February 24, 2016

Salbiyyah: Konsep Menthabit Dan Menolakkan Bagi Menegakkan Hujah


BBB, 14 Jamadil Awwal 1437 = 23 Februari 2016 (Selasa);


Pendekatan seterusnya selepas mengenali konsep `Wujud`, ialah  pengolahan, bagaimana mengenali kewujudan ini yang merujuk kepada Allah. Sebenarnya dengan Allah dapat lebih dikenali dengan menisbahkan sifat-sifat kepadaNya, lantaran walaupun tidak disebut istilah `wujud`  tetapi secara terus dapat merujuk kepada Allah boleh dihuraikan sifat-sifat yang dikaitkan denganNya. Banyak ayat-ayat, walaupun tidak menyebut `wujud` secara langsung sudah difahami kewujudanNya seperti pada awal Surah al-Ikhlas bermaksud ``Katakanlah  Dia Allah itu satu` (Al-Ikhlas: 1), di dalamnya merujuk kepada kewujudan Allah,  dan banyak lagi ayat merujuk kepada kewujudan Allah. Walau bagaimana untuk lebih memahami, maka ulama usuluddin menggunakan istilah wujud.
Seterusnya  ulama` usuluddin menggunakan istilah `Dhat` sebagai entiti berfakta yang merujuk kepada Dhat Allah. Jika dirujuk kepada ayat-ayat Al-Qur`an, walau banyak perkataan `dhat` digunakan, seperti (Ali `Imran: 119),, (Al-Maidah: 7), (Al-Kahfi: 18) dan banyak tempat lagi adalah merujuk kepada makna `mempunyai` atau `berada di ``, tetapi tidak ada yang menujuk secara langsung kepada `Dhat Allah`. Jadi istilah `Dhat`  ini diambil dan digunakan sebagai istilah falsafah yang menggambarkan sesuatu yang berentiti berfakta `Wujud`. Disamping istilah `wujud`, dan  `Dhat`, satu lagi istilah yang digunakan, ialah istilah `Sifat`. Tidak seperti istilah `wujud` dan `dhat` tidak dikaitkan kepada Allah, maka istilah sifat  terdapat pada banyak tempat yang menunujukkan Allah disifatkan di dalam ayat-ayat Al-Qur`an. Sebagai contoh ayat yang bermaksud:
``Kalau ada di langit dan di bumi Tuhan-Tuhan yang lain dari Allah,, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan), ``Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai `arasy, dari apa yang mereka sifatkan  (Al-Anbiya`: 22).
Ertinya Allah boleh disifatkan sebagaimana Allah menyifatkan diriNya di dalam banyak tempat sebagai contoh ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata) ``Wahai Tuhanku ! Berikanlah ampun dan kurniakanlah rahmat, dan sememangnyalah Engkau sahaja sebaik-baik Pemberi Rahmat.`` (Al-Mu`minun: 115).
Atau ayat yang bermaksud: ``Sesungguhnya Dialah Yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahu` (Al-Shu`ara`: 220).
Jadi mensifatkan Allah terdapat banyak di dalam ayat-ayat Al-Qur`an.
Sebagai kesimpulan bahawa pengistilahan di dalam usuluddin setengah lahir sebagai istilah usuluddin dari kalangan ulama` usuluddin seperti `wujud` dan ``dhat`, tetapi sifat-sifat yang menggambarkan sifat Allah begitu lumrah terdapat di dalam Al-Qur`an.
Salbiyyah, ialah kelompok sifat-sifat, iaitu qidam, baqa`, Mukhalafatuhu li al-hawadith, qiyamuhu bi nafsih dan wahdaniyyat.
Mengapa kelompok lima sifat di atas dikategorikan sebagai sifat Salbiyyah ?
Menurut Shaykh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalalaluddin bahawa:
``Dan ma`na Salbiyyah itu iaitu barang yang menafikan akan barang yang tiada berpatutan dengan Allah Ta`ala.``
Di dalam konsep Salbiyah kita dapati ulama usuluddin menggunakan `Konsep Thabit dan Nafi` bagi mengukuhkan kenyataan.
Tanggapan biasa dan rasional sebagai Tuhan dan bagi mengenali Tuhan tentulah thabit bagiNya mempunyai sifat-sifat unggul yang mencerminkan segala kesempurnaan. Tetapi bagi melihat kesempunaan ialah melihat dari dimensi yang lain, iaitu melihat perkara-perkara (sifat-sifat) yang tidak patut bagi Tuhan dengan menafikannya. Dimensi ini menjadi pendekatan bagi melihat kesempurnaan Tuhan dengan menolak sifat yang tak layak  bagiNya. Pendekatan ini digunakan oleh Abu Abdullah bin Muhammad Yusuf al-Sanusi di dalam Matan Umm al-Barahinnya. Dalam kata lain.
1)      Qidam  (Sedia Allah)      menolak dariNya  sifat  Baharu
2)      Baqa`    (Kekal Allah)      menolak dariNya  sifat  Binasa
3)      Mukhalafatuhu li al-Hawadih    Menolak  bersamaan dengan yang baharu
4)      Qiyamuhu bi Nafsih         Menolak kebergantungan pada yang lain
5)      Wahdaniyyat (Esa Allah)  menolak dari berbilang-bilang.
 Salbiah berasal dari kata akar `salaba` yang bererti menolak dan menjatuh  sifat-sifat  tidak sempurna bagi  Allah. Seperti.
Menolak sifat baharu yang bererti, tak sempurna, dan akan menerima kerosakan
Demikian sifat binasa adalah sifat yang rosak dan tidak layak bagi Allah
Seterusnya menolak persamaan Allah dengan sebarang makhluk yang bersifat fana sedang Allah tidak fana. Demikian penolakan terhadap pergantungan pada yang lain yang bererti melemahkan
Seterusnya penolakan terhadap berbilang-bilang yang tentu sekali mencerminkan kelemahan, berlaku penentangan yang membawa kepada kerosakan.
Sekali lagi ini menepati seperti kata  Shaykh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin tentang konsep `Salbiyyah, katanya:
``Dan makna Salbiyyah itu, iaitu barang yang menafikan akan barang yang tiada berpatutan dengan Allah Ta`ala.``
Konsep menthabit dan menolak adalah sebahagian daripada hujah bagi menegakkan kebenaran seperti hujah al-Qur`an yang dapat disusun secara logik:
Tiap berbilang berpelbagaian
Tiap berpelbagaian mengundang pertikaian
Tiap berbilang melemahkan.
Jika dilangit dibumi Tuhan-Tuhan
Akibat membawa kepada perbalahan
Perbalahan membawa kepada kerosakan
Sebab itu Tuhan tidak berbilang.

Sekian.


1 comment:

  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D

























    Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D





















    ReplyDelete