Selepas Pengerusi Induk Pembangunan dan
Pengimarahan Masjid Al-Umm menyampaikan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas,
maka agenda berikutnya ialah Taklimat Pembangunan Fizikal Masjid Al-Umm.
Taklimat disampaiakn oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud selaku Pengarah
Pembangunan. Penyampaian disertai dengan menggunakan ICT. Kronologi dan
pentahapan pembangunan boleh dipecahkan kepada.
1) Pra- Pembangunan Fizikal
2) Pembangunan Fizikal
3) Kelengkapan & Persiapan
1. Pra Pembangunan Fizikal
Peringkat awal ialah pengurusan dilakukan bagi
mendapat kelulusan bagi mendirikan Masjid Al-Umm di atas tapak Lot 51177, Jalan
1/4A, tanah seluas 2 ekar di Jalan
¼ bersebelahan Sekolah Kebangsaan Bandar
Baru Bangi, antaranya:
a) Usaha Memohon Tapak Diwartakan & Keizinan JAIS
Usaha dilakukan oleh AJK
Surau Al-Umm dan mendapat kelulusan pewartaan Menteri Besar. Surat Pejabat
Tanah ditujukan kepada JAIS Bil. PTD.UL. 16/3/194-2006(9) bertarikh 1 September
2009.
Permohonan kepada JAIS dan
mendapat Jawapan, tiada halangan didirikan Masjid. JAIS Bil.(16) dlm. JAL.
SEL.BKP/03/016/5/22 bertarikh 17 November 2009.
b) Penubuhan AJK Pembinaan
Berikut dari kelulusan di
atas, Adun Bangi menjemput Pengerusi-Pengerusi Surau atau Wakil-Wakil (hadir 30
orang) menubuhkan AJK Pembinaan pada 04 Februari 2010 yang Pengerusinya ialah YB. Dr. Shafie Abu
Bakar ADUN Bangi, Setiausahanya ialah Tuan Haji Hussin Yunos dan Bendahari
ialah Tuan Hj. Mohd. Nor bin Haji Mohd. Yasin.
c) Pelancaran Derma & Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm
Dilakukan oleh ADUN Bangi
pada 19 Mei 2012 bertempat di Medan Parkir berhampiran dengan Tapak bagi Masjid
Al-Umm. Pungutan derma pada peringkat awal ini dari penderma-penderma
adalah sebanyak RM150,000.
(Kelulusan memungut derma dari MAIS/E/MAL/03.2/001/03-1/34).
d) Perlantikan Arkitek
Pada akhir tahun 2012 melalui
mesyuarat dikenalpasti arkitek, iaitu URUSBINA, Perlis. Pelan rekabentuk awal
ialah dua tingkat dengan ruang lantai seluas 4312 meter persegi yang dapat
menampung jamaah 2,800 orang (mengalami perubahan kemudian).
e) Lawatan YAB. Dato` Menteri Besar Selangor
Dilakukan oleh Tan Sri Dato`
Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor pada masa itu dan
beliau menjanjikan peruntukan dari kerajaan negeri berdasarkan dollar to dollar
sehingga jumlah RM6 juta ringgit (Berdasarkan kos pembinaan Masjid Al-Umm pada
masa itu RM12 juta).
f) Tender Dan Pemilihan Kontrektor
Tender terbuka dibuat. Jual
dokumen 18 Sept- 2 Oktober 2013. Setelah ditemuduga (
19.11.2013) pemilihan dibuat
terhadap Syarikat Kontrektor Tekad Nusantara. Persetujuan diterima pada 25
November 2013 dan Masuk Tapak pada 10 Dis. 2013.
g)
Penetapan Arah Kiblat
Dilakukan oleh Tuan Guru Dato` Dr. Harun Din selaku Penaung Dan Penasihat AJK Masjid Al-
Umm. Penetapan bertarikh 30 Safar 1435 = 02 Januari 2014 jam 9.00-10.30
pagi.
2. Pebangunan
Fizikal Masjid Al-Umm (Jangkaan 18 bulan) – Keputusan bina 3 tingkat
a)
Masuk Tapak 10.12.2013
Bersih
tapak mulai 14.12.2013 dan kerja tanah 21.12 2013, diikuti pembinaan R.C.Wall
18.1.2014.
b)
Piling dan Tanam cerocok
Dari 18 Januari hingga 4 April 2014
c)
Ground Beam, Pile Caps & Work below finish dan Naik Tiang
Dari
awal April 2014 hingga awal Ogos 2014 – kerja siap 40 %
d)
Tapak di bina dengan semin bagi Rangka
Lantai Aras Utama. Kotak tiang untuk aras satu kelihatan
dipasang.
Pembangunan
dari awal Ogos hingga akhir Ogos 2014. Kemajuan kerja 46%
e)
Tiang-tiang untuk aras bawah tanah dan lantai bahagian atas dikonkrit semin
Pada
akhir Ogos 2014 kelihatan ruang bawah tanah
f) Tiang-Tiang Dari Aras Utama di tegakkan
Sekitar bulan
September 2014
g) Beam di atas tiang bagi aras satu dipasang
Sekitan bulan Oktober 2015.
Kerja 56%
h) Pemasangan batu bata ditingkat bawah tanah dilakukan. Rangka mihrab
kelihatan. Rumah letrik mulai dibina
Sekita akhir Oktober 2014
i)
Level aras satu (tingkat tiga)
dikonkrit semin. Rangka tiga tingkat siap
Sekitar awal hingga akhir
November 2014.
j)
Pemasangan batu bata bagi aras utama. Rangka tiga tingkat sudah siap
Tempoh berakhirnya bulan
Disember 2014. Kerja-kerja sebanyak 72.50%
k) Pemasangan batu bata menyeluruh, pemasangan roof dan kerja-kerja
plastering dilakukan. Bentuk bangunan nyata.
Berakhir Januari 2015
l)
Rangka Kubah dipasang oleh
Syarikat Majleza
Pemasangan pada 29 Mac 2015.
Bangunan masjid kelihatan lengkap dari luar.
m) Semua bahagian siap termasuk hadapan masjid dan aras satu (tiga).
Sebahagian besar dicat.
Berakhir Mei 2015.
n) Tumpuan kerja Dalaman – termasuk tentang Kubah
Sekitar Jun 2015. Kemajuan
kerja 80.4
o) Tumpuan kerja ruang dalam, terutama aras satu (tingkat tiga).
Pemasangan tiles
Sekitar Julai 2015.
p) Kerja-kerja dalaman, bilik air, bilik-bilik tingkat atas dan kubah
Sekitar Ogos 2015-
q) Pemasangan pintu, siling dan bilik air
Sekitar September 2015.
r) Tiang bagi kubah dialih, memasang tile pada bahagian lantai di bawah
kubah dan kerja-kerja dekoratif pada bahagian atas keliling ruang dalam kubah
dan bahagian atas menara.
Sekitar September 2015.
s) Kerja luar, pagar landscaping dan dekorasi dinding hadapan aras utama
Sekitar Oktober 2015.
Keseluruhan kerja 90%
3. Kelengkapan Dan Menunggu Siap
Tuan Haji Abdul Rahman melahirkan harapan 10%
lagi baki kerja yang melibatkan kerja-kerja dekorasi dalaman, penyaluran
letrik, pemasangan air-condition, melengkapkan perabut (loose items), carpet
juga sound system dan kerja-kerja luar seperti jalan, pagar, pondok pengawal dan
landscaping – termasuk taman, diharap dapat disiapkan dalam kadar segera
sebelum masjid mula digunakan. Beliau juga melahirkan kerisauan tentang
kewangan yang tidak mencukupi, lantaran itu pada pagi ini juga diedarkan
postar-postar dibahagi-bahagikan kepada Pengerusi-Pengerusi Surau atau
Wakil-Wakil untuk dihebahkan kepada jamaah surau-surau untuk menampung
kekurangan peruntukan bagi menyiapkan bangunan Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment