BBB, 23 Rabiul Akhir 1437 = 02 Februari 2017
(Selasa):
Berkata Al-Tahawi:
107 (Dan kami beriman dengan syarat-syarat
kiamat (al-sa`ah) daripada keluar al-Dajjal, dan turun `Isa bin Maryam a.s.
dari langit, dan kami beriman dengan naiknya matahari dari baratnya dan keluar
Hewan Dabbah bumi daripada tempatnya).
Srh.
Maka daripada Huzaifah bin Asyad al-Ghifari r.a. berkata:
``Muncul di kalangan kami Nabi s.a.w. sedang
kami bermuzakarah tentang kiamat (al-sa`ah), maka bersabda Baginda, ``Apakah
kamu sedang berbincang ?``. Kata mereka
itu, ``Kami menyebut tentang kiamah.`` Maka bersabda Baginda, ``Sesungguhnya
tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh tanda, maka Baginda
menyebut, asap, dan al-Dajjal, dan al-dabbah,, dan naik matahari dari baratnya,
dan turun `Isa bin Maryam, dan Ya`juj dan Ma`juj, dan tiga gerhana, gerhana di
timur dan gerhana di barat dan gerhana di Semenanjung `Arab dan terakhir api
yang keluar dari Yaman yang menolak manusia kepada mahshar mereka.`` Riwayat
Muslim.
Berhubung dengan keluarnya dabbah firman Allah
bermaksud:
`` Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman
atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi yang akan
menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat
keterangan dan pengajaran Kami.`` (Al-Naml: 82).
Tentang naiknya matahari dan barat Hadith
riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.
bermaksud:
``Tidak berlaku kiamat hingga naik matahari
dari baratnya, apabila melihatnya manusia, berimanlah mereka yang di atasnya,
maka yang demikian ketika tidak lagi memberi manfaat kepada diri oleh
keimanannya, sedangkan diri tidak beriman sebelumnya.``.
Berkata Al-Tahawi,
108 (Kami tidak percaya kepada pengarut jampi,
dan tidak tukang khurafat dan tidak mempercayai kepada yang mendakwa sesuatu
yang menyalahi al-Kitab dan al-Sunnah dan Ijma` al-Ummah).
Srh. Kerana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
Siapa yang datang kepada pengkhurafat, maka
dia bertanyanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solat selama empat puluh
malam.`` Riwayat Muslim.
Dan dalam Hadith yang lain bermaksud:
``Siapa yang datang kepada pengkhurafat atau
pengarut jampi, maka dia membenarkannya apa yang dikata, maka sesungguhnya dia
kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.`` Riwayat Imam Ahmad bin
Hanbal.
Termasuk khurafat ialah Tuk Nujum.
Menurut Al-Tahawi, wajib di atas pemerintah
dan pihak berkuasa berusaha pada membasmikan tukang-tukang nujum,, penjampi
mentera dan pengkhurafat, dan yang bersilap mata dengan menggunakan pasir dan
anak batu dengan menegah mereka itu daripada berada di kedai-kedai dan
tempat-tempat rihat dengan melarang mereka berada di tempat orang ramai dan
dari masuk ke rumah-rumah.
Hr. Untuk mengelak orang yang lemah imannya,
bukan saja terperangkap dan tertipu dengan helah tukang jampi dan khurafat,
tetapi yang lebih penting untuk menjaga akidah.
Bab XXII
Berkata Al-Tahawi,
109 (Kami melihat jamaah adalah hak dan benar,
dan berpecah menyeleweng dan diazabkan)
Srh. Yang demikian berfirmannmya Allah Ta`ala
bermaksud:
``Hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah
dan jangan berpecah belah .`` (Ali `Imran: 103).
Dan
firman Allah bermaksud:
``Dan janganlah kamu jadi seperti mereka yang
berpecah belah dan berselisihan selepas
datangnya kepada mereka kenyataan-kenyataan. Bagi mereka itu azab yang amat
besar.`` (Ali `Imran: 105).
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Bahawasanya orang-orang yang
menceraiberaikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang
berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau
terkait sedikit pun dalam (perbuatan) mereka, sesungguhnya perkara mereka
hanyalah terserah kepada Allah. Kemudian ia akan menerangkan kepada mereka
(pada hari kiamat kelak), akan apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
(Al-An`am: 159).
Bersabda Nabi s.a.w. bermaksud:
`` Sesungguhnya ahli al-kitab berpecah di dalam agama mereka di atas tujuh
puluh dua aliran, dan bahawasanya ini ummah akan berpecah kepada tujuh puluh
tiga aliran – Yakna menurut hawa` - kesemuanya dalam neraka kecuali satu, dan
iaitu `al-Jama`ah`. Dalam satu riwayat, ``Berkata mereka itu, Siapa dia wahai
Rasulullah ? Jawab Baginda, ``Apa yang Aku di atasnya dan sahabat-sahabatku.``
Maka jelaslah perpecahan berlaku, semuanya
menyimpang kecuali Ahlu al-Sunnah dan Jama`ah. Sesungguhnya usaha mengelak dari
perselisihan perlu dilakukan bagi mengelak dari perpecahan.
Hr. Faktor al-jamaah adalah menjadi faktor
penting di dalam Islam. Konsep `Al-Jama`h` atau lebih jelas Ahlu al-Sunnah wa
al-Jamaah melibatkan bukan saja sebagai
aliran akidah Ahl al-Sunnah wa
al-Jama`ah, tetapi juga dalam bidang perundangan (fiqh), tasawuf bahkan di
dalam bidang politik, kenegaraan dan ummah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment