11 Ramadhan 1435 = 09 Julai 2014 (Rabu):
Dalam apa jua bidang, pengalaman penting di samping
pelajaran. Dilihat dari segi Takmilah untuk menjadi seorang penulis, khususnya
kreatif, pelajaran memanglah keperluan asas, tetapi kelulusan semata-mata di
dalam bidang pelajaran, walaupun mempunyai ijazah, belum tentu dia boleh
menjadi penulis yang baik, sebaliknya seorang yang tidak tinggi di dalam bidang
pelajaran, tetapi kaya dengan pengalaman dan minat menulis bidang kreatif
secara kebetulan mempunyai bakat boleh meningkat menjadi penulis yang baik.
Tidak jarang bagi penulis-penulis memburu pengalaman, misalnya dengan
mengembara, melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang boleh memperkayakan
pengalaman. Chairil Anuar menulis puisi bertema perang dengan jiwa dan rasa
membuak hangat kerana dia sendiri sebagai watak yang terpanggang di dalam
kehangatan perang di Indonesia ,
Latiff Mohidin banyak menimba pengalaman kembaranya yang dicurahkan ke dalam
puisi dan lukisan-lukisan. Aspek ini juga tidak terpisah dari Takmilah sebagai
pra-syarat di dalam menulis. Untuk menulis dalam bidang-bidang keislaman
seorang penulis mesti mendalami bidang-bidang keilmuan Islam dan jika yang
ditulisnya di dalam bidang kreatif, dia mesti pula berkemahiran dan berbakat di
dalam penulisan kreatif berkenaan plus keilmuan.
Pengalaman dan keilmuan pula ada jurusan dan bidang-bidang,
kemahiran berorganisasi-politik berlainan dengan seni bina-kontrektor.
Demikianlah berdepan dengan hasrat mendirikan masjid. Antara perkiraan awal
jawatankuasa yang dilantik hendaklah mewakili surau-surau yang ada di
sekeliling tapak bagi Masjid Al-Umm. Anak-anak kariah dari surau-surau
berkenaan yang akan memakmurkan Masjid Al-Umm. Di samping ada jua dari NGO persatuan
yang berpengaruh dan institusi-institusi penting. Sememangnya wakil-wakil
surau, Ngo dan institusi penting diwakili dalam AJK, jika pun tidak semua.
Mereka semua adalah orang-orang yang biasa mengadakan mesyuarat dan
mengendalikan pentadbiran surau-surau dan mungkin tidak banyak beza dari
pentadbiran masjid. Pengalaman mereka diharap dapat membantu usaha membina
masjid.
Penerimaan surat
pewartaan tapak tanah masjid oleh Dato` Menteri Besar Selangor dan kebenaran
bagi mendirikan masjid oleh Pengarah JAIS adalah dua dokumen yang amat penting
bagi membolehkan AJK bertindak seterusnya. Gerakerja nyata sebagai usaha bagi
kerja-kerja awal berikut dari pewartaan dan keizinan membina masjid bermula
awal tahun 2012 dengan sedikit berlaku perubahan jawatankuasa. Sebarang
perubahan dan penambahan dibawa sebagai usul di dalam mesyuarat dan
dipertimbangkan. Ahli Jawatankuasa terdiri dari sepuluh AJK:
- Dr. Shafie Abu Bakar
- Mohd Ghazali Abas
- Hussin Haji Yunos
- Mohd Nor Hj. Mohd Yasin
- Omar Jaafar
- Ahmad Hasbullah
- Mohd Kalok A. Latiff
- Dr. Tajul Ariffin Noordin
- Hj. Abdul Rahman Daud
- Raja Fuaddin Raja Ahmad
Penulis sebagai Pengerusi kerana kedudukan di dalam politik semasa
sebagai Adun Bangi, membuat janji bagi mendirikan masjid dan mempunyai hubungan
dengan pihak Pentadbir negeri yang diharap dapat memudahkan urusan. Penulis
juga menggerakkan dari awal gagasan Masjid Al-Umm menjadi induk bagi Wadi Ilmu.
Selain daripada itu Penulis semasa menjadi Adun Bangi menjadi Pembantu Exco
bahagian Islam dan Adat Melayu berurus berkenaan masjid-masjid di negeri
Selangor dan pada peringkat Daerah menjaga bahagian masjid-surau di Daerah Hulu
Langat dan Sepang.
Tuan Mohd Ghazali Abas Timbalan Pengerusi terkenal sebagai
tenaga penggiat segala aktiviti di Surau Al-Nur sehingga Surau Al-Nur menjadi
antara surau yang paling giat dengan berbagai program keilmuan. Adalah
diharapkan beliau akan mengatur kegiatan-kegiatan keilmuan dan sebagainya di
Masjid Al-Umm.
Haji Hussin Yunos selaku Setiausaha adalah Bekas Pegawai
PKNS dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Terlibat dalam banyak persatuan.
Pengalamannya diharap dapat membantu pengurusan Masjid Al-Umm.
Hj. Mohd Nor Hj. Yasin adalah Bekas Pegawai Tadbir dan
Diplomatik. Sejak dari awal dilantik menjadi Bendahari. Diharap melalui
pengalaman dan kepakarannya dapat menjanakan kewangan bagi Masjid Al-Umm.
Hj. Omar bin Jaafar adalah Bekas Pentadbir (Pendaftar) UKM, UIAM
dan Pentadbir Telekom Malaysia .
Dengan pengalamannya di dalam bidang pembangunan diharap dapat membantu dari
segi pembangunan bagi Masjid Al-Umm.
Ustaz Haji Ahmad Hasbullah Bekas Pensyarah di Maktab
Perguruan dan Pengerusi Surai Damai. Diharap sama membantu ke arah menjayakan
pembinaan Masjid Al-Umm.
Hj. Mohd Kalok bin A. Latiff Bekas Pendaftar UPM,
sebagaimana Tuan Haji Omar Jaafar, begitu jugalah diharap beliau dapat memberi
idea dan cadangan dalam pembangunan Masjid Al-Umm.
Dr. Hj. Tajul Ariffin Noordin adalah Bekas Tenaga Pengajar
UKM. Beliau lama memimpin Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Di bawah
kepimpinannya banyak kemajuan yang dibawa. Diharap dengan dinamika pimpinan
dapat sama memberi pimpinan bagi kemajuan Masjid Al-Umm.
Hj. Abdul Rahman Daun Bekas Pegawai di UPM. Diharap dengan
tenaga usahanya dapat memberi kesan kemajuan yang baik bagi Masjid Al-Umm.
Raja Fuaddin Raja Ahmad, ahli kariah Surau Damai dan
merupakan Ir. Arkitek. Beliau diperkenalkan di dalam mesyuarat dan diterima
sebagai AJK.
Dengan tenaga-tenaga dan kepakaran masing-masing AJK
menjalankan tugas-tugas permulaan bagi menggerakkan kemajuan pembinaan Masjid
Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment