November 3, 2014

Tangga Masjid Al-Umm Boleh Dinaiki Hingga Ke Tingkat Tiga - Ada Kemudahan Lif


BBB, 09 Muharram 1436 = 02 November 2014 (Ahad):
Sejak akhir Ogos 2014 pekerja-pekerja  sudah membina lantai  dan kotak-kotak bagi  tiang pada tingkat tiga Masjid Al-Umm dan pada pemergian Penulis pada  3hb, September 2014,  kotak-kotak tiang-tiang dari level tiga  diisi dengan semin   ready mixed melalui crane . Kotak-kotak bagi lantai dan semin tingkat tiga ini dibuka pada 19 September 2014. Dengan itu kelihatan lantai dan tiang yang telah ditanggalkan papan kotak.


Pada petang 4hb. Oktober 2014 Penulis melawat lagi bangunan Masjid Al-Umm. Semasa berada  dilantai  level utama masjid Penulis berhasrat ingin melihat lantai tingkat tiga dan mencari tangga yang digunakan oleh pekerja-pekerja bagi  naik turun ke tinggkat  berkenaan. Mereka menggunakan tangga besi kecil berangkai yang boleh dibengkok-bengkok untuk naik ke atas- ada dua tangga. Kanan dan kiri. Melalui salah satu tangga inilah -  sebelah kiri menghadap Kiblat, Penulis secara hati-hati, kerana hari hujan dan licin naik ke atas.
Sebenarnya pada dasarnya untuk masuk ke ruang bangunan Masjid Al-Umm tidak perlu menggunakan tangga. Bagi memasuki ruang utama di atas level bawah tanah, ianya boleh dimasuki terus dari jalan masuk utama di tepi perumahan semi D yang baru atau melalui tepi kiri-kanan level tersebut. Bagi level bawah tanah juga tidak memerlukan tangga, ianya boleh dimasuki dari jalan turun dan naik kiri kanan  jalan ke sekolah  berdekatan dengan Medan Usahawan. Hanya untuk naik ke level tiga bagi ruang solat wanita memerlukan tangga atau lif.


Namun bagi kemudahan  tangga-tangga disediakan  – tanpa gangguan bagi mendapat tempat ke tiga-tiga ruang, bawah tanah, level utama dan bahagian atas. Kesemuanya ada 3 jenis tangga.
Tangga paling utama, ialah tangga yang kita namakan `Tangga Sisi`` lantaran tangga ini dibina pada bahagian tepi. Jika masuk dari Jalan Sekolah berdepan Medan Usahawan, berkedudukan sebelah kanan permulaan masuk dari Jalan Sisi bersebelah perumahan Semi D PKNS Lama, tetapi jika dikira dari jalan masuk dari jalan tepi Perumahan Baru Semi D, maka ianya berkedudukan sebelah kiri mengarah Kiblat dan terpaksa yang mau menaiki tangga ini datang ke hadapan – Tepi rumah Semi D PKNS Lama.                               Tangga Sisi kanan tepi rumah Semi D PKNS Lama ini mempunyai  dua tahap
1)      Tangga Sisi
Ada dua tahap
a)      Tahap Satu dari level bawah tanah ke bahagian level Utama. Tahap satu ini mempunyai dua bahagian mata anak tangga. Separuh pertama ke tengah mempunyai 10 mata anak tangga dan koner ke atas mempunyai 13 mata anak tangga menyampaikan pendaki ke level utama untuk ke ruang utama yang boleh dimasuki terutama para jamaah lelaki. Sebagai sambungan dari tahap pertama tadi khususnya bagi jamaah wanita yang mau naik ke tingkat tiga, maka perlu dinaiki ke tahap dua tangga.
 Pada tahap dua ini juga ada level rata di tengah dan corner  ke atas. Pada bahagian pertama mempunyai 12 mata anak tangga dan pada bahagian kedua mempunyai 11 mata anak tangga yang menyampaikan pendaki ke level bahagian wanita. Dengan melalui Tangga Sisi ini jamaah terutama wanita tidak mendepani gangguan. Jamaah wanita ini dapat naik terus dari bahagian paling bawah ke atas. Tangga Sisi ini terbuka dan nampak dari luar, bahkan dari jalan tanpa sebarang gangguan sama ada ketika naik atau turun. Bermaksud jika dia datang jamaah sedang mendirikan solat atau pengajian atau sebarang majlis sedang berjalan ia tidak mengganggu dan tidak terganggu.
2.  Tangga Dalam
             Adalah tangga dari level bawah tanah ke level utama. Tangga ini berada di bahagian dalam sebelah kanan dari Dewan Serbaguna juga tidak jauh dari Tangga Sisi dan pintu masuk ke Dewan Serbaguna. Ini bermaksud tangga ini boleh digunakan oleh mereka yang berada di Dewan Serbaguna untuk naik ke Level Utama dan sebaliknya. Mereka yang menggunakan Tangga Sisi juga setelah naik separuh boleh naik ke level utama melalui Tangga Dalam ini atau sebaliknya.
Tangga Dalam ini juga mempunyai  corner setelah tiba di bahagian tengah iaitu melalui mata tangga bahagian pertama  10 mata tangga dan bahagian kedua juga 10 mata tangga.


3. Tangga Hadapan
Dimaksudkan bagi jamaah wanita yang datang dari jalan utama bersebelahan bagunan Semi D Baharu disediakan tangga khas bagi mereka dibahagian kiri  (mengadap Kiblat) untuk naik ke tingkat atas bahagian wanita tanpa perlu masuk ke ruang utama yang mungkin mengganggu dan terganggu jamaah di ruang utama. Tangga ini juga mempunyai dua bahagian anak tangga. Separuh pertema 13 mata tangga dan korner dari bahagian tengah ke atas  juga mempunyai sebanyak 13 mata anak tangga yang menyampaikan jamaah wanita atau wanita yang datang belajar dan sebagainya terus ke bahagian atas.
4.  Lif Khas
Turut disediakan perkhidmatan lif berhampiran tangga hadapan untuk naik ke level bahagian wanita.Lif ini disediakan khas bagi jamaah wanita yang lemah (tak berdaya)  atau OKU untuk naik ke level wanita, kerana bagi wanita tidak dapat tidak terpaksa menggunakan tangga. Lif ini khas digunakan oleh jamaah wanita yang lemah (tak berdaya) atau OKU.
Lif ini juga boleh digunakan untuk mengangkat barang-barang yang agak berat ke level atas atau sebaliknya.
Sesungguhnya tangga-tangga yang disediakan termasuk lif ialah bagi kemudahan jamaah yang dikira tidak mengganggu keluar masuk kepada jamaah yang lain. Tangga-tangga ini juga adalah jalan keselamatan yang dapat digunakan, jika berlaku kemalangan. Spesifikasi tangga berkenaan dari segi pelannya adalah mendapat kelulusan Jabatan Bomba.


Mungkin dari segi falsafah bilangan anak tangga seharusnya ber jumlah gasal bagi menentukan langkahbermula dengan kanan dan  berakhir dengan kanan. Dalam hal ini ada jumlah mata tangga yang genap seperti 10 dan 12. Dengan gasal bermula kanan (bagi amalan baik) berakhir dengan kanan, contoh bagi 3 mata tangga – Bermula dengan mata pertama kanan diiikuti mata kedua kiri dan  ketiga kanan- Jika dikira dari tapak sebelum naik ke mata pertama, maka berakhir ke tapak kelima juga sampai dengan kaki kanan. Kiaslah jumlah seterusnya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment