BBB, 24 Muharram 1435
= 17 November 2014 (Isnin):
Setelah membicarakan tentang
Kanun Hukum Jenayah Syariah, sejak lebih sepuluh hari lepas – Sempena
dengan:
Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah Dan Seminar Jenayah Syariah
Dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan
Selangor
Bertempat di ODT
Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam pada 08 November 2014 = 13 Muharram 1436, maka
setelah menulis sebanyak 10 buah artikal berhubung dengan Seminar dan Forum
berkenaan tercetus semacam `Ilham` yang melihat bahawa Perundangan, termasuklah
kanun Jenayah Shariah yang sebahagian daripada undang-Undang itu tidak lain
dari aturan, tatacara, kanun atau hukum yang menggunakan mekanisme undang-undang bagi memantapkan peraturan dan mengembalikan
yang terkeluar dari aturan kembali kepada landasan aturan yang asli dan tabi`I yang
sempurna
dan selamat . Konsep berada di atas landasan yang betul ini bukan saja
pada manusia, tetapi juga pada makhluk kejadian yang lain yang menurut
undang-undang dan aturan alam ciptaan Allah menyebabkannya selamat yang sesuai
dengan fitrah Islam sebagai agama `selamat dan sejahtera` Di dalam hal ini kata Maulana Sayyid Abul A`la Maududi:
``Everyone can see that the universe we live in is an orderly
universe. There is law and order among all the units that comprise this universe.
Everything is assigned a place ia a grand scheme which is working in a magnificent
and superb way. The sun, the moon, the
stars and in fact all the heavenly bodies are knit together in a splendid
system. They follow an unalterable law
and do not make even the slightest deviation from their ordained course. The
earth rotates on its own axis and in its revolution round the sun scrupulously
follows the path laid down for it. Similarly,
everything in the world, from the little whirling electron to the mighty
nebulae, invariably follows its own laws``
(Maududi, Abul A`la, Towards Understanding Islam, Islamic
Publications Limited, Lahore, Pakistan, 1972: 2)
Lebih penting lagi
kepatuhan pada aturan-aturan alamiah yang fitri ini, bukan saja berlaku
pada alam jamadi, tetapi pada manusia yang mempunyai akal, jiwa dan rasa, mempunyai daya ikhtiar
dan pilihan yang bertindak dan mengambil keputusan dan menerima akibat dan
balasan. Makhluk pilihan ini pada hakikatnya turut patuh pada aturan-aturan.
Sebagai contoh manusia patuh kepada aturan-aturan dari segi pertumbuhan
jasmaninya dari bayi, menjadi kanak-kanak, orang muda, dewasa, warga emas dan meninggal. Tubuh
jasmaninya mesti menurut peraturan biologi, mesti makan minum, tidur dan jaga,
perlu rehat, berusaha dan menemui
pengakhiran penghidupan.
Tetapi manusia dalam menuju kepada tingkat kesempurnaan, bukan saja hidup secara biologi, tetapi
juga perlu kepada mekanisme bagi
meningkatkan kualiti diri dengan belajar,
bekerja dan berkeluarga, perlu hidup bermasyarakat dan menjunjung nilai agama
dan berhasrat membina keluarga yang salih menurut garisan akidah dan
syariatnya. Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi:
``Di bawah bayangan syariat Islam terbinalah `manusia salih`` yang mengetahui hak Tuhannya
ke atas dirinya. Lantaran dia menyembah-Nya
(beribadat kepada-Nya) dengan mendirikan syiar-syiarnya dan melaksanakan
perundangan-Nya. Sebagaimana juga dia menyembah Tuhannya dengan ilmu yang
bermanfaat dan amalan yang salih. Dia juga
mengetahui hak dirinya lalu dia menyenangkannya dengan perkara yang baik dan
menyucikannya dengan perkara salih. Dia juga mengetahui hak masyarakatnya ke atas dirinya, dia memberikan kepada
masyarakat sebagaimana dia mengambil dari mereka.``
(Yusuf Al-Qaradhawi, Islam Holistik, Praktikal, Sesuai Di
Setiap Tempat Dan Masa, (Terjemahan Dr. Juanda Jaya), Syabab Book Link, Bangi,
Selangor, 2012: 17).
