BBB, 08 Jamadil Awwal 1437 = 17 Februari 2016
(Rabu):
Bagaimana ketiga-tiga aliran ini bersepadu
menjadi pegangan umat Islam di Alam Melayu ?
Ini ada hubungan dengan tradisi hubungan dan
pengajian tokoh-tokoh ulama Melayu awal yang belajar di Makkah. Makkah masa itu
pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmani.
Bukti
terawal yang menunjukkan pengajian yang berhubung dengan fiqh-akidah
berlaku di istana Raja Pasai. Ibn Battutah
dalam lawatannya ke Pasai (akhir Abad ke 13) menceritakan bahawa Sultan
Jawi (Pasai) yang benama Sultan Al-Malik al-Zahir adalah sultan mempunyai
kedudukan yang tinggi dan mulia, dia berpegang pada Mazhab Shafie, Dia mengasihi
ulama di dalam bidang fiqh. Sultan mengadakan majlis-majlis ilmu yang hadir ke majlis berkenaan
pengaji-pengaji ilmu dan mereka bermuzakarah. Raja melaksanakan jihad dan
peperangan. Raja seorang yang tawaduk
yang walaupun mempunyai pengiring-pengiring dan pahlawan-pahlawan yang
berbaris memberi penghormatan terhadapnya, tetapi bila berangkat ke masjid
untuk solat Juma`at baginda berjalan kaki. Semua rakyatnya adalah bermazhab
Shafie yang suka berjihad. Mereka keluar berjihad dengan sukarela. Mereka
mengalahkan pemerintah yang kafir yang memberi cukai jizyah bila diadakan
perdamaian.
(Ibn Battutah, Rihlah Ibn Battutah, Dar Sadir,
Beirut, 1384H./1964: 618).
Walaupun disebut oleh Ibn Battutah pengajian
yang diberi tumpuan adalah dalam mazhab Shafie, tetapi oleh kerana mazhab
Shafie mempunyai hubungan rapat dengan aliran akidah Ash`ari, maka adalah
dijangka pengajian yang berhubung dengan akidah mazhab Sunni Ash`ari turut
dipelajari.
Perkembangan yang lebih jelas ialah apabila
kitab akidah dalam bahasa Melayu mula dihasilkan oleh Muhammad Zain bin
al-Faqih Jalaluddin (pertengahan abad ke 18) dengan karangan akidah terkenalnya
berjudul Bidayah al-Hidayah.berasaskan Matan Umm al-Barahin.
Menurut Omar Awang seorang Matan Pensyarah di
Akademi Islam Universiti Malaya bahawa:
``The first Malay translation of this cread
(Umm al-Barahin) was attemped by Muhammad Zain bin Jalaluddin in 1757M. under
the title Bidayah al-Hidayah between 1885 – 1886, another translation was done
by Muhammad Zainuddin Ibn Muhammad Badawi as Sambawi under the name Siraj
al-Huda. In 1890 a third translation was completed by Zainal Abidin Muhammad
al-Fatani entitled `Aqidat al-Najin fi `Ilm Usul al-Din. By the middle of
nineteenth century this text was used for teaching purposes in Malacca as acknowledged
by Abdullah bin Abdul Kadir Munshi and in Penyengat on the island of Riau as noted
by Raja Ali Al-Haji. In twentieth century this work has become as accepted text
for Islamic theology in many Islamic Religious Schools.``
(Shafie Abu Bakar, Institusi Shaykh Abdul
Malik bin Abdullah (Satu Corak Pengajian Tradisi Di Terengganu) Dan Kitab-Kitab
Padanya, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1976/77: 281).
Dari segi kandungannya, kitab Bidayah
al-Hidayah sebagai kitab akidah terawal di dalam bahasa Melayu, bertolak dari
keperluan akal bagi seseorang Islam yang merupakan taklif baginya. Melalui akal
seseorang itu dapat mengenali hukum hakam yang dinilai dengan wajib, mustahil
dan harus.. Melalui akal seseorang Islam mengenali Allah. Sifat-sifat yang
wajib, mustahil dan harus bagiNya. Demikian juga wajib mengenal Rasul dan
sifat-sifat wang wajib, mustahil dan harus baginya. Di dalam membicarakan
sifat-sifat berkenaan dibawanya dalil-dalil akal dan naqal.
Membicarakan sifat wajib bagi Allah dipecahkan
huraian kepada sifat nafsiah, salbiyah, ma`ani dan maknawioyyah. Dibicarakan
juga ta`alluq-ta`alluq bagi sifat-sifat. Keseluruyhan sifat-sifat:
Wajib bagi Allah 20 sifat
Mustahil ke atas Allah 20
sifat
Harus bagi Allah 01 sifat
Wajib bagi Rasul 04
sifat
Mustahil bagi Rasul 04
sifat
Harus bagi Rasul 01
sifat
Jumlah 50
sifat
Kesemua lima puluh sifat ini disimpulkan di
bawah dua kalimah shahadah – Ashhadu an
La ilaha illa Allah wa ashhadu anna Muhammadar Rasulullah.. Di dalam
membicarakan sifat-sifat di atas adalah digunakan dalil Naqli dan juga akli –
kaedah logik.
Perkembangan keilmuan Islam di Patani pada
abad ke 19 membolehkan ramai dari kalangan pelajar di sana menyambung pelajaran
di Makkah dan ada yang menetap di sana dan mereka menghasilkan kitab-kitab,
termasuklah kitab akidah, mereka seperti Shaykh Daud bin Asbdullah al-Fatani,
Shaykh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani, Shaykh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dan Shaykh
Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad al-Fatani. Shaykh Daud
Al-Fatani mengarang kitab lebih dari 30 buah kitab, termasuklah kitab-kitab di
dalam bidang akidah. Sebagai Shaykh Haji Pada zamannya dan guru beliau
mengarang dan beliau mempunyai ramai murid-murid dari alam Melayu, sebahagian
daripada mereka bertugas menyalin naskhah-naskhah yang dikarang oleh Shaykh
Daud (Pada masa itu belum ada percetakan), karangan-karangan yang disalin ini
di sebarkan melalui para haji yang datang menunaikan haji dan membawa pulang
kitab-kitab salinan ke pengajian masing-masing dan kitab-kitab salinan ini disalin
lagi oleh murid-murid tempatan. Dengan demikian bertebar luas karangan Shaykh
Daud al-Fatani dan karangan-karangan yang lain, khususnya yang dihasilkan di
Makkah dan juga di pusat-pusat pengajian yang lain. Melalui pengajian-pengajian
sama ada di pengajian-pengajian pondok, di masjid surau dan berbagai pengajian
yang lain, maka keilmuan Islam tersebar luas, termasuklah keilmuan akidah..
Sekian.
No comments:
Post a Comment