February 20, 2016

Memahami Konsep Hukum: Hukum Shara`, Hukum Adat Dan Hukum Akal


BBB, 10 Jamadil Awwal 1437 -= 19 Februari 2016 (Juma`at):


Akidah beraliran Sunni melibatkan perbahasan yang bersifat rasional seperti membuktikan sesuatu hujah berdasarkan akal seperti menggunakan kaedah logik, maka di dalam pembicaraan aspek-aspek akidah sering disebut (menggunakan)  dalil akli, di samping naqli yang menghasilkan natijah. Jadi sebelum membicarakan tentang Dhat dan Sifat Allah dan juga Rasulullah dengan menggunakan hujah-hujah akal, maka Shaykh Muhammad Zain membicarakan terlebih dahulu tentang Hukum. `Hukum` ialah nilai terhadap sesuatu (perbuatan, contoh menderma) menurut kategori hukum tertentu`. Menurutnya hukum terbahagi kepada tiga:
1)      Hukum Shara`
2)      Hukum Adat
3)      Hukum Akal
Agar tidak keliru dan tahu membezakannya dalam pembicaraan Shaykh Muhammad Zain menghuraikannya satu persatu.
Hukum Shar`i
Ialah khitab atau firman Allah Ta`ala yang ta`alluq  dengan perbuatan hamba yang mukallaf dengan niat sebagai tuntutan, keharusan dan haram.
Bagi yang dituntut empat perkara +  satu (tak dituntut + harus) dikenali `Hukum Taklifi`.
1)      Wajib
Perkara yang diseksa jika meninggalkannya dan diberi pahala bila mengerjakannya, contoh solat fardu
2)  Sunat
Diberi pahala jika mengerjakannya dan tiada diseksa meninggalkannya, Contoh menderma kepada fakir-miskin
 3)        Makruh
Diberi pahala meninggalkannya dan tiada  diseksa mengerjakannya. Contoh memakan makanan yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan (petai).
4)      Haram
Diseksa mengerjakannya dan diberi pahala pada meninggalkannya. Contoh mencuri
5)      Harus
Tiada diseksa pada melaku dan meninggalkannya. Contoh minum air biasa bagi menghilangkan dahaga atau memilih tidak meminumnya atau meminum air jenis lain yang halal.
Dan bagi hukum taklif ini ada lima perkara yang juga dinamakan hukum wad`i:
1)      Sebab musabbab contoh sebab gelincir matahari memusabbabkan masuk waktu zohor
2)      Syarat  dan masyrut contoh tidak cukup syarat jumlah tertentu tidak wajib keluarekan zakat
3)      Mani` menyebabkan tidak dikenakan sesuatu Contoh kerana haid tertegah dari solat
4)      Sahih bila menepati meluluskannya contoh solat sempurna sebagai sah
5)      Batal yang dengannya merosakkan contoh kentut masa solat membatalkan solat
Hukum Adat:
Iaitu perlakuan yang dilakukan berulang-ulang yang dilihat sebagai budaya yang tidak melibatkan hukum. Contoh memakai kupiah putih bagi lelaki bila menghadiri majlis tahlil.
Dan terpenting bagi pengajianm akidah ialah:
Hukum Akal. Iaitu mensabitkan sesuatu perkara atau menafikannya tanpa bergantung pada pengulangan dan tidak diletakkan oleh sebarang yang meletakkannya – tidak tergolong ke dalamnya hukum shar`i dan hukum adat.
Ianya melibatkan pertimbangajn akal yang menghasilkan kesimpulan jawaban sebagai wajib, mustahil dan harus.
a)      Makna Wajib
Wajib itu, iaitu barang yang tiada terupa atau tiada diterima pada akal akan ketiadaannya. Contoh sepuluh dibahagi dua, jawabnya lima.
Wajib terbahagi kepada dua bahagi
1)      Daruri namanya, iaitu barang yang tiada kehendak pada akal pada mendapat dia kepada bicara dan tilik seperti jirim mengambil kadar zatnya daripada lapang. Jirim bermaksud tiap-tiap satu mengambil ruang seperti batu dan kayu, demikian jasad binatang.
2)      Nazari, iaitu memerlukan penelitian akal pada memahaminya seperti seperti sifat Qidam bagi Allah Subhanahu wa Ta`ala.
b)      Makna Mustahil
Iaitu barang yang tidak diterima pada akal akan adanya seperti seperti memasukkan belalai gajah ke dalam lubang jarum yang seni.
Mustahil juga terbahagi dua
1)      Daruri, iaitu sunyi jirim itu dari gerak dan diam
2)      Nazari seperti syirik bagi Allah, maha suci Allah Ta`ala daripada demikian itu.
c)       Makna Ja`iz (Harus)
Ja`iz itu barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya seperti kematian bila-bila boleh berlaku kepada diri yang hidup.
Terbahagi kepada dua:
1)      Daruri seperti angin mungkin bertiup atau berhenti
2)      Nazari seperti harus bagi Allah menyiksa orang yang berbuat taat atau sebaliknya.
Mengapa perlu membicarakan hukum akal ?
Shaykh Muhammad Zain menerangkan,
``Dan hanya sanya  memulai yang empunya karangan dengan membahagi hukum akli, kerana bahawa mukallaf itu dituntut dengan mengenal barang yang wajib bagi Dhat Allah dan barang yang harus dan barang yang mustahil dan tiada mehukumkan ia atas suatu dengan bahawasanya wajib atau harus atau mustahil, melainkan hingga mengetahui ia akan hakikat yang demikian itu.

Sekian.


1 comment:

  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D

























    Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D





















    ReplyDelete