BBB, 12 Jamadil Awwal 1437 = 21 Februari 2016
(Ahad):
Allah Ta`ala wujud dengan DhatNya yang berdiri
padanya sifat-sifat.
Mengenai sifat Allah kata Matn Umm al-Barahin.
``Maka setengah daripada barang yang wajib
bagi Tuhan kita Yang Maha Mulia lagi Kuasa dua puluh sifat.``
Shayk Muhammad Zain menghuraikan:
·
Allah Ta`ala tidak memberati akan
kita mengenal sesuatu sufat yang lebih (20) itu dengan dalil-dalilnya.
·
Yang diberati iaitu dalil-dalil
bagi sifat dua puluh
·
Wajib atas kita mengetahui bahawa
bagi Allah Ta`ala itu sifat Kamalatnya yang tiada terhingga banyaknya.
Adapun sifat dua puluh itu ialah:
1) Wujud ertinya ada
2) Qidam ertinya kekal sedia,
maknanya nafi `adam bagi wujud
3) Baqa` ertinya kekal dan
maknanya menafikan `adam yang kemudian wujudnya
4) Mukhalafutuh li al-hawadith. Ertinya bersalahan Allah Ta`ala dengan
segala yang baharu, tiada menyamai Allah
Ta`ala akan sesuatu daripada segala yang baharu. Tiada pada DhatNya dan tiada
pada sifatNya dan tiada pada perbuatanNya.
Firman Allah Ta`ala
bermaksud:
``Tiada yang menyamai dia
sesuatu dan Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.`` (Al-Shura: 11)..
5) Qiyamuhu Ta`ala bi nafsih
Ertinya berdiri Allah Ta`ala dengan sendirinya, tiada berkehendak kepada
dhat yang lain dan tiada berkehendak kepada yang menjadikanNya. Ertinya Dhat
Allah Ta`ala terkaya daripada dhat yang lain.
6) Wahdaniyyat ertinya Esa dan maknanya tiada yang menduai
akan Allah Ta`ala pada DhatNya dan tiada pada sifatNya dan tiada pada
perbuatanNya, maka menafikan banyak pada DhatNya, dan menafikan bahawa Ia jisim
yang menerima bahagi.
7) Qudrat ertinya berkuasa
8) Iradat ertinya berkehendak
9) Ilmu ertinya mengetahui
10) Hayat ertinya hidup
11) Sama` ertinya mendengar
12) Basar ertinya melihat
13) Kalam ertinya berkata-kata
14) Kaunuhu qadiran ertinya Keadaannya berkuasa
15) Kaunuhu muridan eretinya keadaannya berkehendak
16) Kaunuhu aliman ertinya keadaannya mengetahui
17) Kaunuhu hayyan ertinya keadaannya yang hidup
18) Kaunuhu sami`an ertinya keadaannya yang mendengar
19) Kaunuhu basiran ertinya keadaannya yang melihat
20) Kaunuhu mutakalliman ertinya keadaannya bercakap.
Dari nsegi pendekatan Abu Abdullah Al-Sanusi
dan diikuti oleh Shaykh Muhammad Zain, selepas menyebut nama sifat bagi Allah,
maka dikategorikan sifat-sifat tersebut kepada nafsiyyah, iaitu wujud dan lima
yang lain, iaitu qidam, baqa`, mukhalafatuhu li al-hawadith, qiyamuhu bi nafsih
dan wahdaniyyat di bawah kategori sifat salkbiyah. Penulis sengaja mengatur
terlebih dahulu semua sifat dua puluh secara lengkap terlebih dahulu agar
mendapat gambaran kasar dan menyeluruh terlebih dahulu, kemudian baru diikuti
dengan pecahan kepada kategori sifat nafsiyyah, salbiyyah, ma`ani dan
ma`nawiyyah dan baru dihuraikan ciri-ciri
sifat-sifat dan bagaimana perbedaan di dalam kategori tersebut.
Mengetahui sifat 20 adalah pegangan akidah
penting di dalam membicarakan tentang ketuhanan. Ianya dipelajari di
institusi-institusi agama terutama di masjid dan surau. Sifat-sifat ini dihafal
dan dingati,. Di samping sifat-sifat Rasul,
Sekian
No comments:
Post a Comment