June 6, 2014

Dekad 1980an Dasawarsa Pembangunan Dan Perkembangan

-->
BBB, 07 Sya`ban 1435 = 05 Jun 2014 (Khamis):

Dekad 1980an dasawarsa dalam mana UKM sudah berpindah ke Bangi. Dalam dekad berlaku perkembangan pesat UKM baik dari segi fizikal, maupun dari segi akademik. UKM pada masa itu di bawah Canselor DYMM Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman dan Naib Canselor ialah Prof. Datuk Dr. Hj. Abdul Hamid bin Haji Abdul Rahman. Dengan perpindahan ke Bangi UKM yang dulu menggunakan sistem penggal menggantikannya dengan sistem semestar. Dari segi perkembangan fizikal, maka dengan perpindahan ke Bangi, maka pada peringkat awal UKM menumpukan pembangunan fizikal memenuhi lengkongan pertama universiti yang terkandung dalam linkungan pertama peringkat permulaan ialah Bangunan Pentadbiran, Bangunan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Bangunan Fakulti Sastera, Pusanika, Dewan Besar yang diberi nama Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Kolej Dato` Onn, Kolej Ibrahim Ya`akob, Kolej Burhanuddin Hilmi dan Kolej Kris Mas.


Pembangunan fizikal selepas berpindah pada lengkongan pertama ini ialah Bangunan Fakulti Islam yang mendepani Fakulti Sastera dan Bangunan Pentadbiran, Masjid (1982) yang berada di tepi jalan masuk ke Kampus UKM. Pembangunan melengkapkan lengkungan pertama ialah bangunan-bangunan bagi Fakulti Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan dan Fakulti-Fakulti Sains.


Dengan pertambahan dari segi fizikal dengan bangunan-bangunan berkenaan, maka turut berkembang dari segi fakulti dan jabatan. Jika pada peringkat permulaan Fakulti Sastera yang nama ini terpengaruh dengan Fakulti sastera di Universiti Malaya, maka menjelang perpindahan ke Kampus Bangi, nama Fakulti Sastera telah ditukar kepada nama yang lebih tepat. Jika pada permulaan dengan nama Fakulti Sastera hanya mengandungi Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Ekonomi dan Perdagangan, Jabatan Ilmu Alam, Jabatan Kaji Manusia dan Kemasyarakatan, Jabatan Sejarah, Unit Bahasa-Bahasa dan Jabatan Pendidikan, maka sebagaimana disebut Fakulti Sastera bertukar kepada nama Fakulti Sains, Kemanusiaan dan Kemasyarakatan (FSKK). Setengah dinaiktaraf kepada Institut dan fakulti seperti Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu menjadi Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di samping diwujudkan Jabatan Persuratan Melayu di bawah FSKK, manakala Jabatan Ekonomi dinaikkan taraf kepada Fakulti Ekonomi dan Perdagangan dinaiktaraf kepada Fakulti Perdaganagn dan Pengurusan. Di bawah FSKK juga berlaku pertambahan jabatan yang baru seperti Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Jabatan Ilmu Alam bertukar kepada Jabatan Geografi, pertambahan juga ialah Jabatan Komunikasi, Jabatan Linguistik, Jabatan Persuratan Melayu, Jabatan Psikologi, Jabatan Sains Politik, Unit Pengajian Strategi dan Keselamatan di samping Jabatan Sejarah berterusan. Pusat Bahasa pula menjadi unit khas yang tersendiri.

Manakala Fakulti Pengajian Islam yang dulunya ada tiga fakulti, iaitu Jabatan Shariah, Jabatan Usuluddin dan Kursus Bahasa dan Kesusasteraan Arab berkembang kepada Jabatan Pengajian Islam dan al-Sunnah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, Jabatan Usuluddin dan Falsafah dan yang kekal ialah Jabatan Shariah.

Fakulti Ekonomi yang berasal bertaraf jabatan di bawah Fakulti Sastera, selepas menjadi fakulti mempunyai Jabatan Analisa Ekonomi dan Polisi Awam, Jabatan Ekonomi Pembangunan dan Perancangan, Jabatan Ekonomi Pertanian dan Sumber Alam dan Jabatan Statistik Ekonomi. Manakala Fakulti Pengurusan Perniagaan mempunyai Jabatan Kewangan, Jabatan Pemasaran, Jabatan Pengurusan dan Jabatan Perakaunan.


Manakala Fakulti Sains yang pada permulaan UKM dibuka hanya menawarkan Jabatan Fizik, Jabatan Ilmu Hisab, Jabatan Kaji Bumi, Jabatan Kajihayat, Jabatan Kimia dan Sains Umum berkembang dengan:
Fakulti Kejuruteraan  yang mempunyai Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem.

Manakala Fakulti Sains Fizis dan Gunaan mempunyai Jabatan Fizik, Jabatan Geologi, Jabatan Kimia dan Jabatan Sains Nuklier.

Jabatan Sain Hayat mempunyai Jabatan Biokimia, Jabatan Botani, Jabatan Genetik, Jabatan Sains Makanan dan Permakanan, Jabatan Mikrobiologi dan Jabatan Zoologi.
Manakala Pusat Pengajian Kuantitatif mempunyai Jabatan Sains Komputer, Jabatan Metamatik dan Jabatan Statistik.

Fakulti Sains Dan Sumber Alam mengandungi Program Pengajian Biologi, Program Pengajian Kimia, Program Pengajian Unit Sains Bumi, Program Pengajian Persatuan Sains.

Fakulti Sains Pembangunan mengandungi, Program Pengajian Desa dan Bandar, Program Pengajian Ekonomi dan Prngurusan, Program Pengajian Geografi dan Perancangan Wilayah dan Program Pendidikan Umum.

Turut lahir di dalam era 80an ialah Fakulti Pendidikan yang berasal dari Jabatan Pendidikan, Fakulti Undang-Undang, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) sebagaimana telah disentuh dan terus berkembang ialah Fakulti Perubatan (1974) yang mempunyai kampus tersendiri dan menawarkan kursus lebih dari 20 Jabatan.

Dengan perkembangan fizikal dan akademik, maka turut bertambah jumlah pelajar dan tenaga pengajar dan tenaga sokongan yang menghidupkan kampus dengan kegiatan-kegiatan keilmuan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment