November 11, 2014

Respond Dan Sikap Terhadap Kanun Jenayah Syariah: Barakah Untuk Brunei


BBB,  17 Muharram 1436 = 10 November  2014 (Isnin):
Kanun Jenayah Syariah yang diumum perlaksanaannya  di Brunei  pada 2013, sebenarnya bukan asing bagi Brunei yang telah menggunakannya sejak 600 tahun lepas, penerusannya tetap berlaku, walaupun tidak sepenuhnya. Pengumuman bererti dari satu segi peningkatan dan pengukuhan kembali nilai-nilai Islam yang sebenarnya sebagaimana disifatkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam adalah, ``Pengukuhan cara hidup `Din Islam` di tengah masyarakat umat di Brunei.


Pengucaputama menegaskan bahawa,` `Din Islam adalah cara hidup yang ditentu oleh Allah adalah indah sebagaimana fenomena alam yang diciptaNya adalah Indah.``  Pengucaputama bertanya,
``Mengapa semuanya indah ?``Jawabnya,
``Kerana Penggubalnya ialah Allah Maha Pencipta bagi segala,``  sambil beliau merujuk kepada maksud Hadith:  ``Sesungguhnya Allah itu Baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik.``
Walau bagaimana menurut Pengucaputama, pengukuhan yang diambil oleh Kerajaan Negara Brunei tidak semua menerima baik. Ada yang menyifatkan sebagai ``orthodox, kembali kepada zaman kuno, kejam, bengis dan bertentangan dengan lunas-lunas kemanusiaan.
Pengucaputama mengklasifikasikan tentang respond dan sikap kepada tiga
1)      Golongan yang menerima secara mutlak
2)      Golongan yang menolak secara mutlak
3)      Golongan separuh menerima  dan separuh menolak dan penerimaan adalah bersyarat.
Golongan yang menerima secara mutlak ialah golongan beriman yang sifat iman sebagaimana ditakrifkan hakikat iman ialah. `Qasad dengan hati, iqrar dengan lisan dan beramal dengan arkan. Pengucaputama menyifatkan golongan ini mereka yang kukuh-kental dengan keimanan, laksana gunung batu pejal, tidak dihakis oleh cuaca dan tidak mampu diluluhawa.
Golongan yang menolak dengan mutlak, ialah mereka yang di luar dari Islam. Pengucaputama menyebut isyarat dari Al-Qur`an bermaksud:
``Tidak akan reda akan engkau (wahai Muhammad) dari kalangan Yahudi dan Nasara hingga engkau mengikut millah (agama)  mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka)  sesungguhnya pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datang (wahyu yang member) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran) , maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi  pertolongan kepadamu.``  (Al-Baqarah: 120).  
Menurut Pengucaputama, belum sampai  24 jam dari pengumuman berbagai  reaksi  negative  dan tuduhan sebagai mundur ke belakang, kuno dan tidak bertamadun diterima. Tekanan juga diterima dari luar yang mengambil sikap yang tidak menyenangkan termasuklah dari media-media berpengaruh di dunia. Brunei di dalam hal ini mengambil sikap mesra dan mengharapkan pihak-pihak berkenaan menghormati kami sebagaimana kami menghormati orang lain.
Bagi golongan yang separuh menerima dan separuh menolak membayangkan ketidakyakinan mereka dan menimbulkan berbagai kekhuatiran dan persoalan. Contoh: Mereka menimbulkan persoalan tiadanya hukum rejam dalam Al-Qur`an berhubung dengan kesalahan berzina. Kata Pengucaputama, bahawa ianya ada di dalam Hadith. Beliau mengkiaskan `Perintah solat` secara ijmal di dalam Al-Qur`an, maka secara detailnya diikut dari amalan Nabi yang Baginda sendiri bersabda bermaksud:
Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.``


Menurut Pengucaputama, ``Ada yang bersetuju dengan  Kanun Hukum Jenayah Syariah,  tetapi tidak bersetuju dilaksanakan dengan segera. Menurut Pengucaputama, ``Pendapat ini tidaklah tepat, Brunei  tidaklah tergesa-gesa, tetapi sudah mula melaksanakannya sejak 600 tahun lepas. Perlaksanaan dalam Islam juga tidak terlambat, kerana ianya terlaksana sejak satu setengah milinium yang lalu.
Pengucaputama amat berpegang pada hidayah, kurniaan dari Allah yang membalas kebaikan  pemerintah dan hamba dengan memetik firman Allah bermaksud:
``Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan  qadar dan masa bagi berlakunya  tiap-tiap sesuatu (Al-Talaq: 2 – 3).
Juga dengan beriman dan ketaqwaan Allah memberi  keberkatan dan kurniaanNya, sebagaimana firmanNya: Bermaksud:
``Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan yang melimpah-limpah) berkatnya, dari  langit dan bumi.`` (Al-A`raf: 96).
Pengucaputama memberi  contoh dengan rasa syukur, bahawa sejak Negara Brunei melaksanakan Kanun Hukum Jenayah Syariah dengan kemurahan Allah dan berkat ketaatan, Allah menemukan sebanyak enam telaga minyak di Brunei. Katanya, sesungguhnya Allah boleh menggandakan penemuan dengan kehendakNya.
Begitu juga Berkat ketaatn dan keadilan semasa pemerintah Khalifah Umar Ibn Al-Aziz  Negara makmur, hasil mahsul melimpah ruah sehingga sukar mencari orang miskin yang layak menerima zakat.
Sesungguhnya kepatuhan kepada Allah dan taqwa kepadaNya membuka pintu hidayah dan barakah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment