Shah Alam, 29 Rabiul Akhir 1435 = 01 Mac 2014 (Sabtu):
Selepas bercakap mengenai senjata & Kepahlawanan Melayu
dan merasmikan Seni Silat – Senjata Dan Warisan Selangor di Dataran
Kemerdekaan, Shah Alam Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor
bergerak ke Sidang Akhbar di bawah khemah bersama dengan wartawan-wartawan yang
memang ghairah menunggu untuk menemui beliau lantaran banyaknya isu hangat yang
berhubung dengan beliau mutakhir ini. Penulis selaku Timbalan Pengerusi PADAT
turut mengiringi Tan Seri ke Sidang Akhbar bersama Puan Azlinda Azman CEO Padat
(Pengerusi ke Luar Negara).
Walaupun Tan Sri Khalid memulakan mukadimah Sidang Akhbar
dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PADAT dengan kerjasama
Persatuan Seni Silat Pesaka Selangor, Persatuan Seni Silat Purba dan Dewan
Bandaraya Shah Alam berjaya mengadakan Temasya Seni Silat Senjata Dan Warisan
Negeri Selangor yang diharap dapat membina jati diri, di samping ianya
dipertahankan sebagai identiti warisan seni pertahan diri sebagai budaya negeri
dan Negara. Apabila peluang mengemukakan soalan bermula, wartawan nampaknya
tidak berminat untuk bertanyakan tentang silat dan senjata, sebaliknya seorang wartawan terus bertanyakan
soal cadangan Tan Sri Khalid yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tan Sri Khalid tidak menafikan, sebaliknya beliau berkata,
``Dari perbincangan dalam kelompok parti ada yang mencadangkan saya bertanding
bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, agar ada keselarian dan tidak bercanggah dari
segi polisi parti dan pentadbiran.`` Apabila ditanya, ``Adakah Tan Sri konfiden
menang ?``
Tan Sri menjawab, ``Tiada pahlawan masuk gelanggang tanpa konfiden
menang.`` Katanya saya berkeyakinan berdasarkan track record yang kita telah lakukan.
Bahkan kita bergerak ke arah mereformkan agenda kita, insya Allah sokongan
berpihak kepada kita.`` Menurut Tan Sri perkembangan ini dalam makluman Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Bila ditanya, tentang agenda yang disusun, Tan Sri Khalid
mengalihkan soalan yang provokatif dengan mengatakan, ``Buat masa ini kita
tumpukan tugas utama kita menjaminkan kemenangan PRK Kajang.`` Tambahnya,
``Kalau kita tumpukan kepada yang lain, boleh membawa kepada perselisihan dan
boleh menjejaskan prestasi PKR-PR di Kajang.``
Tambahnya, ``Tunggulah selepas PRK Kajang,`` katanya.
Bila beliau ditanya tentang tekanan yang makin bertambah
terhadap dirinya, Y.A.B. Tan Sri Khalid menjawab, ``Mana ada dunia politik
tidak bergelombang.`` Beliau memetik contoh konflik yang terus berlaku di
Negara jiran kita Thailand, di Ukrine, Mesir, Syria, Venezuela dan Afrika
Tengah. Bahkan dalam politik Negara juga berlaku konflik contoh antara sesama
MCA dan MIC. Kalau tidak ada pergolakan tidak dinamakan politik yang sifatnya dinamik
dan sentiasa berubah.
Tan Sri Khalid juga turut ditanya wartawan berhubung dengan
penstrukturan semula air. Menurut Tan Sri, ``Perjanjian bukan setakat kerjasama
sahaja, tetapi lebih bersifat komitmen.`` Bila dihujah wartawan tentang Langat
2 yang dulu ditentang. Menurutnya, bahawa kita menandatangani perjanjian
menurut package. Misalnya kita mengizinkan penerusan projek Langat 2, sedang
kerajaan Persekutuan pula memberi komitmen memberi peruntukan kewangan sebanyak
RM2 bilion dari kos membayar pampasan kepada syarikat air lebih dari RM9
bilion. Bila ditanya tentang air percuma, Tan Sri berkata, ``Kita bekerja
berdasarkan business oriented dan berkeyakinan kita akan memastikan keuntungan
di samping meneruskan `Air Percuma` yang bakal sama dinikmati di Putrajaya dan
Kuala Lumpur. Menurut Tan Sri, ``Kita mendapat tenaga antarabangsa bagi
menguruskan pentadbiran air yang tokoh berkenaan sudah dikenalpasti, tapi tak
boleh diumumkan lagi.``
Tan Sri Khalid juga menjawab bila ditanya, tentang
kemungkinan dikeluarkan saham bagi modal air. Kata Tan Sri, ``Dengan
penstrukturan semua, perjalanan pentadbiran dan Tender akan dilakukan di bawah
Syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) secara terus dan tidak berlapis dan
akan dipastikan dari segi untung rugi. Menurut Tan Sri Khalid pengurusan Air
adalah secara telus dan tidak melibatkan
politik. Dan penstrukturan Air banyak faedah
bagi rakyat dan negeri, termasuk Kuala
Lumpur dan Putyrajaya.``
Tan Sri Khalid nampaknya dalam mood yang riang dan
berkeyakinan. Masalah yang dihadapkan kepadanya sebelum ini tentang isu PKNS – penamatan saudara Azmin dari Ahli
Lembaga PKNS, pemberhentian kakitangan kontrek, soal jawatan Menteri Besar yang
disandangnya bagai telah hilang dan bakal menghilang. Dia yakin dengan masa
depannya, sebab itu dia mau bertanding jawatan no. 2 dalam PKR untuk
menstrukturkannya kembali dan membawa reform sebagaimana ia menstrukturkan
kembali pengurusan air di Selangor ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment