BBB, 06 Rabiul Akhir 1435 = 08 Mac 2014 (Sabtu):
Dua berita selang sehari mengejutkan rakyat Malaysia, iaitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan
Penasihat PKR dijatuhkan hukuman `bersalah` oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac
kerana dikatakan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun
lepas. Beliau dihukum lima
tahun penjara. Keputusan adalah sebulat suara oleh 3 panel Hakim yang diketuai
Datuk Balia Yusuf. Dengan keputusan mahkamah Rayuan itu membatalkan keputusan
Mahkamah Tinggi sebelumnya yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat berkenaan
dengan menganggap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu sebagai khilaf - bahawa
sample DNA itu sebagai tercemar.
Keputusan memberi implikasi, menurut Karpal Singh Peguam
Anwar, bahawa Anwar Tidak layak mengemukakan borang pencalonan PRK Dun Kajang.
Mahkamah menangguh perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan
jaminan RM10,000 dan hendaklah dibayar sebelum jam 11.00 Isnin hampir.
Kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh ditentukan selepas
rayuannya di Mahkamah Persekutuan
Sementara itu semangat dan sokongan ahli-ahli PR terganggu
seketika apabila mengetahui yang Dato` Seri Anwar tidak dapat bertanding, namun
jentera terus berjalan. Berikutan itu segera timbul spekulasi tentang siapakah
pula akan mengambil tempat sebagai calon Kajang. Penentuan calon pengganti
secara segera lebih mencabar, sejauhmanakan popularnya dan dapat diterima oleh
masyarakat dan pengundi di Kajang dan adakah calon baru ini dapat mengatasi
populariti calon MCA – Mei Fun ! Sudah tentulah kempen membawa fasa baru dalam
memenangi hati pengundi di Kajang.
Satu lagi berita menggemparkan ialah kehilangan pesawat Mas
370 Malaysia dari radar-apabila dimaklumkan melalui berbagai media pada pagi
ini, bahawa kapal terbang yang bertolak dari KLIA jam 12.00 malam tadi membawa
seramai 239 orang penumpang ke Beijing itu hilang dari radar kawalan jam 2.45 dan sepatutnya sampai di Beijing 6.30
pagi ini. Tetapi tidak sampai.
Pesawat membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.
Penumpang terdiri dari 15 negara – teramai dari Negara Cina 152 orang, Malaysia
38, Australia 7, India 5, Perancis 3 dan beberapa Negara lain antara 2 hingga 1
orang (termasuk Ukrine 2 dan Rusia 1). Malaysia
telah menggerakkan asset dari kapalterbang, kapal laut dengan dibantu oleh Vietnam , Amerika,
Filipina dan Singapura. Perdana Menteri Dato` Seri Najib Tun Razak dan Pemangku
Menteri Pengangkutan Dato` Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn telah membuat
sidang akhbar. Setakat ini setelah 24 jam kehilangan kapal terbang yang nahas
itu belum diketemui lokasi kemalangan.
Menurut Jurucakap Mas Sofyan Ibrahim, mistri kehilangan
pesawat MH 370 Mas itu mengundang beberapa spekulasi yang berkemungkinan
berlaku kerosakan alat komunikasi, kerosakan teknikal dan faktor keganasan. Walau
bagaimana kita perlu menunggu maklumat dari pihak yang berautoriti tentang
sebab kemalangan sebenar.
Mas yang sejarah penerbangannya bermula April 1947 adalah
antara syarikat yang mempunyai rekod yang baik. Sebelum ini pernah berlaku
kemalangan akibat rampasan pesawat pada 1977 yang terhempas di Kulai Johor yang mengorban jiwa seramai 100 orang dan di
Tawau pada September 1995 akibat terbabas yang mengorbakan jiwa seramai 34
orang. Pemandu Pesawat ke Cina yang mengalami nahas iaitu Keptan Zahari Ahmad
Shah (37) adalah pemandu berpengalaman yang mempunyai rekod penerbangan yang
baik.
Semua pihak, terutama waris-waris penumpang sama ada di Cina
, di Malaysia dan dari mana mereka yang terlibat tentulah sedang menunggu
perkembangan lanjut dan kita turut mendoa dan mengharapkan keselamatan dan
ketenteraman, khususnya kepada mereka yang terlibat dan yang mempunyai
pertalian dengan mangsa-mangsa kemalangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment