejak awal hilang pertimbangan
Melanggar mandate amanah rakyat
Hari ini mereka makin mabuk
Hilang kemanusiaan
Mengadu-domba rakyat
Membunuh sewenang-wenang
Ratusan gugur syahid
Ribuan pula cedera
Pertahan hak – kebenaran.
Di atas kemungkaran
Umat perlu bangkit melarang
Jangan hanya memerhati
Nyawa begitu murah pertaruhan
Bagi pemabuk kuasa tiada maruah
Di mata tamadun dan peradaban
Di manakah pimpinan Negara Islam
Mendakwa sama seukhuwwah
Perlu nyatakan pendirian
Perlu ambil tindakan
Kutuk kezaliman
Kekang pembunuhan
Nyawa saudara-saudara
Seperti tidak berharga
Jangan biarkan ketidakwarasan
Terus bermaharajalela.
Dunia perlu bangkit
hentikan kezaliman
Terhadap saudara sewarga dunia
Globalisasi komunikasi kejiranan
Beretika kemanusiaan
Di manakah PBB
Masihkah boleh diharapkan ?
Di manakah OIC
Dah lama tak kedengaran
Saudara-saudara kita dibunuh
Oleh yang hilang kewarasan
Mereka perlu diselamatkan
Kezaliman perlu dikekang
Seret pesalah ke muka pengadilan
Keamanan perlu dikembalikan.
Dunia perlu bangkit
Kekang pembunuhan
Pertahan kemanusiaan
Kembalikan keamanan.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
08 Syawal 1434
15 Ogos 2013.
No comments:
Post a Comment