27 Rabiul Akhir 1435 = 29 Mac 2014 (Sabtu):
Pada petang Sabtu (22 Mac) seperti hari ini pada minggu yang
lepas Penulis dikunjungi di Pejabat Galeri Bangi Bandar Ilmu oleh saudara Abdul
Ghafar Ibrahim yang dikenali dengan nama ringkasnya AGI. Penulis tertanya-tanya
juga bila melihat kehadirannya. Sungguhpun saudara AGI secara rasminya tinggal
di Bandar Baru Bangi (Seksyen 4), tapi sudah lama tidak berjumpa. Ini ialah
kerana kesebokan beliau berkhidmat di UITM, Shah Alam selaku Pensyarah di sana dan lebih banyak berada di sana dari berada di BBB. Sedang Pnulis juga
sebok dengan urusan Penulis, walaupun sudah tidak menjadi Wakil Rakyat. Saudara
AGI juga adalah sahabat sesama berkhidmat di UKM – AGI di Fakulti Pendidikan
sebelum Penulis bersara dan saudara AGI bersara dan berpindah berkhimat di
UITM. Saudara AGI terkenal sebagai seorang seniman, pelukis, penyair dan
pendeklamator terkenal.
Setelah bercakap-cakap saudara AGI memaklumkan kedatangannya
untuk mendapat bahan berkenaan Teori Takmilah !
Penulis agak terkejut juga dengan tujuan yang tidak ada kaitan dengan
bidangnya, kalau untuk mendapat bahan puisi adalah munasabah kerana ianya merupakan
bidangnya. Penulis bertanya,
``Adakah tujuan untuk buat Ph. D. ?
``Tidak,`` jawab saudara AGI. Menurutnya ada kenalannya
untuk membuat kajian untuk ijazah lanjutan.
Penulis memberinya buku yang bersifat compile bertajuk, ``Takmilah:
Himpunan Makalah,`` untuk difotokopi. Penulis tidak mempunyai banyak salinan
bagi buku compile ini. Saudara AGI nampaknya bergembira, kerana hajatnya
kesampaian dan beliau minta izin untuk ke kedai fotocopy untuk menyalinkan buku
berkenaan yang agak tebal. Selepas setengah jam, beliau datang dengan agak kecewa,
kerana hari Sabtu sudah agak petang semua kedai photostet sudah tutup. Beliau
memohon untuk dipinjam buku berkenaan bagi dibawa pulang dan akan pulang
kemudian. Penulis membenarkan. Pada masa itu Penulis teringat, bahawa pada
Khamis 27 Mac 2014 akan diadakan Wacana mengenai Takmilah di UPSI dan
mencadangkan kepada saudara AGI dan pihak yang mau mengkaji bagus hadir untuk
lebih memahami mengenai teori berkenaan dan memiliki bahan-bahan seminar. Saudara AGI berterima kasih, tapi tidak
menunjukkan komitmen untuk hadir.
Sebelum saudara AGI pulang Penulis menghadiahkan kepada
saudara AGI buku puisi terbaru Penulis berjudul `Puncak Rindu`, sambil bertanya
saudara AGI mengenai buku-buku terbarunya. Pertanyaan sedemikian menjadi
kebiasaan bagi kalangan penulis bertanyakan buku yang dihasilkan. Saudara AGI
menuju ke keretanya untuk mengambil buku baharunya yang berada di dalam
keretanya. Penulis turut mengikutnya. Penulis dapati di bahagian dalam
keretanya kotak-kotak dipenuhi buku. Buku-buku yang dibawa adalah untuk dijual
di mana bersesuaian. Membawa buku-buku sendiri di dalam kereta menjadi
kebiasaan, termasuk Penulis, jika pun tidak bertujuan untuk dijual, akan
dijadikan cenderahati kepada kawan-kawan penulis bila berjumpa.
Saudara AGI mengambil beberapa buku untuk dihadiahkan kepada
Penulis. Sebaliknya Penulis bertanya berapa buah bukunya yang dibawa, Penulis
mau semua dan sanggup bayar. Membeli buku adalah menjadi budaya Penulis.
Saudara AGI memilih buku-bukunya yang akhirnya berjumlah 10 judul dan dibawa ke
pejabat dengan dibantu penulis. Di meja dia menulis kata-kata tertentu bagi
setiap buku (berlainan) yang dituju kepada Penulis pada setiap buku bersama
tandatangan dan tarikh (Katakata ungkapan kreatif spontannya di dalam
kandungan) – Buku-buku berkenaan:
- Apa Orang Kata Tentang AGI (Yth. Dr. Shafie – Iqra` Itulah Punca Ilmu)
- Takkan Hilang (Yth. Dr. Shafie Persaudaraan Kita Takkan Hilang Ditelan Zaman)
- Cita Cinta Puisi (Yth. Dr. Shafie Cinta Yang Tak Padam Ialah Persaudaraan Kita)
- Tak Tun AGI (Yth. Dr. Shafie Salam Puisi Yang Paling Hangat)
- Dialog Seniman Dunia (Yth. Dr. Shafie Jom Kita Berdialog Hal Yang Elok!)
- Warkah Biru (Yth. Dr. Shafie Puisi Ialah Warkah !)
- Cakap-Cakap Puisi (Saudaraku Dr. Shafie Salam Takzim)
- Refleksi Penyair (Yth. Dr. Shafie Salam Refleksi Diri)
- That`s That -Terjemahan dari Yang Yang (Yth. Dr. Shafie Yang Paling Indah Ialah Seni Kata)
- Eso es Todo -Terjemahan Yang Yang ke Bahasa Spanyol (Yth. Dr. Shafie Terjemahan Karya Perkara Yg. Perlu Diutamakan).
Demikianlah saudara AGI sempat menulis kata-kata kreatif di
atas judul buku bahagian dalam yang dituju kepada penulis yang terilham dalam
masa yang singkat yang mencerminkan sifat kesenimanannya. Buku-buku di atas 4 buah
adalah puisi (termasuk terjemahan) dan 6 catatan dan esei. Buku sebenar beliau
lebih dari ini.
Seminggu kemudian, iaitu hari ini, bila Penulis bersama
isteri pulang dari jemputan kahwin anak keluarga di Kelang, Penulis dapati ada
buku dipinjam saudara AGI terselit dipintu rumah Penulis. Bermakna saudara AGI
datang semasa Penulis dan isteri belum pulang. Penulis menelefon saudara AGI
tentang buku yang dipinjam, tapi memaklumkan kepada saudara AGI, bahawa buku
Teori Takmilah yang diwacanakan di UPSI ada Penulis bawa pulang (Penulis pasti
sdr. AGI tidak pergi hari Wacana di UPSI), baik bagi sesiapa yang hendak buat
kajian. Saudara AGI menjawab, dia berada tidak jauh, dan akan datang. Penulis
memintanya datang ke Pejabat, Penulis menunggu di sana .
Lebihkurang jam 6.00 petang saudara AGI tiba di pejabat
Penulis dan Penulis menyambut kedatangannya. Dia memaklumkan secara rasmi buku
yang dipinjamnya pada minggu lepas, iaitu `Takmilah: Himpunan Makalah`` telah
diletakkan di pintu rumah Penulis dan Penulis maklumkan sudah diambil dan AGI
berterima kasih.
Sebelum kehadiranya, Penulis telah meletakkan tiga buah buku
untuk saudara AGI, iaitu:
1) Teori
Takmilah: Perluasan & Penafsiran
2) Bangi
Bandar Ilmu
3) Gagasan
Bangi
Sambil bercakap, Penulis menandatangani buku-buku berkenaaan
dan memaklumkan kepada saudara AGI bahawa buku Teori Takmilah adalah buku yang
baru diwacanakan di UPSI dan amat berguna bagi sesiapa yang mau mengkaji
tentang Teori berkenaan, manakala dua buku yang lain di atas ada kaitan dengan
perluasan Teori Takmilah dalam rangka Menuju Baldah Tayyibah yang termasuk di
dalam wawasan Teori Takmilah. Saudara AGI berterima kasih di atas pemberian
buku-buku berkenaan.
Bertanya mengenai projek masa depannya, beliau melahirkan
hasratnya untuk memindahkan asset pejabat kegiatan seninya terutama di Beranang
ke Shah Alam, menurutnya, ``Di Beranang tidak ramai khalayak menghayatinya,
berlainan di Shah Alam. Beliau memuji pejabat kegiatan Penulis agak strategic
dan menarik. Demi cintanya terhadap seni dan alam kesenimanan, kos dan
pengorbanan tidak menjadi perkiraan, yang diharap mendapat kepuasan ! Oleh
kerana hari sudah hampir senja AGI memohon diri.
Setelah bersalam beliau bergerak, katanya hendak ke Akademi
Seni Kebangsaan, ada pementasan di sana .
Institusi yang Penulis pernah mengajar di sana
secara sambilan berhubung dengan Sastera Islam.
Salam dan mengharapkan hasratnya akan kesampaian – Insya
Allah.
Sekian.
Salam sejahtera
ReplyDeleteSaya Khatijah. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan buku 'Teori Takmilah Perluasan & Penafsiran' untuk tujuan kajian saya. Boleh saya tahu bagaimana caranya saya boleh mendapatkan buku tersebut? Terima kasih. Saya boleh dihubungi melalui alamat emel ini: khatijahmy@yahoo.com