Islam menawarkan keselamatan dengan mematuhi aturan-aturan.
Alam yang mnurut aturan adalah selamat dan Islam. Demikianlah dengan diri
manusia yang mengikut aturan adalah selamat dan Islam
Firman Allah bermaksud:
Apakah lain dari agama Allah kamu mencari (?), pada hal kepadaNya selamatnya
(menyerah diri, mengikut aturan) yang berada di langit dan bumi. (Ali Imran:
83).
Mereka seperti di atas adalah patuh dari segi kejadian dan
peraturan lahiri.
Tetapi sebagaimana disebut, bahawa manusia bukan makhluk
jamad dan static, mereka bergerak dan aktif, tetapi tidak jarang pula selain
dari menurut peraturan, namun ada yang menyimpang oleh dorongan nafsu yang
cenderung kepada nafsu ammarah yang melakukan kejahatan, tamak haluba, menipu
dan berbagai-bagai kemungkaran. Bagi mereka yang seumpana ini apa yang mereka
bawa ialah kerosakan dan kemusnahan.
Jika bagi tumbuhan dan binatang, maka jika ada di kalangannya
yang rosak, misalnya pokok jika buruk
dan berulat, maka untuk menjaga keselamatan bahagian dan pokok yang lain dari
berjangkit maka perlu dipotong atau dimusnahkan semuanya, maka demikianlah
dengan manusia ada yang rosak dari segi fizikal dan akhlak dan merosak orang
lain seperti melakukan jenayah, maka lantaran itu sebagai pokok yang rosak dan
perosak ini perlu dipotong atau dibasmikan langsung. Mekanisme bagi membaiki
kerosakan ini ialah undang-undang. Peranan undang-undang ialah aturan dan
hukuman tertentu dikenakan kepada pesalah-pesalah yang tidak lain bagi
memperbaiki dirinya dan juga menyelamatkan orang lain diakibatkan
tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang.
Dilihat dari segi falsafah Takmilah, melihat bahawa Pencipta
bersifat `Kamal` - Sempurna (dan sifat-sifat sempurna yang lain), maka pada
ciptaanNya tercermin kesempurnaanNya . Makhluk, khususnya manusia, berusaha
meningkatkan diri kepada menyempurnakan diri, bukan setakat dari segi tabii
saja, seperti patuh pada peraturan tabii alam, tetapi melengkapkan diri
meningkat kepada Kesempurnaan` yang tidak mungkin tiba pada peringkat
kesempurnaan hakiki, tetapi membayangkan bahawa manusia bergerak meningkat dari
segi kualiti diri menjadikan diri `Insan Kamil` - yang tiba padanya hanya
Rasulullah. Di samping peningkatan yang berlaku, ada sebahagian daripada mereka
yang terbantut, rosak, melakukan kesalahan yang merosakkan diri dan lebih dari
itu membahaya dan merosak yang lain. Penggunaan undang-undang dilihat sebagai
mekanisme dan usaha bagi mengembalikan insan
yang rosak itu dengan
pengajaran-pengajaran seperti hukum-hukuman yang dapat menginsaf dan
mengembalikannya kepada landasan yang sebenarnya. Konsep Takmilah bukan saja
berlaku pada peringkat pemulihan, tetapi jika penghapusan dan pemusnahan
terpaksa dilakukan, maka ianya juga adalah cara mentakmilah, khususnya bagi
orang lain dari dirosak yang mempunyai penyakit yang merosakkan. Dalam hal Ini
fungsi Takmilah memulih dan meningkatkan kualiti diri dari peringkat paling
rendah kepada peringkat tertinggi. Namun kualiti Takmilah ada tahap tertinggi,
tetapi tidak sama tahap pencapaian antara satu
dengan yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment