BBB, 22 Ramadhan 1434 = 31 Julai 2013 (Rabu):
Pada permulaan UKM dibuka (18 Mei 1970), universiti hanya
menwarkan tiga fakulti pengajian kepada mahasiswa peringkat Iajazah Pertama,
iaitu Pengajin Islam, Sains dan Sastera. Fakulti Pengajian Islam mengandungi
Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin & Kursus Bahasa Dan Kesusasteraan Arab. Di
bawah sistem Liberal mahasiswa juga perlu memilih kursus dari Fakulti Sastera
dan Sains yang ditentukan, disamping wajib mengambil pelajaran Sains, matematik
dan Bahasa Inggeris.
Fakulti Sains pula menawarkan kursus di bawah Jabatan Fizik,
Jabatan Ilmu Hisab, Jabatan Kajibumi, Jabatan Kajihayat dan Jabatan Kimia. Bagi
mahasiswa Sains dikehendaki memilih kursus di Fakulti Islam dan Sastera yang
ditawarkan secara khas di samping mengikuti bahasa Inggeris.
Di bawah fakulti Sastera pula terdapat Jabatan Bahasa Dan
Kesusasteraan Melayu, Jabatan Ekonomi Dan Perdagangan, Jabatan Ilmu Alam,
Jabatan Kajimanusia dan Kemasyarakatan dan Jabatan Sejarah. Sebagaimana
mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, maka mahasiswa di Fakulti Sastera juga
diwajibkan mengambil Pengajian Sains Umum dan matematik di samping bahasa
Inggeris.
Pada permulaan UKM dibuka pengajian adalah menurut sistem
Penggal sebelum berubah kepada sistem Semester. Untuk mendapat ijazah seorang
mahasiswa dikehendaki mengikuti pengajian 3 tahun + 1. Dengan pengajian tiga tahun, jika lulus
melayakkan mahasiswa menerima ijazah Am. Jika kelulusan baik dibenarkan meneruskan
pengajian ke tahun 4 untuk menerima Ijazah Kepujian, jika berkelayakan.
Bagi mahasiswa tahun pertama dikehendaki memilih tiga
jabatan di samping kursus-kursus wajib yang lain. Apabila mahasiswa lulus dan
masuk tahun 2, mereka dikehendaki
membuat dua jabatan daripada tiga jabatan yang dipilih pada tahun satu.
Mahasiswa meneruskan pengajian pada tahun ketiga dengan dua jabatan yang
dipilih pada tahun dua. Sekiranya dia lulus pada tahun ketiga dengan dua
jabatan yang diikuti melayakkannya menerima Ijazah Am baik bagi Fakulti Islam,
Sains dan Sastera. Kelulusan pada peringkat Ijazah Am ini, jika lulusnya baik,
melayakkannya meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Kepujian. Bagi yang
tidak sampai tahap kelayakan dia hanya menerima Ijazah Am sahaja dan tidak
boleh meneruskan pengajian.
Pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian ini, mahasiswa
dikehendaki memilih hanya satu jabatan dari dua jabatan yang diikuti pada tahun
dua dan tiga. Pada peringkat Tahun Kepujian ini, mahasiswa di samping mengikuti
kursus dikehendaki menulis Latihan Ilmiah menurut judul yang bersesuaian dengan
kursus yang diikuti di bawah bimbingan pensayarah yang bersesuaian dengan judul
Latihan Ilmiah yang dipilih.
Penulis yang mendaftar pada 18 Mei 1970 sebagai salah
seorang mahasiswa sulong UKM
Memilih tiga jabatan di bawah Fakulti Sastera, iaitu Jabatan
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Sejarah & Jabatan Kajimanusiaan
dan Kemasyarakatan. Penulis nampaknya pada masa itu membuat pilihan kepada
bidang yang agak biasa dan rapat dengan aspek kemanusiaan. Sepatutnya Penulis
memilih bidang ekonomi sebagai satu jabatan. Tapi nampaknya tidak ada
keberanian, kerana melibatkan matematik dan statistik. Penulis juga tidak
memilih Ilmu Alam kerana tidak mempunyai asas yang kuat, kerana ianya dari satu
aspek melibatkan bidang sains. Walau bagaimana Penulis memilih bidang
Kajimanusia Dan Kemasyarakatan, kerana ianya adalah kursus baharu – maksudnya
tidak ada pada peringkat STPM sebelumnya. Pemilihan kursus-kursus dalam
jabatan-jabatan yang dipilih (3 jabatan) kadang-kadang tidak memberi kepuasan
dari segi pemilihan. Kerana kursus dibuka oleh pensyarah secara terhad dari
segi jumlah. Bila kursus pilihan telah penuh, maka terpaksa memilih kursus
alternatif yang lain. Mengambil kursus yang tidak diminati membebankan diri.
Sepanjang pengajian untuk Ijazah Pertama Penulis mengikuti
kursus yang disampaikan oleh Profesor Dr. Syed Naguib al-Attas, iaitu Islam
Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu yang membawa perspektif baharu dalam mana
dilihat Islam membawa perubahan kepada Kebudayaan Melayu, manakala Dr. Teuku
Iskandar menyampaikan kursus yang berhubung dengan sastera lama terutama zaman
Pasai dan Acheh yang berkait dengan teks Hikayat Pasai, Tajul Salatin, Bustanus Salatin dan Slaltus- Salatin. Siti
Hawa Haji Salleh pula menyampaikan kursus sastera Tradisional seperti Merong
Mahawangsa. Penulis juga mengikuti kursus Bahasa Arab di bawah Wan Muhammad Wan
Ali, Ismail Hamid menyampaikan kursus Sastera Agama dan Kursus Tentang Wayang
Kulit disampaikan oleh Mohd. Amin Sweeney. Sastera moden – Novel, Cerpen dan
puisi dikendalikan oleh Ali Haji Ahmad, manakala puisi dan penulisan kreatif
pula dikendalikan oleh Muhammad Haji Salleh.
Di dalam bidang Sejarah Penulis mengikuti Kursus Sejarah Malaysia di bawah Profesor Zainal Abdin Wahid
dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Chandran mengenai Sejarah Eropah, Ibrahim
Al-Fian Sejarah Indonesia
(Acheh), Mohd Amin bin Hassan lebih kepada arkib. Pensyarah Sambilan dari
Universiti Malaya Profesor Khoo Kay Kim yang popular dengan pendekatan
penilaian kembali sejarah dari Western Centric kepada Malaysian Centric,
manakala Dr. Ongkili yang juga dari Universiti Malaya menyampaikan kursus
mengenai Sejarah Sabah & Sarawak.
Adapun kursus bagi Jabatan ketiga pilihan Penulis, iaitu
Kajimanusia dan Masyarakat, penulis hanya mengambil kertas Antropologi di bawah
Pensyarah Aris Othman dan Sosiologi di bwah Pensyarah Maulud Yusof. Pada tahun
dua penulis gugurkan jabatan Kajimanusia dan Sosiologi. Di samping pensyarah
bagi semua kursus di atas terdapat tutor-tutor (pengajar-pengajar) yang
mengendalikan tutorial bagi kursus-kursus di atas. Mereka ini sambil membuat
ijazah lanjutan dalam dan setengah dihantar ke luar Negara yang kelak kembali
dan mengisi kekosongan tenaga pengajar bagi memperluaskan lagi jabatan dan
fakulti.
Kursus-kursus wajib yang mesti diikuti berterusan sepanjang
pengajian ialaha bahasa Inggeris yang guru-guru bahasa antaranya Puan Yohani
binti Haji Mohd. Yusoff, Basil S.Wijasuriya, Puan S.Kaloo dan Sharifah Zainab
bt. Syed Mohd. Khalid. Kursus matematik antara pensyarahnya ialah Mokhtar Bidin
dan untuk Statistik pula ialah En. Nasir Lonjong dari ITM. Untuk Kursus Sains
Umum (lebih bersifat Sejarah Sains) antaranya disampaikan oleh Profesor Dr. Achmad
Amiruddin, Dr. Mohd. Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Dr Tjia Hong Djin dan
beberapa yang lain.
Dalam menawarkan kursus kepada mahasiswa pada peringkat
permulaan ini ada bersifat menurut trend yang sedia ada. Misalnya menggunakan sistem
penggal semacam mengikuti sistem universiti Malaya .
Sistem ini tidak fleksibal. Mahasiswa kena mengambil pakeg kursus yang
ditawarkan. Jika satu pelajaran tidak lulus dianggap gagal untuk penggal
berkenaan dan kena mengambil pula peperiksaan setelah rugi masa sepenggal.
Tetapi UKM kemudian menukarkan kepada sistem Semester. Pengambilan kursus
menikut jumlah unit diperlukan, bila-bila masa diperlukan. Jika bermasalah
mahasiswa boleh menukarkan kepada kertas lain bagi memenuhi unit. Ada unit minimum dan
maksimaum. Bagi tiga tahun mahasiswa dikehendaki memenuhi unit yang diperlukan
– 99 unit.
Di samping perubahan dari sistem penggal kepada sistem
semester, keperluan pengajian selama empat tahun bagi melayakkan mahasiswa
menerima ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian dipersoalkan, mengapa pengajian di
UKM lebih lama – 4 tahun, sedangkan di tempat lain seperti di Universiti Malaya
hanya tiga tahun. Perubahan dilakukan dari sistem penggal kepada system
semester, selama tiga tahun. Dengan sistem semester mahasiswa mengambil lebih
banyak kursus dan masa berbanding dengan sistem penggal.
Mewajibkan mahasiswa mengikuti sistem Liberal juga adalah experiment.
Walau ada baiknya bagi mahasiswa Fakulti Islam dan Sastera mempelajari
matemetik dan Sains (sebenarnya lebih bersifat sejarah) dan bagi Mahasiswa
Sains mengikuti kursus Fakulti Islam dan Sastera yang ditawarkan, sebenarnya
melalui pengajian yang terhad masanya, kesan dan faedahnya tidak seberapa,
didapati merugikan masa, kerana mahasiswa lebih menumpukan kepada kursus ini –
terutama matematik dan statistic (kerana payah) daripada kursus asal yang
diikuti. Kaedah pengajaran dan kandungan kursus terutama Sains dipersoalkan,
kerana lebih bersifat sejarah. Akhirnya kursus wajib ini ditiadakan.
Sesungguhnya penawaran kursus dan perubahan, pengajian
secara penggal kepada semester dan pemendekan masa, tetapi dengan pengisian
lebih banyak menjadikan pendekatan pengajian di UKM lebih kemas dan mantap. Ini
semuanya merupakan antara dinamika yang menggerakkan UKM menjadi lebih unggul
dan cemerlang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment