BBB, 17 Safat 1437 = 29 November 2015 (Ahad):
Keluasan tanah bagi Masjid Al-Umm adalah 2 ekar sahaja, terletak di pinggir bukit di
Jalan ¼, Bandar Baru Bangi. Tanah seluas 2 ekar bagi pembinaan sebuah bangunan
bertaraf masjid adalah sempit (kawasan normal bagi sebuah masjid adalah 5
ekar). Kerana kesempitan ruang mendorong AJK menambahkan aras Masjid Al-Umm kepada tiga tingkat.
Dapatlah dikatakan bahawa 4/5 daripada bahagian tanah adalah memuatkan tapak
bagi masjid dan bakinya, iaitu satu perlima adalah tanah bagi keliling masjid.
Tanah yang lebih luas adalah pada bahagian
hadapan berdepan dengan `Pintu Gerbang` bagi memasuki masjid. Ruang ini adalah
ruang yang lebih rata yang selain daripada jalan boleh memuatkan 15 ruang parkir di tepi tembok
tinggi antara 5 kaki hingga 15 kaki (makin ke dalam makin tinggi kedudukan
tanah berbukit) bersempadan dengan jalan perumahan semi-D baru ke jalan mati ke
dewan badminton lama MPKj. Bahagian kedua ialah ruang tanah pada bahagian kanan
bagi bangunan masjid yang bersifat curam. Pada pangkal sebelah kanan bagi
bahagian ini ialah pintu masuk utama bagi jalan dari perumahan Seksyen 2 ke Jalan Sekolah Rendah Bandar Baru
Bangi yang antara keduanya jalan masuk menyusuri padang yang lebih rendah
kedudukan tanahnya dan bersebelahan bagi jalan masuk ke perumahan semi-D baru
di atas. Masuk sedikit ke dalam ialah pintu utama masuk ke kawasan Masjid
Al-Umm yang pada permulaan masuk ke pintu ini ada `Pondok Jaga`. Ada tembok
dengan nama Masjid Al-Umm dan ada tiga tiang bendera pada pintu masuk
berkenaan. Dari pintu masuk ke bawah yang tanahnya makin merendah ke bawah
bersempadankan padang bola ialah pagar yang memisahkan kawasan masjid dengan
kawasan padang berkenaan. Pada ruang di
dalam pagar masjid sebelah kanan yang menurun ke bawah ini ialah jalan yang
pada bahagian hujung ialah anak-anak tangga bagi pejalan kaki yang boleh turun
atau masuk ke atau dari jalan luar dari jalan dan medan parkir jalan ¼ ke
Sekolah Rendah dan Menengah Bandar Baru Bangi. Bersebelah bagi jalan beranak
tangga pada penghujung ini bangunan kecil bagi
janakuasa TNB. Pada sebelah kiri dari medan parkir terhad di dalam
kawasan depan masjid ini ialah jalan menurun pada bahagian kiri tepi masjid
bersempadan dengan tembok sederhana bersempadan dengan perumahan semi-D lama,
turun ke bawah ke jalan masuk kedua dari jalan ¼ berdepan dengan kawasan parkir
Jalan ¼, dengan jalan dari Jalan 1/3 ke
jalan Sekolah Rendah dan Menengah Bandar Baru Bangi. Bagi memasuki jalan ini
yang boleh berseleisih dua kenderaan ada Pondok Jaga kedua. Bahagian terakhir
bagi ruang kawasan Masjid Al-Umm, ialah pada bahagian hadapan bagi mihrab
masjid, iaitu kawasan yang ruangnya paling kecil antara tembok masjid dengan
jalan dari 1/3 dan 1/4 kawasan parkir ke Sekolah Rendah dan Menengah Bandar
Baru Bangi. Pada jangkaan asal pada bahagian tepi tembok ini ada sedikit ruang
yang boleh ditanam dengan hiasan pokok-pokok renik atau pokok-pokok bunga
sebagai hiasan dan tarikan pandangan pada bahagian luar dari masjid. Ruang
hadapan ini juga dijangka dapat memuatkan bagi belasan ruang parkir bahagian
luar.Penulis berpendapat, jika masjid ini mendapat `bonus` dengan tambahan satu
aras bawah tanah bagi masjid ini, tetapi
penambahan ruang `Kolam Tadahan Air Hujan` pada bahagian hadapan dan dibuat
pula tembok antara tembok masjid dengan tembok baru bagi ``Kolam Tadahan Hujan`
ini merugikan ruang tanah, merosakkan pandangan dan dibimbangi mencemar dan
boleh menjadi tempat membiaknya nyamuk aedis jika tidak diselia dengan betul.
Dengan adanya ruangan tembok tambahan luaran ini menghalang pandangan tembok
masjid yang asalnya mau dijadikan ruang iklan yang dapat memberi pulangan
kewangan kepada masjid. Sebenarnya `Kolam takungan air` ini adalah antara
tambahan ruang yang tidak ada di dalam plan asal masjid dan memang dibincangkan
di dalam mesyuarat, tapi tapaknya tidaklah dijangka berada pada ruang penting
di hadapan masjid, tetapi dijangka mengambil ruang yang tidak luas dipinggir
masjid pada sebelah kanan yang lebihan air dari simpanan air hujan yang
berlebihan akan disurai dan mengalir ke parit dan turun ke parit di bawah.
Namun ini adalah merupakan tanggungjawab bersama, jika dikatakan ia adalah satu
kesilapan, maka ia adalah satu kesilapan.
Daripada perbincangan di atas, sebenarnya
amatlah sempit kawasan tanah kosong bagi Masjid Al-Umm. Kedudukan tapak yang
curam dari pinggir tanah tinggi bukit telah membentuk ruang topografi dan landscaping yang asli bagi kawasan Masjid
Al-Umm. Tidak banyak ruang untuk kreativiti bagi `seni taman` . Ruang yang ada,
mau tidak mau, terpaksa lebih banyak digunakan untuk jalan. Jalan berkenaan
tidak sangat untuk kenderaan, kerana ruang untuk parkir adalah lebih kurang tiga puluh ruang yang
mungkin untuk pegawai-pegawai masjid yang sepenuhnya bertugas di masjid.
Jalan-jalan berkenaan lebih digunakan sebagai pejalan kaki bagi jamaah dan
pengguna ruang aras bawah tanah bagi majlis-majlis terutama pada hujung-hujung
minggu. Parkir untuk umum adalah dengan menggunakan pakir-parkir di medan
parkir Jalan ¼, di ruang-ruang yang ada di pinggir jalan dan medan parkir yang
bakal dibangunkan di bawah rentasan cable voltan tinggi TNB yang akan diberi
perhatian tinggi dari segi keselamatan.
Kembali kepada penggunaan ruang yang ada di
dalam kawasan Masjid Al-Umm, adalah menjadi hasrat pihak AJK Masjid Al-Umm
untuk menjadikan keliling masjid adalah sebagai kawasan hijau, namun
sebagaimana dibincangkan, bahawa kekangan ruang amat dirasakan. Jika mau
diharmonikan dengan falsafah seni bina Masjid Al-Umm sebagaimana telah
dibincangkan seharusnya bersifat bersamaan, bersetentang, sebelah menyebelah
dan kiri dan kanan. Jika mau diikut, maka ianya dapat dilaksanakan dengan
penanaman pokok bersetentang bersebelahan pada kedua-dua pintu masuk masjid,
ruang yang ada di tepi pagar, terutama sebelah kanan masjid, pada bahagian
hadapan pintu gerbang masuk ke masjid yang tentu tidak boleh ditanam pokok yang
besar dan ruang-ruang tepi masjid, terutama pada sebelah kanan. Mungkin
sebahagian pokok-pokok-pokok hiasan dan bunga adalah pokok-pokok yang ditanam
di dalam pasu dan ditempatkan pada tempat-tempat yang sesuai dan mudah alih.
Ruang bagi menanam rumput bagi kelihatan hijau juga terhad – ruang yang ada
adalah pada sebelah kanan bagi ruang masjid. Tanaman pokok juga boleh
difikirkan bagi jalan masuk dan di pinggir padang bersempadan dengan masjid.
Bagi tujuan ini boleh mendapat kerjasama dari pihak MPKj bagi menghiaskan
keliling padang dan ruang yang ada di luar dari kawasan masjid dihias dengan
pokok-pokok hiasan yang menarik pandangan. Kita mau seni taman yang sesuai
dengan falsafah dan kedudukan masjid di ruangnya yang asli dan kita berharap tidak
sesuatu yang bersifat cacamurba, kecamuk dan tidak membantu suasana masjid yang
seharusnya harmoni, tenang, khusyuk dan kudus.
Apa yang dibincangkan ialah perkara yang
berhubung dengan aspek fizikal yang merupakan persediaan ruang, tapak dan
kemudahan bagi para jamaah dan pengunjung menggunakan masjid. Kemudahan
berkenaan amat penting bagi memakmur dan mengimarahkan masjid. Adalah diharapkan
dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan menambahkan kemesraan dan
kerinduan para jamaah dan pengunjung untuk datang ke Masjid Al-Umm yang
menyediakan tempat ibadah yang selesa, pengajian-pengajian yang menarik dan berbagai-bagai kegiatan kemasyarakatan
yang sesuai..
Sekian.
No comments:
Post a Comment