BBB, 10 Muharram 1436 = 03 November 2014 (Isnin):
Menyebut arah dari depan dan belakang masjid selalu
mengelirukan. `Depan Bagi Masjid` ialah bahagian depan yang mengarah ke Kiblat
yang ada padanya mihrab sebagai tunjuk
arah Kiblat. Manakala `Depan Masjid` ialah bahagian permulaan masuk bagi jamaah
ke dalam masjid. Bahagian depan ini merupakan bahagian belakang bagi jamaah.
Dia perlu ke depan untuk mendapat saf hadapan dalam berjamaah. Hadapan bagi
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Masjid Negeri di Shah Alam ialah tingkat bawah bagi masjid tersebut dengan
mihrabnya di bahagian atas bagi tingkat utama yang menonjol ke hadapan secara rata. Jamaah
datang memasuki ruang sisi kanan-kiri dan hadapan. Mereka kurang masuk dari
bahagian belakang, kecuali kerana mengambil wudhu` atau qada` hajat. Daya tarikan utama bagi
Masjid Salahuddin ialah kubahnya yang besar tersergam indah biru warna, hampir
menutupi sebahagian besar ruang jamaah. Dalamannya diseri dengan dekorasi
Ayat-Ayat Suci.
Adapun Masjid Al-Hasanah bahagian hadapannya yang bermihrab
tidak menjadi tumpuan atau laluan para
jamaah dan mereka yang datang, kerana bahagian hadapan terkehadapan dan tiada ruang di hadapan seperti Masjid
Salahuddin. Ada ruang taman,sebelah
kiri, tapi tidak bersifat kreatif dan
tidak menarik. Para jamaah yang datang adalah masuk melalui ruang sisi kiri
kanan atau dari bahagian hadapan melalui
jalan tengah dan kiri kanan bersebelahan dengan ruang-ruang mengambil wudhu. Ada ruang taman kiri kanan
jalan tengah (Jalan ini dibuat kemudian membelah ruang). Taman kiri kanan tengah mulai rosak digunakan.
Masjid Al-Hasanah berada dilokasi
strategic di tengah-tengah kawasan komersil di Seksyen 9 memudahkan para jamaah
dan pengunjung yang datang sehingga terasa kawasannya sudah begitu sempit –
Walau bagaimana Masjid Al-Hasanah
mempunyai ruang parkir yang masih luas, walaupun tidak mencukupi pada hari
Jumaat.
Masjid Al-Umm
mempunyai konstrain dengan tanahnya yang agak terhad – kurang sedikit dua ekar.
Ruangnya hampir penuh dengan bangunan, kecuali sedikit bahagian masuk di hadapan. Itupun tidak mampu memberi ruang
parking kecuali puluhan ruang sahaja. Ruang kosong yang ada di bahagian tepi cuma untuk ditanam
pokok-pokok hiasan. Ruang masuk dari jalan seksyen dua – jalan masuk amat
terhad, melalui sisi rumah Semi D yang baru. Kawasan parkir dicadang adalah di
kawasan yang diratakan di bawah laluan talian TNB – terutama bagi ahli jamaah
pada hari Jumaat.
Kita menjangkakan apabila Masjid Al-Umm siap kelak para
jamaah biasa, selain dari hari Jumaat, mereka lebih selesa mempakir kenderaan
mereka di medan parkir bersebelahan Medan Usahawan yang boleh memuatkan kadar seratus
ruang parkir.
Walaupun Masjid Al-Umm berada di atas tapak yang terhad
keluasannya, tetapi pembinaan di ruang
bersifat semi bukit dan bertanah tinggi dan tiga tingkat (satu daripadanya di
bawah tanah) dengan benteng (tembok) hadapannya yang tinggi dan kukuh ,
walaupun belum siap, kelihatan tersergam indah dan gagah. Pandangan ini lebih
ketara dari bahagian depan (bermihrab) yang berhadapan jalan lalu lalang ke
sekolah dan ke Jalan Dua berbanding
dengan bahagian masuk utama yang agak ke dalam dan sempit.
Bangunan Masjid Al-Umm lebih bersifat melebar hampir
memenuhi ruang tanah, berbanding ke bahagian ke belakang lebih pendek dan tidak sampai ke sempadan belakang – Baki tanah
untuk ruang masuk dan sedikit kawasan parkir. Tiang-tiang lebih bersifat
keliling bangunan, lantaran bahagian tengah sebagai masjid perlu ruang kosong
yang tidak banyak diganggu oleh tiang-tiang bagi solat berjamaah. Melebar
bangunan dari sayap kanan ke tengah – Mihrab
dan k e sayap kiri terdapat sebanyak 32 tiang – termasuk dua tiang seri
utama dengan dua lagi di bahagian belakang bagi menjunjung kubah yang agak
besar bakal dipasang bagi memayungi separuh dari ruang utama bagi jamaah.
Dari hadapan keliling dari kanan membawa ke belakang dan ke
sebelah bahagian lain atau sebaliknya juga dibarisi tiang-tiang juga dalam
jumlah 32 tiang. Adapun bagi ruang bawah
tanah, tiang belakangnya merupakan tiang-tiang bagi tembok bagi tanah
menjunjung lantai bagi ruang utama
sebanyak 16 tiang. Di atas tiang-tiang inilah dipasang rasuk ke tiang
hadapan menjadikan ruang bawah tanah begitu selesa dan mampu memuat 1,000 orang
bagi jamaah atau bagi satu-satu majlis.
Satu yang menarik, dilihat dari hadapan dari jalan
bersebelahan Medan Usahawan bahawa tembok bagi masjid ini adalah menjadi
sebagai sebahagian dari pagar bagi kawasan masjid bagi bahagian hadapan dengan
sedikit ruang depan untuk dihiasi dengan hiasan pokok-pokok renik yang tidak
mengganggu pandangan tembok yang bakal dihias di samping menjadi ruang iklan
berbayar. Dari bahagian bawah ini dapat dilihat dengan jelas ketiga-tiga
tingkat aras masjid yang sedang dibina.
Binaan bahagian tengah hadapan ialah mihrab. Pada peringkat awal mihrab ini
bersifat tergantung pada aras dua ke atas, tetapi tidak sampai ke atap – ada
ruang kosong antara puncak mihrab dengan atap. Atas cadangan Penulis meminta agar
mihrab ini tidak kelihatan sebagai tong tergantung, maka diminta agar mihrab
ini meliputi ke tiga-tiga aras dengan tambahan cadangan bahagian atas menyentuh atap. Jadi bentuk separuh bulat
mihrab ini adalah dari tingkat tiga ke tingkat dua dan ke bahagian aras bawah
tanah. Struktur bagi semua aras termasuk bagi puncak mihrab sudah siap dan
menunggu untuk diseminkan atau disempurnakan.
Buat masa ini dinding-dinding bagi aras bawah sudah dipasang
konkrit, bahagian dalam sudah diplaster semin, tetapi pada bahagian luar masih
belum diplaster. Mungkin menunggu pemasangan pintu yang sudah tersedia sebelum
diplaster. Namun dari dinding-dinding bahagian bawah ini, selain dari 4 pintu
besar, terdapat 12 tingkap di samping
dua laluan udara ke bilik.
Selain dari ruang solat yang menjadi tumpuan utama, maka
ruang tingkat bawah ini menjadi tempat yang ramai dengan pengunjung apabila
dibuka bagi tempat pengajian, seminar, pameran, sambutan, pertemuan dan acara-acara perkahwinan dan
jamuan yang tidak mengganggu bahagian utama masjid.
Bahagian depan Masjid Al-Umm yang bermihrab dari atas ke
bawah mempunyai daya tarikan tersendiri, kerana inilah view utama Masjid Al-Umm dilihat dari jalan dan ruang
parkir bersebelah Medan Usahawan, manakala bahagian hadapan masuk ke masjid
agak terkedalam. Jalan sisi bagi masjid tidak merupakan jalan utama, tapi akan
menjadi jalan utama bagi para jamaah.
Berlainan dari Masjid Al-Hasanah, MasjidAl-Umm tidak berada di tengah-tengah kawasan
komersil, walaupun ada pasar dan dua deret kedai. Tempat ini lebih hidup pada
waktu pagi terutama pada pagi Sabtu dan Ahad. Masjid Al-Umm dilihat sebagai
masjid di tengah-tengah berbagai institusi pendidikan di samping di tengah
kawasan kediaman. Walaupun ada tarikan pada bangunan, istimewa selepas kubah
dan dua menara disiapkan, semuanya sebagai
tarikan elemen estetika, kemajuan yang sebenar baik bagi Masjid Al-Umm
dan juga Masjid Al-Hasanah bagaimana masjid-masjid berkenaan mengadakan berbagai-bagai kegiatan
bagi memakmurkan masjid-masjid berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment