BBB, 02 Ramadhan 1435 = 29 Julai 2014 (Selasa):
Melalui perbincangan banyak perubahan yang berlaku, tetapi
beberapa perubahan nyata ialah:
1. Kubah
Piawayan kubah bagi kami ialah Kubah Masjid Salahuddin Shah
Alam yang memang ketara indah dan beridentiti sendiri, tetapi kami bukanlah
berhasrat mempunyai kubuh sehebat kubah masjid negeri itu, Cuma biarlah kubah
masjid kami mempunyai daya tarikan tersendiri, namun kosnya seharusnya tidaklah
sampai setengah juta ringgit. Lantaran mencari kepuasan bentuk kubah
dihasratkan itu hingga ke pertengahan 2014 ini, tidak ada bahagian binaan yang
diiklankan kepada kontrektor untuk membuat cadangan mereka-bentuk dan membina
melainkan bahagian kubah. Ada
beberapa kontrektor yang datang ditemuduga. Semuanya bagi kami tidak dapat
meyakinkan kami dari segi prestasi, kecuali satu kontrektor, itupun contoh
pilihan bentuk bukan dari kontrektor, tetapi adalah dari kami dan kontrektor
berkenaan sanggup membina bentuk yang dikehendaki. Bentuk kubah adalah bulat
sebagai bentuk bawang, tetapi kami mengingatkan bukan bulat bujur. Kami
memperingat dan mau mengelak dari menyerupai kubah bentuk rumah ibadat
Sikh-Bahai yang rumah ibadat berkenaan juga mempunyai kubah.
2. Mimbar
Kedudukan mimbar juga dipersoalkan dari pelan asal yang
mengambil ruang ke mihrab. Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud AJK amat prihatin
tentang aspek ini. Cadangan dibuat ruang mihrab jangan ada halangan. Mimbar
bersifat anjung ke atas disebelah kanan mihrab dan ruangan tangga bagi khatib
ke atas tidak memakan ruang dari mihrab. Contoh-contoh mimbar dari masjid lain
menjadi bandingan. Namun material sama ada dari kayu atau konkrit dan contoh
seni binanya masih belum ditentukan.
3. Mihrab
Kedudukan mihrab pada pelan asal adalah berada pada paras
bumi ke atas, tetapi apabila pelan masjid berubah menjadi tiga tingkat, mihrab
berada pada paras dua ke hadapan bagaikan tong tergantung di hadapan, dengan bahagian
bawah kosong dan bahagian atas pula tidak rapat kepada bahagian sutuh atap dan
ada ruang yang tidak berfungsi. Sesungguhnya rosak dari segi estetik dan buruk
dari segi pandangan ! Pihak arkitek dan ahli-ahli menerima pandangan di atas
dari Penulis dan bersetuju memperbaikinya bahawa bentuk mihrab separuh bulat
itu turun dari atas ke bawah dan menjadi mihrab bagi level bawah juga dan pada
bahagian atas diadjust hingga rapat ke sutuh bahagian atap.
4. Kipas
Sungguhpun ruang-ruang Masjid Al-Umm dilengkapi dengan
air-cond., tetapi tidak semua masa diguna air-cond. Ianya juga dilengkapi
dengan kipas-kipas. Timbul persoalan apakah bahagian tengah di bawah kubah mau
dipasang dengan kipas besar (seperti di Masjid Al-Hasanah) atau dihiasi dengan
hiasan lampu thurayya gemerlap. Persetujuan adalah dipasang dengan kipas besar
yang cara pemasangannya direkabentuk hingga tidak merosakkan pandangan.
Kipas-kipas juga banyak digunakan pada bahagian-bahagian yang lain.
5. Perkhidmatan Lift
Oleh kerana masjid tiga tingkat, maka masjid menyediakan
perkhidmatan lift, tetapi tidak untuk kegunaan umum. Ianya disediakan hanya
untuk OKU dan bagi menaik dan menurunkan barang-barang sahaja.
6. Ruang Bawah
Pada tingkat bawah adalah dicadangkan untuk serbaguna.
Antaranya untuk konvensyen, seminar, pengajian dan jamuan perkahwinan. Adalah dicadangkan
pada bahagian hadapan diadakan pentas tetap bagi kepentingan majlis-majlis
disebutkan.
Ruang ini juga digunakan untuk solat terutama solat Jumaat
bila jamaah bertambah. Penulis memperingatkan bahawa pada bahagian hadapan
perlu ada akses untuk naik turun ke tingkat – level utama, jika tidak solat
bahagian bawah tidak mempunyai pertalian dengan yang di atas dan tidak sah.
Pada bahagian bawah juga ada screen yang menayangkan acara
di atas dan bawah yang diikuti oleh jamaah dari semua level (termasuk tingkat
bahagian muslimat).
7. Sound System
Diperingatkan ianya amat penting. Pakar professional perlu
dirunding agar `sound system` ini tidak bermasalah. Walau bagaimana perkara ini
tidak ada diambil tindakan kini. Ujian hanya dapat dilaksanakan sesudah
bangunan Masjid Al-Umm benar-benar siap.
8. Level Bahagian Bawah
Dicadangkan oleh pihak arkitek hendaklah hampir tinggi
dengan paras jalan, bagi memudahkan keluar-masuk kenderaan menghantar
barang-barang, khususnya bagi majlis jamuan perkahwinan dan majlis-majlis yang
lain.
9. Kawasan Parkir
Bahagian dalam kawasan Masjid Al-Umm hanya mempunyai kawasan
parker terhad. Tempat parker disediakan di bahagian depan – bersebelah padang yang telah
diratakan dengan tanah yang dikeluarkan dari kawasan tapak, khususnya lebihan
tanah dari ruang bagi tingkat bawah. Selain dari itu kawasan parkir juga
digunakan dari kawasan parkir berhampiran dengan Medan Usahawan.
10. Sekitaran yang Hijau Dan Bersih
Adalah dicadangkan kawasan Masjid Al-Umm dan kawasan
sekitaran dihiasai dengan pohon-pohon secara teratur, hijau dan menarik sesuai
dengan kawasan masjid dan sekitaran sebagai `Taman Ilmu` di Bangi Bandar Ilmu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment