BBB, 20 Muharram 1436 = 13 November 2014 (Khamis):
Forum di atas sebagai puncak Dari Majlis Multaqa Sultan
Sharafuddin Idris Shah Dan Seminar Kanun Jenayah Syariah berlangsung di ODT
Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 6 November 2014 =
13 Muharram 1436 (Khamis). Sesungguhnya selepas mendengar bahawa Kanun Jenayah Syariah
dilaksanakan di Negara Brunei
Darussalam, sememangnya mencetuskan naluri ingin tahu hadirin, bagaimana
pula jika ianya mau diaplikasikan di Malaysia ?
Demikianlah pihak Penganjur Jabatan Mufti Negeri Selangor
sengaja menyusun agenda Multaqa dengan forum bertajuk di atas. Forum yang
berlangsung pada sebelah petang jam 2.30 itu pada asalnya terdiri dari tiga
orang panel iaitu, Y.Bhg. Dato` Faiza
bin Tamby Chik Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM) seorang
Pengamal Undang-Undang, Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sham Rahayu binti Ab. Aziz Felo
Undang-Undang IKIM dan Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Ab.
Majid Dekan ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Namun Y.Bhg.
Dato` Faiza tidak dapat menghadirkan diri. Jadi kedua-dua panel yang ada lebih
merupakan tenaga akademik yang Prof. Madya Sham Rahayu adalah Pakar Undang-Undang
bagi Perlembagaan Malaysia, sedangkan
Prof. Emeritus Dato Dr. Mahmood Pakar di dalam bidang Syariah.
Memulakan forum , Pengerusi Hj. Mohd. Zamri bin Mohd. Shafik
menyentuh peruntukan Perlembagaan Malaysia , ``Article 3 (1) proclaim ``Islam
is the releigion of the Federation, but
othet religions may be practiced in peace and harmony in any part of the
Federation.``
Menurut Pengerusi dulu dianggap peruntukan dalam
perlembagaan menghalang dari menjalankan
Kanun Jenayah Syariah di Malaysia, kini
ditafsir dan dianggap terbuka bagi
perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Di Malaysia.
Profesor Emeritus Dr. Mahmood Zuhdi yang memulakan forum
berpendapat bahawa beliau bersetuju dengan perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah, tetapi pertanyaan beliau,
Apakah persediaan bagi perlaksanaan benar-benar sempurna dan
adakah Kanun Jenayah Syariah itu menjadi cita-cita masyakat Malaysia yang
berbilang kaum atau tidak. Tambah beliau,
``Kalau sudah jadi cita-cita apakah masyarakat sudah cukup berdisiplin bagi penerimaan?``
Beliau melahirkan kebimbangan , bahawa jika dilaksanakan
tanpa persediaan, maka ianya akan menemui kegagalan sebagaimana berlaku di
Sudan yang akhirnya yang mau menegakkan Kanun Jenayah Syariah itu juga yang
menentang !
Beliau menyebut perlaksanaan di Brunei sebagai perlaksanaan kali pertama, tanpa huraian
lanjut. Tapi katanya, ``Jangan jadi cita-cita sebagai angan-angan Mat Jenin dan
Pak Pandir moden !``
Menyentuh tentang Kelantan, katanya, ``Sudah lama nak buat, tapi tak buat``, tambahnya,
``Saya tidak dipengaruhi oleh pejuang-pejuang hak asasi
manusia, saya sokong sama untuk
melaksanakannya,tapi soalnya, bagaimana ?``
Beliau menceritakan tentang proses perlaksanaan di Brunei
diusahakan pada peringkat awal antaranya oleh Al-Marhum Dr. Saedon Mahmud
Pensyarah di UIAM dengan kerjasama Al-Marhum Profesor Ahmad
Ibrahim, Dekan Fakulti Undang-Undang UIAM dan juga keterlibatan dengan
Terengganu, termasuk isterinya, tapi katanya (apa maksudnya), selagi tidak
diperbaiki dalam politik, orang akademik tak boleh campur. Tambahnya, ``Orang
akademik masuk dalam politik tak jadi.``
Menurut Prof.
Emeritus Dr. Mahmood Zuhdi lagi, ``Cadangan muafakat antara Pas dan Kerajaan
Pusat untuk menggubalkan undang-undang Islam – termasuk Kanun Jenayah Syariah
belum tentu Berjaya,`` sebaliknya masing-masing mempunyai agenda politik
masing-masing. Beliau menyebut, kegagalan di Terengganu cukup makruf. Beliau
menyatakan, ``Jika pakatan Pas dan Umno berasaskan draft Perundangan Islam di
Kelantan dan Terengganu, Insya Allah gagal,`` katanya.``Akan timbul
pertelagahan,`` tambahnya.
Menurut beliau Brunei telah mulai laksanakan dari, 1,2,3 dan
4, tapi persoalan rumit perlu tangguh dahulu. Beliau tidak bersetuju persoalan
hanya dilihat pada kitab fiqh lampau, perlu didekati dengan fiqh baharu.
Profesor Emeritus mencadangkan agar perlaksanaan dilakukan dengan bertahap.
Katanya
``Di Selangor mulakan dari satu ke satu, jangan gelojoh !`` Katanya, ``Jangan terus
perkenalkan aspek-aspek yang berat. Beliau memperkatakan tentang diat, qisas dan
sebagainya yang boleh disabotaj dari segi perlaksanaannya.
Beliau menekankan, perlaksanaan perlu bertahap. Menurutnya
Al-Qur`an tidak diturun sekaligus. Tonjolkan aspek-aspek Jenayah rasuah, halal
dan haram, takaful dan ekonomi Islam. Pada akhirnya beliau menyatakan, ``Itulah
cadangan saya``.
Manakala Profesor
Madya Dr. Sham Rahayu bt. Ab. Aziz menyatakan Perlembagaan adalah undang-undang
tertinggi, ia juga merupakan tatacara mentadbir Negara. Malaysia menurutnya ada
ciri-ciri masyarakat Madinah yang diasas Rasulullah. Perlu ada perlembagaan,
sebagaimana Madinah juga ada Perlembagaan Madinah diasas Rasulullah.
Perlembagaan Malaysia memberi peruntukan agama Islam adalah Agama
Persekutuan (perkara 3). Satu ciri masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum dan
budaya di samping kebebasan beragama bagi kaum-kaum berkenaan.
Menurutnya, ``Apa yang ada di dalam Mahkamah Sivil tidak
semuanya sekular. Contoh persoalan rasuah sudah ada di dalam peruntukan
undang-undang sivil dan Islam, yang menjadi stigma dan masalah ialah pelabelan.
Perlembagaan menurutnya, ``Tak kurang dari membawa prinsip Islam.`` Yang
penting menurutnya ialah Keadilan``.
Menurut Sham, ``Ada ruang yang luas untuk laksanakan
undang-undang Syariah di Selangor dan Persekutuan menurut peruntukan perkara 3.
Cabarannya bagaimana hendak menterjemah dan mempraktikkan.
Walau bagaimana sudah ada model produk yang ternyata bukan bercanggah dengan
kemahuan rakyat berbagai kaum dan berbilang budaya, tetapi menarik minat
mereka, bahkan sebahagian dari mereka terlibat sebagai pengguna, misalnya sebagai produk social sebagaimana
yang telah dilakukan melalui zakat, takaful, baitul mal, Ibnus Sabil, waqaf. Bank dan ekonomi Islam.
``Dengan produk ini maka Islam dipandang Indah,`` katanya. Lantaran
itu perlu diperluas dan diperkembangkan aspek-aspek seumpama ini.
Kedua pembentang membawa dimensi yang berlainan, Profesor
Emeritus Dr. Mahmood Zuhdi dari perspektif Kanun Jenayah Syariah yang agak
berat, manakala Prof. Madya Dr Sham Rahayu lebih dari aspek sosial dalm konteks
Perlembagaan Malaysia. Dalam perbincangan terutama oleh Prof. Emeritus
nampaknya tidak serasi dengan orang politik. Kita berpendapat adalah lebih adil
jika di dalam forum ini disertakan sama seorang panel dalam bidang politik agar
lebih berimbang dari segi pembicaraan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment