November 2, 2014

Mutakhir Perkembangan Pembinaan Masjid Al-Umm - Tersergam Bagai Bahtera Berlabuh Di Dermaga


BBB,  08 Muharram 1436 = 01 November 2014 (Sabtu):
Hari ini 01 November 2014 dan awal Muharram 1436, ketika baki tempoh siap pembinaan Masjid Al-Umm tidak sampai 7 bulan lagi (25 Mei 2015) dan penggunaan hari sudah berjumlah  325 hari daripada 532 hari dan kemajuan kerja sudah mencapai  hampir 30%, maka kerja-kerja pembinaan  makin dipertingkatkan. Sehingga kerja-kerja juga diteruskan pada hari Ahad dan Penulis sendiri melihat ada kerja-kerja disambung hingga kepada waktu malam. Sudah tentulah usaha ini dilakukan bagi mengejar tempoh siap yang ditentukan.


Pada pagi ini jam 11.00 pagi dalam suasana hari  yang redup Penulis ke tapak bangunan Masjid Al-Umm yang sedang dalam pembinaan dan melihat pembinaan yang sedang rancak berlaku. Dari jauh kini kelihatan tersergam  kukuh bangunan Masjid Al-Umm. Melihat dari benteng tanah ke atas, Masjid Al-Umm seolah-olah empat tingkat. Kawasan benteng yang menyekat tanah seolah-olah satu tingkat, pada hal  ia adalah level tanah semata-mata. Manakala level bawah tanah adalah mulai aras benteng berkenaan. Aras ini diparas, dikorek dan dikeluarkan tanah menjadikannya satu level bawah tanah, tetapi lebih tinggi dari paras jalan bersebelahan. Kewujudan level bawah tanah ini adalah merupakan bonus hasil dari mesyuarat AJK, Perunding dan arkitek yang mencadangkan tanah tinggi bahagian bawah dikorek dan dikeluarkan tanah menjadikan satu level bawah tanah serba guna yang boleh memuatkan jamaah atau jemputan sejumlah 1,000 orang. Cadangan yang kreatif dan inovatif ini bukan saja menambahkan ruang jamaah dari dua tingkat menjadi tiga tingkat – tingkat bawah tanah, tingkat utama dan tingkat atas bagi jamaah muslimat, tetapi menjadikan bangunan tiga tingkat itu tersergam indah, lebih tinggi dari level tanah biasa, bagaikan ditepi bukit, walaupun bukanlah sangat bukit. Ia seolah-olah sebuah bahtera besar sedang rapat ke dermaga berlabuh di pelabuhan yang haluannya mengarah ke Ka`bah !


Merapati ke Bangunan Masjid Al-Umm melalui jalan bersebelahan dengan Medan Usahawan kelihatan Rumah Kecil bagi TNB sudah siap dibina terletak di bahagian depan di bawah tepi jalan bersebelah Medan Usahawan . Rumah ini sengaja disiapkan awal sebagai strategi agar permohonan dipasang power station kecil dapat segera dilakukan, kerana biasanya ianya memakan masa untuk diluluskan. Adalah diharapkan dengan menyiapkan rumah kecil bagi power station, maka permohonan dibuat dan disegerakan pemasangan power station kecil di sini. Sungguhpun  bahagian atas bagi rumah ini rata, tetapi nampaknya pihak kontrektor sedang di dalam pemasangan kasau-kasau dari aluminium – tidak berkarat untuk dipasangkan atap sutuh  untuk menjadikannya lebih kukuh dan lebih cantik dipandang bila beratap. Masuk dari  jalan Medan Usahawan dari bahagian bawah ini menjadiakan  dua jalan. Satu jalan di tepi deretan rumah semi-D lama yang masih belum dibuka (belum siap) dan satu lagi melalui jalan sebelah kiri  yang dulu disekat dan dipagar dengan zink, tetapi kini dibuka dan boleh naik berjalan kaki, kerana belum dibuat jalan secara siap. Walau bagaimana untuk ke bangunan yang dulu terpaksa meniti parit tepi pagar zink dan ke jalan masuk bahagian depan, kini terus saja naik ke belah kiri melalui tepi rumah power station ini, kerana jalan sudah terbuka dan tidak perlu menyusuri tepi pagar dan naik ke atas dari bahagian depan masuk dan baru turun kembali ke bahagian dekat mihrab. Pada masa ke hadiran Penulis kerja-kerja memplaster dinding bahagian bawah sedang giat dilakukan oleh pekerja-pekerja. Semin plaster adalah dibancuh sendiri oleh pekerja-pekerja – tidak secara mixed semin dihantar oleh lori sebagaimana dilakukan bagi lantai dan tiang-tiang konkrit. Kebetulan semasa kehadiran Penulis sebuah lori yang menghantar pasir untuk dibancuh semin terlekat tayar di tempat yang mau diturunkan pasir di atas sedikit dari rumah kecil TNB. Lori berkenaan lekat oleh kerana tanah lembut dan pada masa Penulis hadir hujan mulai turun. Hujan nampaknya turun setiap hari sama ada petang , malam dan kini pada sebelah pagi juga. Walau bagaimana oleh kerana rangka bangunan telah siap, hujan tidak menghalang dari penerusan kerja-kerja.


Tempat terawal Penulis tinjau ialah ruang serbaguna di bawah tanah. Masih hadir sebelumnya masih  ada tiang-tiang yang menungkat lantai utama di atas, kerana semin masih `muda` lagi. Kini ruang ini bersih dan luas kelihatan, sedang pekerja sedang memplaster dinding-dinding bilik bahagian bawah, manakala tiang-tiang utama yang berbentuk bulat telah siap diplaster licin. Terasa amat lega berada di ruang bawah yang lapang ini. Minda Penulis berfikir. Level yang begini luas dan selesa, kiranya kawasan di sini tidak ada surau dan katakan tiba bulan Ramadhan sebenarnya tempat ini sudah boleh dibersihkan dan boleh didirikan solat berjamaah dan tarawih  dengan menarik api sementara di ruang bawah tersebut. Ini bukan maksud hendak digunakan, cuma lintasan fikiran sahaja. Kalau ruang bawah ini begitu hebat dengan ada mihrab sambungan turun dari mihrab di sebelah atas, ada bilik untuk persiapan, imam, juru nikah dan ada bilik rehat bagi tamu dan tempat menyediakan makanan bagi jamuan , sudah tentulah level utama di atas lebih hebat lagi apabila siap kelak.


Di dalam meneliti bangunan yang dalam persiapan ini,  hati kecil  Penulis terus bersyukur dan memuji Allah, bahawa bangunan yang sedang disiapkan ini, selain dari segi urusan mendapat keizinan dari pihak berkuasa, bahawa setakat ini binaan yang sedang giat dibangunkan ini tidak mungkin terlaksana, jika tidak dengan keikhlasan derma orang ramai. Derma dari mereka  adalah berterusan hinggalah setakat ini tidak ada masalah dari segi kerja dan pembiyayaan. Masjid Al-Umm adalah masjid Orang Ramai, kerana  merekalh menderma berterusan dan kerja-kerja dapat terus dilaksanakan.
Syukur dan Al-Hamdulillah.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment