BBB, 23 Muharram 1435
= 16 November 2014 (Ahad):
Ucaputama, Seminat dan Forum mengenai Kanun Jenayah Syariah
berlangsung tanpa peserta-peserta mendapat contoh bagaimana sebenarnya teks atau teks-teks yang berhubung dengan Kanun
Jenayah Syariah berkenaan. Pengucaputama, pembentang dan ahli-ahli forum memang
arif dan faham berkenaan teks Kanun, Akta atau Enakmen Jenayah Syariah, tetapi
kemungkinan sebahagian besar tidak pernah melihat teks, apalagi kandungannya.
Mereka barangkali berimaginasi sahaja berhubung dengan teks dan kandungan.
Pada dasarnya setiap negeri mempunyai Kanun Jenayah Syariah
masing-masing sebagai tatacara dan panduan bagi Hakim atau Hakim-Hakim di dalam menjalankan aturan dan hukuman bagi
kesalahan-kesalahan jenayah berkenaan. Ianya juga menjadi panduan dan rujukan
bagi peguam-peguam dalam guaman mereka di dalam kes-kes yang berhubung dengan
Jenayah Syariah.
Sebagai contoh kita ambil ``Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2013. Enakmen ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri
Selangor di dalam sidangnya yang berlangsung pada 28 April 2003 dan telah
diwarta dengan kuasa Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Julai 2003 berkenaan.
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
setebal 225 halaman dengan dua bahagian:
a)
Bahagian awal dari hlm. 1 – 121
adalah teks dalam bahasa Melayu
b)
Bahagian kedua dari hlm. 1 – 104 adalah teks di
dalam bahasa Inggeris (Terjemahan dari teks awal).
Pembicaraan di bawah adalah didasarkan kepada teks di dalam
bahasa Melayu..Teks adalah mengandungi 8 bahagian dengan tiap bahagian ada
bab-bab (tidak semua ada bab) dengan keseluruhan sebanyak 231 pecahan. Bahagian dan bab-bab ialah:
Bahagian 1 - Permulaan hlm.
15 -18
Tiada bab, tetapi mengenai
Tajuk ringkas, Tafsiran dan perbicaraan
kesalahan oleh Mahkamah.
Bahagian II - Peruntukan
Am Tentang Mahkamah Jenayah, hlm. 18 - 19
Tiada bab – Mahkamah, Mahkamah hendaklah terbuka, Orang
ramai tidak boleh hadir dalam hal tertentu dan Bidang Kuasa Jenayah Hakim
Bahagian !!! - Peruntukan Am Yang Lain, hlm. 19 - 35
Bab ! - Darihal maklumat Kepada Hakim Dan Pegawai
Penguatkuasa Agama
Bab 2 - Darihal, Menangkap, Melarikan diri Dan
Menangkap semula
Bab 3 - Dari hal Proses Untuk Memaksa Kehadiran
Bab 4 - Dari hal Proses Untuk Memaksa Pengemukaan
Dokumen Dan Harta Alih Yang Lain Dan Bagi Penemuan Orang Yang Dikurung Dengan
Salah
Bahagian !V - Maklumat Kepada Pegawai Penguatkuasa Agama
Dan Kuasa Mereka Untuk Menyiasat hlm. 36- 42.
(Tiada Bab)
Bahagian V - Prosiding Dalam Pendakwaan hlm. 43 – 76.
Bab 1 - Darihal
bidang Kuasa Mahkamah Dalam Perbicaraan
Bab 2 - Darihal Aduan
Kepada Hakim
Bab 3 - Darihal
Pertuduhan
Bab 4 - Darihal Perbicaraan
Bab 5 - Peruntukan Am Tentang Perbicaraan
Bab 6 - Darihal Cara Mengambil Dan Merekodkan Keterangan
Dalam Perbicaraan
Bab 7 - Darihal Penghakiman
Bab 8 - Darihal
hukuman Dan Perlaksanaannya
Bab 9 - Kuasa Untuk
Menggantung Atau Meremitkan Hukuman
Bab 10 - Darihal
Pembebasan Atau Sabitan Terdahulu
Bahagian VI - Darihal
Rayuan Dan Penyemakan hlm. 76 – 94.
Bab 1 - Darihal
Rayuan Kepada Mahkamah Tinggi Syariah
Bab 2 - Darihal
Rayuan Kepada Mahkamah Rayuan Syariah
Bab 3 - Darihal
Penyemakan
Bab 4 - Prosiding Dalam Kes Kesalahan Tertentu Yang menyentuh
Pentadbiran Keadilan
Bahagian VII -
Peruntukan Tambahan
hlm. 94 – 109
Bab 1 - Orang Tak
Sempurna Akal
Bab 2 - Darihal Pendakwaan
Bab 3 - Darihal
Jaminan
Bab 4 - Peruntukan
Khas Yang Berhubungan Dengan Keterangan
Bab 5 - Peruntukan
Tentang Bon
Bab 6 - Darihal Pelupusan Barang Kes Dan Harta Yang Menjadi
Perkara Kesalahan
Bab 7 - Darihal
Pemindahan Kes Jenayah
Bab 8 - Darihal
Ketakteraturan Prosiding
Bahagian VIII - Am hlm. 109 – 121.
Sebagaimana dikatakan bahawa Kanun Jenayah Syariah adalah aturan dan hukuman
bagi jenayah berkenaan yang dirujuk, diingat, diistinbat oleh Hakim di dalam
membuat keputusan setelah mendengar hujah-hujah guaman. Hukuman mengikut peruntukan. Sebagai contoh bidang fiqh seorang ulama fiqh
(Faqih) boleh merujuk hukum-hukum fiqh misalnya hukum bersuci dan pecahan,
rukun sembahyang dengan melihat atau mendengar akan perlakuan atau bacaan
seseorang dia dapat menghukum betul atau salah. Demikian Hakim dengan
kearifannya dengan peruntukan di dalam kanun atau undang-undang dia dapat
menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu kes.
Demikian Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
2003 adalah Tatacara bagi panduan perbicaraan.
Sebagai contoh dipetik peruntukan: Di bawaha Bahagian VI,
Bab 1:
Tatacara rayuan
138 (1) Tertakluk kepada seksyen 136 dan 137, mana-mana
orang yang tidak berpuashati dengan mana-mana penghakiman, hukuman atau
perintah yang diumumkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah dalam sesuatu
kes atau perkara jenayah yang kepadanya
dia ialah suatu pihak, boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi
Syariah terhadap penghakiman, hukuman atau perintah itu berkenaan dengan
apa-apa kesilapan undang-undang atau fakta atau atas alasan bahawa mana-mana
hukuman dikatakan keras, berlebih-lebihan atau dikatakan tak memadai, dengan
mengemukakan, dalam masa empat belas hari dari masa penghakiman, hukuman atau
perintah itu dijatuhkan atau dibuat, kepada Penolong Pendaftar Mahklamah Rendah
Syariah itu suatu notis rayuan dalam lima salinan yang dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
Satu lagi contoh
Darihal Penyemakan di bawah Bahagian V1, Bab 3.
Kuasa Untuk Menyemak
168 (1) Jika mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas
menyampaikan keputusannya berpendapat
bahawa keputusannya itu silap, dia boleh merujukkan keputusannya kepada
Mahkamah Tinggi Syariah untuk disemak; dan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah boleh dalam keadaan yang seumpama itu berbuat sedemikian, kepada
mahkamah Rayuan Syariah.
Diharap dari huraian ini, kita sebagai orang awam dapat sama
memahami sedikit sebanyak berhubung dengan kanun Jenayah dan perjalanan
Mahkamah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment