Dari Surah Al-Isra` berikut dari peristiwa
penting Isra` Dan Mi`raj ialah episod yang dialami oleh Bani Isra`il yang
angkuh dan terkutuk sepanjang zaman. Ayat Al-Qur`an menyebut bermaksud:
``Dan Kami berikan amaran (yang nyata) kepada
orang-orang Bani Isra`il dalam kitab itu, sesungguhnya kamu akan melakukan
kerosakan-kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan
berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau dan kamu dihukumkan``. (17.4).
Menurut pentafsir antaranya oleh Hamka di
dalam Tafsir Al-Azhar, maksud dua kali kerosakan ini, iaitu:
1) Kerosakan dari segi fizikal dan bertempat
2) Kerosakan yang bersifat aqidah
Kerosakan bersifat fizikal:
Jika Nabi Muhammad telah dipanggil menghadap
Tuhan melalui Isra` Dan Mi`raj, maka
Nabi Musa sebelumnya dipanggil menghadap Tuhan di lereng gunung Tursina. Kepada
Nabi Musa diturunkan wahyu yang dikenali sebagai Taurat, sebagaimana kepada
nabi Muhammad diturunkan Al-Qur`an. Taurat bagi pertunjuk bagi Bani Isra`il
sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Dan Kami telah memberikan kepada Musa Kitab
(Taurat), dan Kami jadikan Kitab itu Pertunjuk bagi Bani Isra`il (serta Kami
perintahkan mereka), janganlah kamu ambil yang lain daripada Ku sebagai Tuhan
untuk (kamu menyerahkan urusan kamu kepadaNya``.) (17.2).
Bani Isra`il mendapat nikmat berganda dari
Allah. Mereka berpindah dari tanah sementara di Madyan ke Mesir semasa Nabi
Yusuf berkuasa di sana. Keluarga Nabi Ya`kub menururut Ibn Mas`ud yang
berpindah sejumlah 93 orang. Ketika Nabi Musa dibangkitkan 400 tahun kemudian
mereka berjumlah 670,000 orang . Nabi Musa dibantu saudaranya Nabi Harun.
Firaun bimbang dengan kekuatan Bani Isra`il mereka ditekan dan diperbudakkan.
Mereka keluar ke Tanah Subur yang dijanjikan, iaitu Tanah Palestin. Pimpinan
diteruskan oleh Nabi Yusua hingga mereka bertapak kukuh. Puncak kemajuan mereka
ialah pada zaman Nabi Daud dan Sulaiman. Setelah keduanya meninggal Bani
Isra`il menjadi lemah, mereka melanggar peraturan Taurat dan berpecah menjadi dua – Negeri Yahudi dan
Afraim. Pada masa itu berleluasa maksiat dan perhambaan. Di atas kelemahan
mereka Bani Israil dilanggar dan dijajah:
a) Semasa Mesir di bawah Firaun Nikho, maka Bani Isra`il diserang dan
dijajah oleh Mesir.
b) Semasa Kerajaan Babil (Babylon) di bawah pemerintahan Raja Nabukadnesar
negeri Bani Isra`il di Palestin dimusnahkan oleh tentera Babylon dan Baitul
Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman itu dimusnah dan diratakan. Lebih
10,000 mereka yang ditawan dibawa ke Babylon menjadi hamba.
c) Selepas 100 tahun (sekurun) Raja Parsi yang dikenali dengan Raja Cyrus
dengan tenteranya memerangi negeri Babylon hingga Babylon kalah. Seluruh Bani
Isra`il yang ditawan oleh Parsi dibenar pulang ke Palestin bagi membina Baitul
Maqdis. Mereka di bawah pimpinan Nabi Uzair (5 abad Sebelum Masihi). Mereka
tegak kembali, tetapi tidak sepenuhnya merdeka, mereka berada di bawah
lindungan kerajaan Parsi.
d) Dengan kenaikan kerajaan Mercedonia menggugat kekuatan Parsi. Semasa
Kerajaan Mercedonia di bawah pemerintahan Iskandar Mercedonia (3 abad Sebelum
Masihi), maka Palestin dikuasai oleh Kerajaan Iskandar Mercedonia.
e) Bila Kerajaan Rum bangkit, maka Bani Isra`il tertakluk di bawah
undang-undang Kerajaan Rum. Pada zaman inilah Nabi Isa dibangkitkan di Baitul
Maqdis, tetapi tidak diterima baik oleh Bani Isra`il. Mereka menuduh Isa anak
luar nikah (ibunya Maryam) dan usaha dilakukan oleh Bani Isra`il membunuhnya
sebagaimana mereka telah membunuh beberapa nabi sebelumnya.
(Hamka, Tafsir Al-Azhar, Jil. 6, Pustaka
Nasional Pte Ltd., Singapura, 2001: 4013-4014).
Selepas Zaman Islam
Bila Islam datang Kerajaan Madinah berdepan
dengan dua kerajaan besar iaitu Rum yang menguasai Baitul Maqdis dan Parsi yang
menguasai Mada`in dan kawasan bersempadan dengan Iraq. Pada zaman Khalifah Umar
Ibn al-Khattab (586-644M.) kerajaan Islam Madinah pada masa baginda menguasai
kawasan-kawasan Rum Damsyik, termasuklah Baitul Maqdis ditawan. Baginda juga
mengalahkan kerajaan parsi. Pendeknya kawasan
Arab kini dan kawasan Parsi dan Mesir telah ditawan pada zaman Khalifah
Umar al-Khattab. (Abdul Latip Talib,
Khalifah-Khalifah Yang Benar, PTS Litera, Gombak, Selangor, 2010: 221-441).
Penguasaan Islam terhadap Palestin berterusan
dari Zaman Khalifah Umar al-Khattab hingga jatuhnya Empayar Turki pada 1920M.
Isra`il sebenarnya tidak mempunyai negara, bermula dari menumpang di Madyan
pada zaman Nabi Ya`kub dan berpindah ke
Mesir, sesat di Padang Pasir Sinai, bertapak di Palestin dan diburu, dikalah
dan berpindah-pindah. Mereka bertabur tinggal menumpang di Barat, Rusia, German
dan di Amerika. Dalam peperangan Dunia Kedua mereka dibunuh oleh Hitler kerana
menjadi tali barut Barat.
Apabila Perang Dunia Kedua tamat, Barat terhutang
budi dengan Yahudi yang telah menjanjikan kepada mereka sebuah negara sebagai
balasan pertolongan kewangan dari Yahudi di dalam peperangan. Sebagaimana
termaklum negara-negara Islam, khususnya di Asia Barat menjadi mangsa peperangan
dunia. Akibat penjajahan kawasan di Asia Barat dibahagi-bahagi di kalangan
negara Barat seperti terutama British dan Perancis. Melalui Perjanjian Balfor
(1948) pihak Barat telah menyerahkan
sebahagian kecil dari tanah Palestin kepada Yahudi sebagai tapak pendudukan
mereka. Yahudi dari berbagai negara telah berpindah atau membantu pertapakan
Yahudi dan pihak Yahudi menjadikan polisi meluaskan kawasan penempatan dengan
membeli tanah-tanah orang Arab Palestin dan meluaskan kawasan dengan secara
paksaan seperti melalui peperangan yang peralatan dan bantuan ketenteraan dari
Barat dan puncak bagi perluasan kawasan ialah bila berlaku peperangan 1969 yang
menyebabkan sebahagian dari kawasan Sinai (Mesir), Jordan dan Syria ditawan
Isra`il yang menjadikan Isra`il dengan kawasan yang ditawan seperti hari ini.
Negeri-negara Arab bersempadan bukan saja kalah dan kehilangan kawasan, tetapi
penduduk asal Palestin – Tebing Barat dan Ghazzah terkurung dalam kawalan Isra`il.
Konflik terus berlaku dan peperangan secara tidak rasmi juga terus berlaku.
`Bani Isra`il` yang dimurkai Allah dan
terkutuk berkuasa secara haram di Palestin baru 67 tahun, mereka tidak merasa
terjamin aman. Mereka tahu nasib sejarah mereka terus berlaku sepanjang zaman.
Mereka tahu sebagai satu kelompok yang dimurkai Allah dan terkutuk, maka perubahan
terhadap mereka akan berlaku dan inilah yang amat ditakuti oleh Isra`il.
Sekian.
No comments:
Post a Comment