June 7, 2014

Isu-Isu Mendepani UKM: Rasionaliti Dan Kontroversi - Pertukaran Lambang

-->
BBB, 08 Sya`ban 1435 = 06 Jun 2014 (Jumaat):

Dalam perkembangan UKM dari dekad 1970an hingga 1980an tidak sunyi dari timbul isu-isu yang antaranya bersifat kontroversi yang mencabar rasional dan integriti universiti. Antara isu awal yang timbul yang diketahui umum sekurang-kurangnya di kalangan warga kampus, tetapi tidak dibincangkan secara terbuka ialah mengenai `crest` atau lambang UKM.

                                                             Lambang  ABIM
Bagi mereka yang prihatin dapat menyedari bahawa lambang UKM antara 1970-1973 adalah berlainan dari lambang UKM selepas itu, iaitu selepas 1974 hingga kini. Mengapa terjadi perubahan ?

Lambang awal pada bahagian atas tertulis:

Zidni Ilman – Petikan ringkas dari ayat Al-Qur`an (Taha: 114) bermaksud ``Tambahilah Ilmuku` yang ayat penuhnya bermaksud ``Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Tuhanku Tambahilah Ilmuku.``
Ini bererti ungkapan ini dari ayat Al-Qur`an adalah bersifat falsafah Tauhid. Mengakui bahawa Allah Pemilik dan bersifat Ilmu. Kita adalah pencari-pencari ilmu. Kita memohon hidayah dan pertunjuk dari-Nya di dalam mencari ilmu. Apa yang kita dapati tidak menyamai setitis dari lautan ilmu-Nya yang tidak kering-kering walau berapa ditimba darinya.

Pada bahagian sebelah kanan harimau berdiri yang melambangkan kekuatan yang memegang ubur pada tangan kanan yang melambangkan keilmuan dan kris pada tangan kiri yang melambangkan kepahlawanan.
Manakala pada bahagian sebelah kiri ialah lambang bendera Malaysia yang boleh ditafsirkan sebagai kecintaan pada negera Malaysia.
Manakala pada bahagian bawah ialah 5 kuntum bunga raya yang antaranya masih dalam kelopak dengan lima daun yang digubah begitu artistic yang melambangkan rukun Islam dan boleh juga ditafsirkan sebagai rukun Negara. Ianya boleh juga ditafsirkan sebagai perkembangan berbagai kelopak ilmu.

Sekali lagi pertanyaan, mengapa lambang yang begitu artistic dan indah kemudiannya tidak digunakan lagi ?

Penggubah lambang di atas, itu Profesor Dr. Syed Naguib al-Attas Dekan Fakulti Sastera UKM dan kemudian Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM (IBKKM UKM). Ini bukan pertama kali diakui dan diterima gubahan lambang yang dirangkakannya. Beliau adalah Penggubah bagi lambang UMNO (PEKEMBAR), lambang ABIM dan beberapa lambang yang lain. Gubahan-gubahannya antaranya menjadi hiasan kulit bukunya.

                                                       Lambang  UKM yang baru
Adalah dicakapkan secara tidak rasmi, bahawa lambang itu tidak disetujui Tun Abdul Razak yang menjadi Canselor UKM pada masa itu. Cakap-cakap tidak tertulis ini tidak boleh dipercayai sepenuhnya, mungkin datang atau didatangkan oleh orang atau mereka yang tidak menyenanginya yang Prof. Dr. Syed Naquib tokoh intelektual yang kontroversi dan memang ada yang tidak menyenanginya.

Pertukaran kepada lambang baru sebahagian daripadanya tidak terlepas dari mengambil sebahagian dari lambang yang lama seperti bentuk harimau  merangkak, tetapi tidak berdiri tegak seperti yang digubah oleh Prof. Dr. Syed Naquib dan bunga raya  lima kelopak terbuka. Adalah dikatakan persetujuan diminta dari Prof. Dr. Syed Naquib untuk menggunakan lambang bunga rayanya yang indah dan berseni, tetapi dikatakan beliau tidak setuju dengan mengambil satu aspek dari gubahannya. Pada bahagian atas ialah buku terbuka yang melambangkan ilmu sebagai tujuan tertinggi dalam pengajian. Lambang buku ini adalah perubahan terbaharu menggantikan motto `Ilmu Memimpin` yang digunakan sebelumnya bagi lambang baharu. Logo terbaharu ini dilancarkan dengan rasminya pada 29 Julai 2000 oleh DYMM Tuanku Ja`afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Canselor UKM.
                                                       Lambang  UKM  yang lama
Mungkin pada lambang yang lama tidak ada lambang yang mewakili sains dan teknologi sebagaimana dilambangkan dengan lambang nuklier dan alat ukur dan bahagian roda. Jika ini sebagai alasan, juga boleh dipersoalkan bahawa pada crest yang baru tidak mewakili bidang keislaman, ekonomi dan perniagaan dan sebagainya. Sebenarnya ungkapan pada crest lama `Tambahailah Ilmuku` sudah mencakupi segala ilmu sama ada yang diketahui dan juga yang tidak diketahui.

Adalah tidak dapat dipastikan siapa yang menggubah crest yang baru, tetapi ada yang berpendapat rupa bentuk crest yang baru tiada elemen mengagungkan Pencipta, tiada elemen cintakan Negara dan tidak bersifat estetik sebaliknya dikatakan terlampau langsung, tidak berseni dan mutunya tidak lebih dari yang lama.

Sekian.

No comments:

Post a Comment