BBB, 21 Ramadhan 1435 = 19 Julai 2014 (Sabtu):
Masjid adalah tempat bersolat dan beribadat kepada Allah
Yang Maha Esa. Sebagai penyatuan arah dalam bersolat kiblat hendaklah mengarah
ke Masjidil Haram (selepas awalnya mengarah ke
Masjid al-Aqsa). Ini adalah prinsip dan praktik yang tak boleh diubah.
Adapun menyediakan tempat ibadat, khususnya solat disediakan tempat dikenali
dengan masjid. Seni bina masjid pula biasanya dipengaruhi kedudukan dan budaya
setempat. Lantaran itu terhasillah umpamanya Masjid Tompang Bertingkat, masjid
Asia Barat dan masjid berbagai tempat.
Walau bagaimana di dalam perkembangan zaman, pengaruh dan budaya
tempatan turut menyerlahkan Identiti kemasjidan. Penyerlahan aspek-aspek
dominan yang menjadi identiti kemasjidan oleh kerana fungsinya, bahkan
disempurnakan oleh nilai-nilai estetiknya yang bersifat Takmilah yang
meningkatkan rasa seni quddus bermula dari pengkarya/penghasil yang tercurah
pada karya yang meningkatkan halus jiwa – estetika bernilai Islam yang
mengagungkan Junjungan yang membawa Islam dan puncaknya keagungan terhadap
Allah Maha Pencipta yang Maha Indah (Jamal) dan Maha Sempurna (Jamal).
Pengalaman rohani jiwa mungkin berlebihkurang dapat diterima khalayak dan
mungkin tidak sepenuhnya, kerana ianya bergantung kepada sejauh mana kesediaan
jiwa yang rohaniah yang ada pada diri khlayak – walaupun impak sepenuhnya di
harap sama dari khalayak.
Ciri-ciri dominan seni bina masjid antaranya ialah:
1) Adanya
kubah
Kubah digunakan di Masjidil Aqsa, Masjidil Haram, Masjid
Qairawan, Masjid Damshiq, Masjid Ibn Talun, Mesir, Masjid di Cordova, Masjid
al-Azhar, Masjid Sulaymaniah, Istanbul membawalah kepada Masjid Salahuddin
Abdul Aziz Shah – Masjid Negeri Selangor yang mempunyai identiti utamanya ialah
Kubah Terbesarnya. Kubah juga ketara pada Masjid Putrajaya, Masjid India, Kuala
Lumpur, Masjid Sultan Sulaiman Kelang, masjid-masjid negeri-negeri membawalah
kepada Masjid Kajang dan Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.
Mengapa berkubah ?
Ianya bermula dari estetika alamiyah membawa kepada estetika
ubudiyah !
Bagi Teori Takmilah, sebenarnya suatu yang hakikat, bahawa
Allah itu Indah dan pada segala yang diciptanya tercermin keindahan. Bentuk
kubah yang bulat bujur adalah elemen estetika ketara yang dapat dihayati dengan
indera mata dan rasa. Dari segi estetika minda, bahawa bulat melambangkan
kesempurnaan. Bulat dibuktikan secara metamatik sempurna dengan 360 darjah.
Bulat memudahkan pergerakan. Planet-planet digalaksi dari matahari,bulan,
mushtari, marikh dan sebagainya adalah bulat.
Elemen-elemen alamiah di bumi contohnya hasil tanaman
seperti buah delima adalah merupakan bentuk bulat yang menawan ditambah dengan
seri warnanya yang jika sudah masak berwarna hampir kemerah-merahan. Bulatnya
menawan. Contoh bulat yang lain ialah limau dan bawang yang kebulatannya
menarik pandangan.
Seniman yang mempunyai persepsi yang tajam dan kreatif
memerhati bentuk bulat dan bulat bujur yang indah ini mengangkatnya dari elemen
alamiah kepada elemen seni bina. Secara kreatif dilihat bahawa, kerana intimewa
dan daya tarikan, bahkan sempurna dirinya dan menyempurnakan pandangan bahawa
letak yang paling sesuai ialah paling atas. Lebih dari itu bila diasosiasikan
dengan yang bersifat kudus lebih memancarkan rasa ketaabbudiyyah dan kekudusan.
Bulat kubah melambangkan ketundukan, kepatuhan dan ketenangan sebagai
beriktikaf berpanjangan.
Letaknya di puncak bangunan masjid menjadi lebih indah dan
menarik. Meskipun dipandang dari jauh kebulatannya yang disempunakan dengan
warna pilihan menyempunakan padangan mata dan imaginasi.
Kubah selain dari keindahan estetika lahiri dan akli
bersifat functional.
Melalui kubah angin panas yang berhimpun dan berpusar naik
dan dileraikan di atas, selain dari itu dengan adanya kubah sistem bunyi lebih
baik dan dapat dikawal. Kubah biasanya dipasang pada bahagian tengah masjid.
Ini memberi panduan arah bagi mereka yang baru datang dan masuk ke masjid.
Bukti sebagai keberadaan pada bahagian tengah ialah pemasangan lampu thurayya
yang mengindahkan padangan dalaman bagi masjid. Kubah juga mengawal pusaran
angin di luar dan dengan tunjuk langit pada bahagian atas kubah menserapkan
petir dari menyambar bahagian lain dari masjid. Secara tidak langsung ianya
merupakan kaedah yang dapat membantu dari segi keselamatan.
Kubah sudah menjadi identiti masjid. Pembinaan sesebuah
masjid dilengkapi dengan kubah, walaupun tidak dimastikan. Kubah menyeri dan
mengindahkan masjid, bahkan menjadikannya pandangan lebih quddus. Setengah
surau juga turut melengkpkan pembinssnnys drngsm Kubah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment