BBB, 25 Muharram 1436 = 18 November 2014 (Selasa):
Satu ciri Teori Takmilah, bahawa ianya mempunyai dinamika
yang memberi ruang bagi peningkatan
kualiti, jika di dalam penulisan menggerakkan penulis meningkatkan dirinya
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman, ianya juga memberi ruang yang paling penting mempertingkatkan
jiwa dan rasa dari segi kreativiti, pengucapan dan karya sehingga meningkatkan
karya sebagai sebuah karya yang tinggi
mutunya sebagai hasil karya kreatif dan sebagai sebuah hasil yang bermutu
tinggi, maka ianya memberi kesan kepada pembaca dan khalayak yang menghayati
karya berkenaan.
Ciri ini nampaknya berlaku juga kepada bidang perundangan
yang walaupun sudah ada kanun atau enakmen yang telah tersedia sebagai panduan
berhujah bagi peguam dan menghukum bagi hakim, tetapi proses Takmilah adalah
berlaku. Proses Takmilah ini berlaku di dalam hujah peguam mencari fakta-fakta
yang tepat dan jitu bagi memenangi kes anak
guamnya, hakim pula meneliti tentang hujah peguam pihak pembela dan peguam
pihak mahkamah (kerajaan) agar keputusan yang diambil adalah tepat. Proses
Takmilah juga disediakan, walaupun keputusan telah dijatuhkan, maka masih ada
proses Takmilah dari segi undang-undang, iaitu melalui rayuan daripada Mahkamah
Rendah, Kepada Mahkamah Tengah, Tinggi, Agung dan Persekutuan. Peguam dalam
konteks Takmilah mungkin lebih dari seorang dan hakim pula mungkin beberapa
orang di dalam membuat keputusan. Takmilah berlaku pada bidang kes, kepada peguam,
kepada perundangan, kepada hakim dan kepada diri anak guam. Takmilah adalah
proses menuju kepada peringkat ketepatan, kebenaran, keadilan dan keindahan
begitu juga dengan proses berguam melalui tahap-tahap , proses-proses dan
tingkat-tingkat yang diusaha dengan kemahiran, kepakaran dan keilmuan yang
dapat membuktikan kejelasan persoalan dan ketepatan hukuman.
Sebenarnya proses
penghakiman juga adalah proses Takmilah. Sebagai contoh kita petik dari isu
yang baru berlaku berhubung dengan peruntukan di dalam Kanun Jenyah Syariah
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (1992)
yang di dalam peruntukan Seksyen 66 Enakmen MAINS adalah menjadi kesalahan
lelaki memakai pakaian wanita atau berlagak sebagai wanita di tempat awam.
Pihak yang melakukannya dan jika sabit
kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau
kedua-dua sekali.
Kes berkenaan berlaku ke atas tiga orang juru mekap
pengantin, iaitu Muhamad Juzaili Muhamad Khamis (26), Syukor Jani (28) dan Wan
Fairol bin Wan Ismail (30). Mereka telah membuat rayuan akibat dari hukuman
dari Mahkamah Syariah Negeri Sembilan itu kepada Mahkamah Rayuan Persekutuan
dan pada 11 November 2014 Mahkamah Rayuan Persekutuan membatalkan keputusan Mahkamah
MAINS dengan alas an Seksyen 66 Enakmen
Jenayah Syariah MAINS 1992 itu bercanggah
dengan perlembagaan Persekutuan, iaitu bercanggah dengan perkara 5 (1)
Kebebasan diri , 8 (1) Kesamarataan, 8 (2) Diskriminasi, 9 (2) Kebebasan
Bergerak dan 10 (1) Kebebasan Bercakap dan Bersuara.
Keputusan berkenaan mengundang implikasi-implikasi seperti
membuka peluang bagi berkahwin sejenis, kecelaruan dari segi identiti kepada
individu yang transgender dan juga kepada masyarakat, ada yang mengambil
kesempatan sebagai peluang melakukan jenayah. Mereka yang seumpama ini
mengelirukan orang yang benar-benar bersifat khunsa musykil. Penelitian hukum sepatutnya
adalah kepada mereka untuk diberi keadilan.
Keputusan dibuat oleh
tiga Hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamudin bin Mohd Yunus
ini mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin agama seperti Datuk Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang antaranya JAKIM di bawah Kementeriannya, Profesor Emeritus Datuk Dr.
Mahmood Zuhdi Tokoh Akademik, Beberapa
Mufti menyokong MAINS agar membuat rayuan seperti Syeikh Ahmad Faisol Omar (Kedah), Tan Sri
Harussani (Perak) dan Datuk Seri Abdul Rahman Othman (Pahang). Mereka menyokong
MAINS untuk membuat rayuan. Manakala Tun Dr. Mahathir mau agar fatwa disemak
kembali.
Berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan Persekutuan ada
yang berpendapat bahawa pihak Mahkamah Persekutuan menceroboh Mahkamah Syariah yang sebenarnya
diberi peruntukan hak menggubal
undang-undang sy ariah dan pihak Persekutuan tidak dibenar mengganggu keputusan
Mahkamah Syariah. Pihak MAINs akan membuat rayuan terhadap kes ini.
Dari segi Takmilah proses menghakimi kes ini, rayuan,
penghakiman kembali dan berbagai proses yang dilalui adalah merupakan Takmilah
dalam menuju kepada ketepatan hukuman dan keadilan serta menjadi rujukan kepada
kes-kes yang seumpamanya pada masa akan datang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment