Dalam Majlis Konvokesyen Diraja yang penuh istiadat
Universiti yang gilang gemilang Professor April McMahon Vice-Chancellor Aberystwyth University, Wales, United Kingdom
mengumumkan persembahan Felo Kehormat Universiti itu kepada D.Y.M.M. Yang
DiPertuan Besar Negeri Sembiilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum
Tuanku Munawir selaku Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia diikuti dengan
persembahan `Wathikah`. Dalam Ucapan Penerimaan Canselor UKM yang
diiringi D.Y.M.M. Tunku Ampuan Besar
Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud itu berterima kasih di atas penghormatan yang
diberi yang merupakan pertama kali majlis sedemikian diadakan di luar dari
university dan di luar dari masa konvokesyen di Aberystwyth yang biasanya di
adakan pada bulan April secara tahunan. Tuanku Canselor memuji Universiti
Aberystwyth yang berjasa dan mengeluarkan graduan terutama dalam bidang
undang-undang, ekonomi, kemanusiaan dan sebagainya. D.Y.M.M.Tuanku Muhriz
adalah merupakan graduan university tersebut di dalam bidang undang-undang. Di
atas jasanya terhadap masyarakat dan kepimpinannya terhadap university, maka
dipersembahkan Felo Kehormat Aberystwyth
University.
Turut hadir ke Konvokesyen Diraja Khusus itu ialah Prof.
John Grattan Pro-Canselor Aberystwyth University dan rombongan, Pengerusi Lembaga
Pengarah UKM Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Zawawi Ismail, Naib Canselor UKM
Profesor Datuk Dr. Noor Azlan, Pro-Pro
Canselor UKM, Mantan-Mantan Naib Canselor, Tan Sri Dr. Arshad Ayob, Pegawai-Pegawai
Universiti, Alumni-Alumni UKM dan Aberystwyth
University, jemputan-jemputan khusus termasuk pelajar-pelajar sekolah.
Mereka semua memenuhi ruang Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Terdahulu daripada itu selepas Perarakan Canselor masuk ke
Dewan dan selepas penghormatan Lagu Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Sembilan
diikuti pembacaan Al-Fatihah, dalam ucapan alu-aluannya Naib Canselor
UKM Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali melahirkan rasa syukur dan
gembira dan tumpang bangga di atas persembahan pihak Aberystwyth University Felo Kehormat terhadap
Tuanku Canselor. Kata Naib Canselor, `` Penghormatan bukan saja terhadap Tuanku,
tetapi juga kepada UKM yang Tuanku adalah selaku Canselor UKM,``
Menurut Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Noor Azlan antara UKM dan Aberystwyth banyak mempunyai
persamaan, UKM ditubuhkan pada 18 Mei 1970 atas kemahuan rakyat bermula dengan
192 mahasiswa dengan visi dan misi membangun bangsa dan bahasa sebagai `Guardian
of the Nation, manakala Aberystwyth University bermula seabad lebih awal, iaitu 1872 dengan 26 mahasiswa
dan tiga orang pensyarah juga bertujuan bagi memperkembangkan ilmu bagi
kepentingan bangsa dan Negara. Tambah Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bahawa UKM
hingga kini telah mengeluarkan seramai 170,112 orang. Mereka berada di setiap
rantau Negara, bahkan ke luar Negara. Demikian dengan Aberystwyth University terkenal
hingga ke luar Negara dan dalam masa hampir
satu setengah abad tentulah lebih ramai graduan yang dikeluarkan.
Sebahagian daripada mereka adalah di Malaysia, bahkan antara mereka hadir ke
Majlis pagi ini yang sengaja dijemput untuk menjalin hubungan dengan graduan
dan alumni UKM. UKM berharap dapat sama berganding bahu dengan Aberystwyth
University di dalam meneroka ilmu dan berkhidmat kepada manusia sejagat. Dengan
kesungguhan UKM merupakan Universiti Penyelidikan terkemuka di Malaysia dan
berada di dalam ranking bawah seratus di
dunia.
Konvokesyen Diraja
pada hari ini yang upacara seumpamanya diadakan kali pertama dan sejak Prof.
Datuk Noor Azlan dilantik menjadi Naib Canselor UKM beliau telah merapatkan
hubungan para graduan UKM yang pertama kali diadakah pada 21 Oktober 2014 lepas
memberi peluang mengiratkan hubungan sesame
graduan, khususnya graduan sulung UKM.
Hari ini antara graduan, termasuk graduan sulung UKM turut dijemput, mereka
pada kali ini bukan saja dapat bersama graduan UKM, tetapi juga dengan graduan
Aberystwyth University. Majlis pada hari ini juga membuka peluang kepada tenaga
pensyarah dan para pegawai yang bersara dijemput dan berpeluang menghubung
kembali silaturrahim yang telah terputus selama ini.
Majlis sungguhpun berlangsung dalam masa yang ringkas antara
9.30 hingga 12.00 tengahari, sesungguhnya sebelum majlis rasmi adalah merupakan
majlis berkenalan secara tak rasmi antara tenaga pengajar dan pegawai-pegawai.
Kemesraan lebih terasa selepas majlis rasmi, bila Tuanku Canselor bertegur sapa
dan bersalam dengan hadirin. Selepas jamuan baginda bersama hadirin bergambar kenangan. Batas pemisah yang terasa
sebelumnya seolah tidak lagi wujud.
Walau apa pun selaku warga UKM dan alumni kita bersama
mengucap Tahniah kepada D.Y.M.M Tuanku Canselor di atas Persembahan Felo
Kehormat oleh Aberystwyth University yang bererti penghormatan sama terhadap
UKM dan warganya.
Sekian.
Selaku pentadbir akademik dalam Unit Perhubungan Alumni UKM, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepulangan Tuan Dr ke Alam Mater tercinta kita.
ReplyDelete