BBB, 11
Jamadil Awwal 1437 = 20 Februari 2016 (Sabtu):
Mukallaf ialah bermaksud, ``Iaitu orang yang
`akil lagi baligh sama ada lelaki atau perempuan, merdeheka atau hamba orang
atau khadam orang menunaikan tuntutan kewajipan taklifi ke atas dirinya. Mukallaf
sama ada dengan `mimpi` ketika umur sembilan tahun atau sampai umur 15 tahun
bagi lelaki dan bagi perempuan dengan datang haid selepas umur sembilan tahun.
Berasaskan Matan Umm al-Barahin, beliau
mengatakan tentang tuntutan berkenaan bahawa:
``Wajib atas tiap-tiap mukallaf itu `mengenal`
barang yang wajib bagi Allah Maulana Jalla wa `Azza dan apa yang mustahil dan
apa yang harus.``
Bermula hakikat mengenal `ma`rifat`, ialah pegangan
yang kukuh (jazam) menepati dengan bagi apa yang ada pada Allah dengan
dalil-dalil.`` Iaitu dengan mempelajarinya dengan guru-guru yang berkelayakan.
Bagi anak-anak diajar oleh wali dan bagi isteri oleh suami. Sebagai ingatan
tambah Shaykh Muhammad Zain, ``Syahadan, kata `ulama` Islam ``Haram belajar
ilmu usuluddin pada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada
gurunya.``
Keluar dari maksud `jazam` yang tidak sempurna
dari segi pegangan tiga kategori pegangan (di bawah dari kategori jazam yakni
yakin). Iaitu zan, syakk, waham: Jika dapat digambarkan tentang kategori di
atas dengan angka, maka ianya berkedudukan sedemikian:
Yakin 100%
Zann -99% hingga -75%
Syakk -74% hingga
-50%
Waham -49% hingga
-25%
Salah 00
Keluar daripada `Mengenal` (Ma`rifat). Ialah
status jahil dan taqlid.
Menyebut Shaykh Muhammad Zain tentang status
orang (jahil) dan bertaqlid), iaitu mengikut pendapat orang lain pada katanya
dan i`tikadnya tanpa dalil, maka bersalahan pendapat ulama tentang status
keimanannya. Muktamad mengatakan ianya `mu`min`, tetapi adakah dengan kedudukan
sedemikian ia berdosa atau tidak. Muktamad berpendapat, jika ia belajar dan
mampu mendirikan dalil, maka dengan keadaan taklidnya iaitu mu`min yang `asi
(berdosa), dan jika belajar ia, tetapi
tiada kuasa mendirikan dalil, maka mu`min tiada `asi (kerana lemah akalnya).
Apakah dalil
itu ?
Istilah ini merupakan istilah yang penting di
dalam ilmu akidah dan selalu digunakan di dalam pembicaraan tentang ketuhanan
dan juga kenabian.
Dalil ialah `ism fa`il` dari akar kata bahasa
`Arab iaitu `dalla` yang bermaksud dengannya membawa kepada menunjukkan kepada
sesuatu. Contoh awan menghitam di langit dalil atau tanda hari hendak
hujan.Ertinya dengan tanda berkenaan
memberi isyarat kepada natijah `hujan`. Seterusnya sebagaimana penggunaan
biasa, bahawa `Alam Berubah-rubah` adalah tanda atau dalil tidak kekal dan
baharunya alam, maka adalah tanda atau dalil ada yang membaharu alam, iaitu
natijahnya `Allah Pembaharu`
Sebuah istilah lagi yang juga bermaksud dalil,
tetapi mempunyai kaedah dan ciri yang berlainan dari dalil ialah istilah
`Burhan` (Nama Umm al-Barahin matan bagi
kitab Bidayat al-Hidayat, bererti `Ibu bagi burhan-burhan`) , iaitu
kaedah dalil secara berlapis yang menghasilkan natijah awal dan puncak. Sebagai
contoh:
1) Lapis satu:
Alam berubah
Tiap berubah baharu
Alam baharu
2) Lapis dua:
Alam baharu
Tiap yang baharu ada
pembaharu
Sebab itu Pembaharu ialah Allah
Ta`ala.
Shaykh Muhammad Zain menjelaskan bahawa,
tuntutan dari mukallaf dari segi ma`rifat (dari segi akidah, bukan dengan
maksud tasawuf) bahawa membuktikan ma`rifat dengan dalil. Kata Shaykh Muhammad
Zain, ``Dalil yang dituntut dari mukallaf ialah dalil `Jaliyyy` - nyata, yang sekurang-kurangnya apabila seorang
ditanya, ``Adakah engkau beri`tikad bahawa Allah Ta`ala itu wujud ?``, maka
dijawab `Allah maujud`, dan apabila ditanya tentang dalil, maka katanya, `Sekalian
makhluk ini`. Maka menurut Shaykh Muhammad Zain, jawapan sedemikian sudah cukup
minimum keperluan.
Sebagaimana kewajipan bagi setiap mukallaf
mengetahui apa yang wajib bagi Allah, harus dan mustahil, maka demikian kata
pengarang Matan Umm al-Barahin, iaitu al-Imam Abu Abdullah Yusuf al-Sanusi yang
diterjemah oleh Shaykh Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin
``Dan demikian lagi wajib atas tiap-tiap
mukallaf bahawa mengetahui akan barang yang wajib bagi Dhat sekalian Nabi yang
Mursal dan barang yang mustahil bagi mereka itu dan barang yang harus bagi
mereka itu.`` Menurut Shaykh Muhammad
Zain, takrif Rasul ialah:
``Bermula Rasul itu, iaitu insan yang
diturunkan Allah firman kepadanya daripada hukum dan menyuruh Allah akan dia
dengan menyampaikan hukum itu, dan jika tiada disuruh dengan menyampaikandia,
iaitu Nabi dan bukannya Rasul. Shaykh Muhammad Zain mencatat:
Bilangan
Nabi ialah seketi dua laksa empat ribu
Yang menjadi Rasul daripada mereka itu 313
orang dan pada satu riwayat 314 orang
Terafdal daripada mereka itu Nabi kita
Muhammad salla Allah `alayh wa sallam
Mengiringi Nabi kita Nabi Ibrahim alayh
al-salam
Mengiringi Nabi Ibrahim ialah Nabi Musa alayh
al-salam
Dan mengiringi Nabi Musa Nabi Isa alayh al-salam
Dan mengiringi Nabi Isa ialah Nabi Nuh alayh
al-salam
Mereka
yang lima ini dinamakan Ulu al-`Azmi
Setengah yang lain daripada mereka adalah
melebihi antara satu dengan yang lain, tapi tidak disebut, melainakan yang Ulu
al-Azmi.
Sekian.
Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG
ReplyDeleteKLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D
Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG
KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D