BBB, 29 Rabiul Akhir 1437 = 08 Februari 2016
(Isnin):
Menurutnya perlu ada pendekatan yang sesuai
bagi setiap kumpulan, agar lebih memberi kesan maksimum. Al-Ghazali melihat
pihak yang mau menyampaikan akidah kepada
sasaran empat kumpulan, ialah sebagai seorang doktor pakar yang tahu
jenis-jenis penyakit dan tahu jenis-jenis ubat yang sesuai bagi setiap
kumpulan. Kumpulan-kumpulan berkenaan adalah sebagai pesakit-pesakit atau yang
dikenalpasti tidak sakit. Dalam hal ini
pihak yang menyampaikan, iaitu dibandingkan sebagai doktor, tapi jika bukan
pakar atau bukan doktor, maka adalah dibimbangi boleh merosakkan pesakit dan
penyakit boleh membawa kepada lebih parah. Perlu diingat dalam paparan kedua
ini juga ialah pendekatan iktisad (sederhana dan memada) di dalam menyampaikan
pengajaran i`tiqad secara iqtisad. Al-Ghazali melihat, jika pesakit diberi ubat
berlebih-lebihan dan tidak menurut aturan boleh membahaya dan merosakkan
pesakit, demikian di dalam menyampaikan keilmuan akidah, jika melampau dan berlebih-lebihan seumpama
membicarakan ketuhanan secara melampau seperti
falsafah dan Mu`tazilah, bukan saja tidak menyenangkan, bahkan
merosakkan.
Kumpulan Pertama yang sudah mantap dengan
akidah.
Dalam masayarakat umat sudah ada yang faham
tentang agama Islam, sudah mempunyai pegangan akidah yang teguh. Mereka patuh
di dalam menunaikan ibadat – Wajib dan sunat. Menjadi jamaah setia di masjid,
sering mengkuti pengajian-pengajian dan hidup dalam suasana harmori dan
ketenteraman. Kumpulan setia keagamaan
seperti ini dan jujur dalam kehidupan, menurutnya dari sudut `AI-iqtisad fi al-I`tiqad, tidak perlu
lagi dibebankan mereka dengan pengajian aqidah secara mendalam, cukup bagi
mereka dengan pegangan yang mengukuhkan amalan mereka. Adalah dibimbangkan dengan
menyeret mereka membicarakan persoalan akidah dengan perbalahan persoalan tidak
berkesudahan, mengganggu ketenangan pegangan dan keharmonian amalan.
Kumpulan Kedua Kumpulan Kufur Dan Bid`ah
Kumpulan sedemikian adalah bahaya dan boleh
mengancam kehidupan dan
ketenteraman. Pengislaman mereka
adalah pura-pura dan kerana takut terancam, tetapi bila ada kesempatan mereka
meraihnya bagi kepentingan. Ciri sedemikian seperti Musailamah al-Kadhdhab dan
pengikut-pengikutnya yang menentang Nabi, kumpulan yang menyeleweng dan menentang Abu Bakar seperti enggan
membayar zakat dan munafiqun. Golongan yang mencabar dengan cabaran keras
sedemikian, maka hendaklah mendepani mereka dengan kekerasan. Mereka perlu
ditentang dengan cambuk dan pedang, dan nyawa menjadi taruhan bagi
mengembalikan mereka patuh kepada Islam. Di dalam memulihkan akidah golongan
yang sedemikian hendaklah juga dengan jalan kekerasan dan diharapkan dengan
kekerasan akan menyedarkan mereka dan
kembali kepada Islam. Seperti peperangan
yang dilakukan oleh Sayyiduna Abu Bakar terhadap golongan yang murtad dan
enggan membayar zakat bagi mengembalikan
mereka kepada Islam.
Kumpulan Ketiga: Golongan Taqlid
Golongan seumpama ini walaupun kelihatan tidak
berbahaya kepada Islam dengan sikap taqlid mereka, tetapi golongan taqlid lebih
memberi kesan negatif kepada Islam. Golongan seperti ini tiada keyakinan, tidak
mampu ke depan dan tidak mampu menerajui kepimpinan.
Golongan yang bersifat taqlid ini adalah perlu
kepada bimbingan dan pengajian tentang akidah lebih mendalam yang boleh
mengangkat mereka dari status bertaqlid. Sesungguhnya bertaqlid tidak selamat
dari kegelinciran yang boleh menjerumuskan mereka dari jatuh ke lubang
kesalahan.. Ini bukan sahaja membahayakan dirinya , tetapi pengikut-pengikut
dan juga golongan taqlid yang lain. Tumpuan pemulihan akidah perlu dilakukan
terhadap mereka. Apabila dapat dipulihkan, mereka akan berada di dalam kelompok
yang selamat dan sempurna dari segi akidah dan menjadi aset dan modal bagi
mengukuh umat dan Islam.
Kumpulan Keempat Golongan Yang Sesat
Kumpulan terakhir ini adalah berada dalam
kedudukan bahaya, status mereka pada kedudukan kedua selepas kedudukan paling
bahaya ialah golongan yang kufur dan bid`ah. Golongan sesat, adalah memberi
akibat pada dirinya dan orang lain, juga menyesatkan orang lain. Kesesatan ialah akibat dari tidak
berilmu dan tidak mengetahui sesuatu tentang kedudukan yang sebenarnya. Sesat
kerana diri tidak berilmu dan tersekat dan tidak mengetahui maklumat sebenar.
Amalan syirik seperti menyembah selain dari Allah, adalah perbuatan yang syirik
dan sesat. Kesesatan ini kadang-kadang menyeret orang lain sama di dalam kesesatan.
Orang kafir Quraiy menyembah berhala,
kesasatan diikuti oleh kaum- kaum lain. Kesesatan adalah kejahilan. Bila Rasulullah
s.a.w. dibangkitkan menjadi Rasul,
mereka menentang kerana kesesatan. Kesesatan juga mencetuskan sengkita yang
membawa kepada peperangan dan sebagainya. Banyak tenaga dan usaha bagi
mengatasi dan menghapuskan kesesatan. Mengatasi kesesatan tidak lain dari
mendapat ilmu. Dakwah Rasulullah tidak lain dari usaha Baginda menyampaikan
kebenaran, terutama dari segi akidah, iaitu mengerti dan mengakui kewujudan
Tuhan yang esa – Allah. Melalui kefahaman membawa kepada kepatuhan terhadap
perintah Allah dan menjauhi segala larangan.
Jadi kesesatan yang ada di dalamnya elemen
jahil musuh bagi keilmuan, sebab itu
individu dan masyarakat mesti disedarkan dengan keilmuan. Usaha
mengatasai kesesatan dan kejahilan adalah usaha berterusan dan silih berganti
dari satu generasi kepada generasi. Akidah adalah penting sebagai pendekatan
yang menyedarkan mereka dengan kebenaran dan membawa individu dan masyarakat ke
jalan yang benar.
Perbincangan Al-Ghazali berhubung dengan empat
perkara perlu dilakukan terhadap kumpulan yang berlaianan dengan pendekatan
yang berlainan. Apa yang ditekankan mencerminkan konsep `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad`
Al-Ghazali, iaitu bagi kumpulan yang sudah mantap akidah , biarlah mereka dengan
kedudukan mereka yang baik itu, tetapi bagi yang kufur, bid`ah, taqlid, sesat
dan jahil, perlu di atasi dengan penyampaian
akidah yang boleh membaiki dan memulih mereka kepada pegangan akidah
yang betul. Nampaknya konsep `Iqtisad` apa yang
mau dicapai Al-Ghazali, iaitu memulihkan akidah ke tahap mantap. Dengan
harapan Al-Ghazali sedemikian bererti
keilmuan akidah perlu dipelajari secara
terhad dan sederhana bagi orang awam sebagai ilmu fardu. Sebaliknya Al-Ghazali
menegaskan bahawa pengajian aqidah secara mendalam perlu didalami oleh kalangan
yang berkelayakan sebagai menunaikan tuntutan fardu kifayah.
Sekian.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no ((( 0823 1366 9888 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[ 0823 1366 9888 ]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/
jika anda butu angka ritual 4D 5D 6D silakan