BBB, 11 Muharram 1436 = 04 November 2014 (Selasa):
Hari ini Selasa 04 November adalah mesyuarat pertama mulai Muharram 1436. Sebagaimana biasa
mesyuarat bulanan dimulai dengan Mesyuarat Tapak (Ke 11), iaitu menerima Laporan Perkembangan Pembinaan
Fizikal Masjid Al-Umm.
Antara laporan yang
diberi perhatian dan keutamaan, di samping meneruskan kerja-kerja yang belum
siap sehingga 31 Oktober 2014 kerja-kerja yang berhubung dengan elektrikal ialah:
Pembinaan TNB Sub
Station 75%
Kerja-kerja Elektrical 16%
Pentingnya kerja-kerja elektrikal
diberi perhatian, kerana bersangkut dengan TNB, khususnya pemasangan
sub-station TNB, maka mesyuarat khas berhubung dengan elektrikal dan turun ke
lapangan akan dilakukan pada esok hari. Antara kerja-kerja lain yang di dalam
progress pembinaan seperti kerja tanah (95%), ground slab (90%), column - Ground floor to first floor (90%), First
floor beam and slab (85%), column - first floor to roof (80%), roof beam and
flat roof (40%), Brick work – lower Ground (95%) & Ground floor (60%), plastering - Lower ground (85%) dan
kerja-kerja mekanikal (6%). Selain daripada itu 100% siap.
Sehingga 31 Oktober 2014 penggunaan hari ialah 325
hari daripada 532 hari bertsamaan 61% dengan jadual kerja sepatutnya 30.04%
dengan kerja sebenar adalah 31.43%, bermakna lebih cepat 1.39%. Dari 01 Oktober
hingga 31 Oktober cuaca kurang baik dalam mana 12 hari daripadanya hujan. Bila
Penulis bertanya, adakah kerja hari minggu dan adakala malam mutakhir ini bertujuan
untuk menampung gangguan kerja disebabkan hujan. Menurut saudara Razak Rahman,
``Tidak semua, kerana kerja tambahan dan malam tidak melibatkan semua pekerja, ia melibatkan kerja
tertentu, contoh melempa semin dari crane yang apabila diisi tidak dapat
ditangguhkan, kadang-kadang hingga ke malam atau menyiapkan kotak bagi
pengisian semin kontrik dalam tempoh tertentu``. Walau bagaimana kerja-kerja
kini masih mengikuti jadual.
Pada masa ini tumpuan kerja
banyak dilakukan kepada tingkat bawah tanah
dan bagi tingkat atas. Kerja-kerja ditumpukan ke tingkat bawah tanah
ialah kerana tingkat ini lebih awal siap dari segi struktur dan ruang dan tidak
memberi kesan oleh hujan panas. Misalnya
kerja-kerja yang berhubung dengan plaster yang hampir 90% telah siap.
Kerja-kerja partition bagi bilik-bilik juga dapat dilakukan tanpa gangguan
cuaca.
Adapun kerja-kerja pada bahagian
atas adalah bahagian yang utama terdedah dengan cuaca hujan-panas dan bahagian
atas tingkat atas (tingkat tiga) masih pada peringkat penyiapan beam bagi roof
sesudah lantai tingkat tiga yang berbentuk `empat segi memanjang telah siap
dikonkritkan. Kerja-kerja yang melibatkan struktur bagi roof ini akan diikuti
dengan pemasangan rangka roof sebelum dilengkapkan dengan atap. Bila bahagian
roof dapat disempurnakan, maka kerja-kerja pada level utama dapat dilakukan
secara menyeluruh. Kerja-kerja dalam penantian dan mungkin lebih kemudian ialah
pembinaan dua menara yang bersebelahan pintu masuk yang struktur bagi pintu
masuk – pintu gerbang dan juga struktur
bagi kedua-dua menara sudah wujud.
Pembinaan pintu gerbang dan menara agak berasingan dan tidak memberi kesan kelewatan bagi pembinaan
bahagian-bahagian utama.
Bahagian yang agak rumit ialah
mempastikan bentuk kubah dan pembinaannya. Untuk mempastikan bentuk kubah
sebenarnya memakan masa yang lama yang melibatkan beberapa kontrektor yang
berpengalaman di dalam pembinaan kubah. Walau bagaimana setakat ini semacam
sudah sampai kepada peringkat akhir persetujuan berhubung pembinaan Kubah dan
melibatkan bahagian-bahagian dari segi dekorasi bahagian hadapan level utama
Masjid Al-Umm.
Dari pemerhatian Penulis, semua
pihak bekerja dengan penuh dedikasi dan mesra dengan kerja masing-masing. Penulis
berpendapat berlaku persefahaman yang tinggi antara pihak AJK Induk, Teknikal,
Tapak dengan pihak arkitek, perunding-perunding dan kontrektor. Dari
persefahaman ini tidak menimbulkan masalah. Sebarang cadangan perubahan,
tambahan dan penyesuaian sering berlaku dan tidak menjadi masalah di dalam
mencari persetujuan. Disedari atau tidak banyak pertolongan dan keberkatan dari
Allah hasil perundingan seperti membuka
hati banyak pihak menghulurkan derma, berkat dari perundingan Masjid Al-Umm
asalnya dua tingkat, maka hasil dari permesyuaratan menjadi tiga tingkat
sebagai bonus dengan tambahan level bawah tanah yang tidak memerlukan kepada
tambahan peruntukan yang besar, rundingan dengan jiran yang bersempadan dengan
Masjid Al-Umm tidak menimbulkan masalah dan urusan-urusan pada umumnya berjalan
dengan licin. Ini semuanya merupakan keberkatan dari Allah.
Semua pihak sedar bahawa usaha
pembinaan Masjid Al-Umm bukan pembinaan biasa, tetapi yang dibina adalah Rumah
Allah, lantaran itu ada kesedaran memohon kesempurnaan dan keredaan dari Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment