UKM, 16 Sya`ban 1435 = 14 Jun 2014 (Sabtu):
Cetusan idea `Bangi Bandar Ilmu` sempena Sambutan 30 Tahun
Bandar Baru Bangi pada bulan Julai 2007 dan dirasmikan pengisytiharannya oleh
yang Amat Berhormat Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Menteri Besar
Selangor pada 22 Jun 2008 bertempat di KUIS Bandar Seri Putra Bangi memberi
impak penting di dalam memprojekkan imej dan identiti Bandar Baru Bangi sebagai
Bandar Ilmu.
Pagi ini bertempat di Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia diadakan Diskusi Meja
Bulat membincangkan tajuk:
``Merealisasikan Bangi Bandar Ilmu`` yang dianjurkan
oleh Persatuan Pemuda Prihatin Bangi
dengan dua kertaskerja dibentangkan. Kertas pertama berjudul, `Merealisasikan
Bangi Bandar Ilmu` oleh Mantan Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar dan sebuah lagi
kertas berjudul, ``Indikator dan Cabaran: Perlaksanaan Bangi Bandar Ilmu``
dibentangkan oleh Prof. Madya Dato` Dr. Ab. Halim Tamuri Rektor KUIS. Tiga
puluh orang peserta dijemput untuk sama membicangkan kertaskerja yang dibentang
untuk mencapai rumusan yang diharapkan. Pembentangan dan perbincangan mulai jam
8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari.
Sebelum pembentangan Majlis Diskusi Meja Bulat dirasmikan
oleh Adun Bangi Ustaz Shafie Ngah yang bercakap dari perspektif Adun berhubung
dengan Bangi Bandar Ilmu, bahawa katanya, pada majlis ini sengaja dipanggil
pihak MPKj dan Pejabat Daerah, kerana banyak masalah di Bandar Baru Bangi
berkait dengan kedua Jabatan, contoh kebersihan berkait dengan MPKj. Menurutnya
Adun memberi perhatian terhadap wanita yang 50% daripada penduduk di Bangi
adalah wanita, juga perhatian kepada belia yang 30% terdiri dari kalangan
mereka. Untuk pelajar sudah ada 23 siri bimbingan matematik yang melibatkan 120
pelajar. Program menjahit juga diadakan bagi kalangan wanita dan sukan bagi
belia. Beliau juga bergembira dengan kegiatan masjid dan surau, seperti Masjid
al-Hasanah menganjur pengajian Tafaqquh fi al-Din. Beliau berharap dengan
kefahaman keilmuan dapat membentuk masyarakat yang baik dan sama prihatin di
dalam membantu hala tuju kerajaan. Beliau juga prihatin terhadap masalah
kebersihan dan rumput panjang yang isu ini nampaknya katanya terus berulang.
Jam 9.10 pagi beliau merasmikan perbincangan dengan meminta maaf beliau tidak
dapat bersama kerana mempunyai program di tempat lain.
Kelicinan majlis sama dipandu oleh saudara Rusli Jusuh
selaku Pengerusi Persatuan Pemuda Prihatin dengan Ustaz Nushi selaku Ahli MPKJ. Majlis dikendalikan oleh saudara Amirul Hakimi.dan perbincangan dikendalikan oleh Dr. Mohd Khazani Abdullah.
Sebenarnya `Bangi Bandar Ilmu` asalnya adalah idea
ditonjolkan bagi menyedarkan masyarakat di Bangi, bahawa Bangi mempunyai
identiti khusus dan istimewa yang semua
patut bersyukur dan bangga serta sama
terlibat menyokong, mendukung dan mempertingkatkan identiti dan
prestasinya. Penulis di dalam kegiatannya mendekati rakyat selaku Adun
Kajang (1999-2004) telah mengambil pendekatan bermula dengan menggunakan slogan `Anda Memberi Mandat Kami Memberi Khidmat`
serta bergerak dengan `AJK Bertindak Adun Kajang` yang imej ketara ialah
``Membuka Kaunter Adun Kajang`. Banyak permasalahan rakyat dapat diselesaikan
melalui `Pembukaan Kaunter Aduan`. Adun Kajang.
Projek `Bangi Bandar Ilmu` adalah approach lanjutan bagi
menarik perhatian masyarakat. Pada masa Penulis selaku AJK Persatuan Penduduk
BBB, maka selaku AJK yang bertanggungjawab mengetusi bahagian Perhubungan bagi AJK Persatuan Penduduk Bandar
Baru Bangi juga YDP Pas Serdang Penulis mencadangkan dalam mesyuarat AJK agar
diadakan Sambutan Sempena 30 Tahun Bandar Baru Bangi. Cadangan disetujui dan
Penulis dilantik menjadi Ketua Pengarah Sambutan 30 Tahun Bandar Baru Bangi.
Soal Bangi Bandar Ilmu dicetuskan dalam sambutan. Dalam kata-kata aluan dalam Buku Sambutan 30 Tahun Bandar Baru
Bangi 30 Julai – 1 September 2007 (dengan kegiatan bersiri) selepas kata-kata
aluan oleh Dr. Tajol Ariffin Noordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi Penulis
mencatat dalam kata-kata alu-aluan dalam buku sambutan:
``Menjadikan masyarakat berkesedaran tinggi dengan maklumat
semasa dan mementingkan pelajaran sesuai ianya sebagai Bandar Ilmu``.
(Buku Cenderamata Sambutan 30 Tahun Bandar Baru Bangi,
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, 2007: 6).
Dalam artikal ``Catatan 30 Tahun Bandar Baru Bangi`` yang
disusun Penulis dalam buku yang sama Penulis mencatat:
``Apakah hasrat diimpikan penduduk yang memilih BBB sebagai
tempat kediaman dan membina kehidupan ?
Mereka mahukan BBB sebagai `Bandar Ilmu` yang terus
melahirkan generasi `Iqra`. Mereka mahukan BBB Bandar `Baldah Tayyibah wa
Rabbun Ghafur` dan Bandar `Al-Baladil Amin. BBB sebagai Bandar Ilmu memang
nyata, lantaran BBB kini dikelilingi institusi-institusi pengajian tinggi yang
terdiri dari UKM, UNITEN, UniKL, USIM, Universiti Multimedia, KUIS dan
Universiti Kolej Nilai. Sebahagian besar dari tenaga pengajar dan
pelajar-pelajarnya tinggal di sekitar kawasan Bangi. Dengan kehadiran
institusi, tenaga pengajar dan pelajar menyemarak wanginya BBB. Sesungguhnya
BBB berfungsi melahirkan generasi intelektual pelapis kepimpinan di dalam
berbagai bidang memajukan Negara.``
(Catatan 30 Tahun Bandar Baru Bngi, dlm. Buku, Sambutan 30
Tahun BBB, 2007: 7).
Apabila Penulis menjadi Adun Bangi 2008-2013, maka sengaja
diadakan Majlis pengisytiharan Bangi Bandar Ilmu yang dilancarkan oleh Tan Sri
Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor pada 22 Jun 2008
bertempat di KUIS. Dalam kegiatan Adun bagi sesi 2008-2013 maka melaksanakan
konsep Bangi Bandar Ilmu diberi keutamaan. Misalnya pada kepala setiap terbitan
Buletin Bangi ada ungkapan ``Bangi Sejahtera, Aman, Berilmu Dan Prihatin`.
Berbagai kegiatan diadakan berhubung dengan Bangi Bandar Ilmu seperti
memperuntukkan kewangan Tahunan Adun kepada pendidikan antara yang tertinggi di
samping kegiatan agama, kebajikan dan belasan bidang yang lain, mengadakan
anugerah cemerlang bagi semua peringkat pelajar setiap tahun, program back to
school, membantu pelajar susah, menyambut Hari Ilmu peringkat Bangi setiap
tahun, membantu Pasti, Sukan pelajar-pelajar, menerbitkan buku Bangi Bandar
Ilmu dan Gagasan Bangi dan berbagai-bagai lagi. Imej Bangi Bandar Ilmu sudah
wujud. Cetusan bermula 2007 dan pengisian dengan berbagai kegiatan berlaku
mulai 2008. Perkara yang bakal dibincangkan pada Diskusi Meja Bulat nanti bukan
lagi bagaimana menjadikan Bangi sebagai Bandar Ilmu, tetapi bagaimanakah
pendekatan terbaik dan lebih efektif bagi mempertingkatkan imej Bangi Bandar
Ilmu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment