BBB, 16 Ramadhan 1435 = 14 Julai 2014 (Isnin):
Jawapan dari Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin
Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor melalui Setiausaha politiknya bersetuju
untuk melawat tapak Masjid Al-Umm serta ke Tapak Sekolah Agama Sungai Tangkas
melega dan menggembirakan. Surat
diterima pada 12.12.2012. Mulai dari
hari itu tumpuan diberi kepada persediaan majlis yang dinamakan ``Majlis Mesra
& Kenduri Kampung Bersama Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor pada 6
Januari 2013.``
Dalam masa lebih kurang tiga minggu tindakan yang dibuat:
Membersih tapak Masjid Al-Umm termasuk membuang pokok-pokok di
tebing tapak yang sebelum ini dikekalkan. Pihak MPKj bermurah hati menyiapkan
tangga semin 33 mata anak tangga dari bahagian bawah ke tapak untuk lawatan
tapak. Pihak MPKj juga menurapkan jalan dan membersihkan longkang. Sehari
sebelum tarikh lawatan khemah-khemah dipasang di kawasan lapang dan podium
perasmian disediakan di atas tapak sebaik pendakian anak tangga berakhir.
Sebagaimana Majlis Pelancaran Dana, maka tugas-tugas hampir sama dilakukan oleh
AJK. Ketibaan Dato` Menteri Besar pada pagi 6 Januari 2013 diiringi pasukan
bermotorsikal ARC berkuasa tinggi disambut oleh Adun Bangi selaku Pengerusi dan
AJK-AJK.
Antara para tamu yang hadir pada pagi Ahad 6 Januari 2013
bersamaan 23 Safar 1434 itu ialah:
Y.B. Tuan Dr. Che` Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat
Y.B. Puan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Sedang,
Ybhg. Dato` Haji Mohd Amin bin Ahmad Ahya Pegawai Daerah
Hulu Langat
Ybhg. Dato` Hassan Nawawi YDP, MPKj
Ybhg. Tuan Haji Mohd Napiah Shahrani Imam Masjid Al-Hasanah
Pengerusi-pengerusi surau, para jemputan dan orang ramai.
Dr. Shafie dalam ucapan alu-aluannya menceritakan tentang
latarbelakang tapak masjid Al-Umm. Pewartaan diluluskan oleh Y.A.B Dato`
Menteri Besar sendiri pada 1 September 2009 dan diluluskan pembinaan oleh JAIS
17 November 2009. Kos bagi mendirikan Masjid
Al-Umm ialah RM12 juta ringgit. Pihak AJK telah melancarkan derma Tabung Masjid
Al-Umm pada 19 Mei 2012. Setakat ini menurut Pengerusi, jumlah yang terkumpul
adalah setakat RM1.2 juta. Dengan jumlah ini masih jauh untuk memenuhi target
yang diperlukan. Pihak AJK mengharapkan pihak kerajaan negeri dapat membantu
memenuhi Tabung Masjid Al-Umm yang masih kekurangan. Majlis yang diadakan pada
hari ini juga bagi mengiklankan kepada orang ramai tentang kerja-kerja yang
kami lakukan agar jika ada pihak yang bertanya apa yang kami lakukan selama ini
dapat dilihat bukti secara langsung dan tapak bagi Masjid Al-Umm telah
dibersihkan bagi pembangunan Masjid. Masjid ini selepas disiapkan kelak adalah
masjid kedua di Bandar Baru Bangi yang diharap dapat menampung kekurangan
masjid bagi penduduk yang makin bertambah mencecah 100 ribu. Juga diharapkan
masjid ini menjadi induk bagi Wadi Ilmu di sini dan sama menyemarakkan Bangi
Bandar Ilmu.
Dalam ucapannya Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor mengucap
tahniah kepada AJK Pembinaan Masjid Al-Umm yang diketuai Y.B. Dr. Shafie Abu
Bakar. Menurut Y.A.B. Dato` Menteri Besar, ``Dengan majlis ini memberi peluang
kepada saya untuk bersama dan bermesra dengan rakyat setempat. Saya difahamkan
juga masjid yang tuan dan puan akan bina ini dengan pembiayaan dari sumbangan
orang ramai.`` Kata Y.A.B Dato` Menteri Besar, ``Apa yang diperlukan ialah
pihak AJK Pembinaan Masjid Al-Umm mesti bekerja keras menghebah dan
menyampaikan maklumat kepada khalayak orang ramai untuk menderma. Dalam
ucapannya itu:
Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul
Khalid Ibrahim memberi sokongan dan menjanjikan untuk memberi sumbangan dari
kerajaan negeri Selangor berdasarkan dolar to dolar.`` (Bererti sejumlah RM6
juta).
Tan Sri Dato` Seri Menteri Besar berharap masjid Al-Umm
menjadi `Land Mark` bagi syiar kegiatan keilmuan dan keislaman di Bangi.
Sempena Majlis Mersa & Kenduri Kampung itu juga Y.A.B.
membuka peluang untuk menderma dan
menerimanya dari penyumbang-penyumbang yang hadir. Y.A.B. juga berkesempatan
melancarkan buku Bangi Bandar Ilmu dan Gagasan Bangi yang kedua-duanya
diterbitkan pada tahun 2012.
Y.A.B. Dato` Menteri Besar kemudian melawat pameran yang
diberi penerangan oleh Tuan Fuaddin bin Raja Ahmad dari Arkitek Urusbina yang
juga selaku AJK Pembinaan Masjid Al-Umm.
Puncak dari program Y.A.B. Dato` Menteri Besar diiringi AJK
dan pegawai-pegawai mendaki anak tangga ke atas ke tapak Masjid Al-Umm
menandatangani plug simboloik bagi lawatan Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abdul
Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor ke Tapak Masjid Al-Umm.
Sebelum bertolak ke perasmian tapak Sekolah Agama Sungai
Tangkas Y.A.B Dato` Menteri Besar menyertai jamuan rakyat.
Dalam skema dan konsep Takmilah yang mempunyai hubungan
horizontal dari pengkarya – penghasil, hasil dan kesan pada khalayak dan hubungan
vertical dari pengkarya dan khalayak dengan karya meningkat dari segi Takmilah
berdasarkan nilai Islam kepada Allah adalah memberi kesan dari segi menanamkan
nilai yang baik kepada individu dan masyakatat yang secara langsung dan tidak
langsung memberi kesan kepada pemerintah dan masyarakat di dalam menegakkan
nilai yang baik di dalam negeri atau Negara yang aman dan maju yang disifatkan
oleh al-Qur`an sebagai Al-Balad al-Amin (Al-Tin: 3) dan Baldah Tayyibah wa
Rabbun Ghafur (Saba`: 15).
Sekian.
No comments:
Post a Comment