February 1, 2016

Allah Memiliki, Kita Tidak Memiliki, Mengakui Sahabat Dan Khilafah


BBB, 21 Rabiul Akhir 1437 = 31 Januari 2016 (Ahad):


Bab XXI
Tentang Sahabat Dan Khilafah.
Berkata Al-Tahawi:
96 (Dia (Allah) memiliki setiap sesuatu dan Dia tidak dimiliki oleh sesuatu. Tidak (kita) terkaya dari Allah Ta`ala walau sekelip mata, dan siapa terkaya dari Allah sekelip mata maka dia adalah kufur dan jadilah dia  penyeleweng. Allah murka dan reda, dan tidak seperti seorang/sesuatu dari kejadian).
Srh. Menurut mazhab salaf dan seluruh imam, mensabitkan sifat marah, reda, menseterui,, wilayah, kasih, benci dan seumpamanya dari sifat-sifat yang datang di dalam al-Kitab (Al-Qur`an) dan al-Sunnah dan ditegah dari mentakwilkannya dari hakikat yang layak bagi Allah Ta`ala.
Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Sesungguhnya Allah reda daripada orang-orang mu`min ketika mereka dimubaya`ah di bawah pokok.`` (Al-Fath: 18).
Dan firmanNya yang bermaksud:
``Dan Allah memarahinya dan melaknatkannya.`` (Al-Nisa`: 93).
Dan kata Al-Shaykh (Al-Tahawi) r.h.a. ``Tidak ada menyerupai sesuatu daripada kejadian`` bermaksud menafikanNya dari tashbih.
Berkata  Abu Ja`afar al-Tahawi:
97 (Kami kasih terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan kami tidak melampaui kasih terhadap salah seorang daripada mereka, dan tidak juga kami cuai terhadap salah seorang daripada mereka, dan kami marah dengan kemarahan mereka, dan dari tidak baik dari menyebut mereka, dan kami tidak menyebut tentang mereka, melainkan yang baik dan kasih mereka: Agana, iman dan ihsan, dan marah mereka – kufur, nifaq dan  derhaka).
Srh: Kita mengakui yang sedemikian kerana Allah Ta`ala memuji para sahabat. Dia dan RasulNya s.a.w. dan Dia reda dengan mereka itu dan menjanjikan mereka kebaikan  seperti firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Mereka adalah kalangan yang mendahului. Kalangan terawal dari kalangan al-Muhajirin dan kalangan Ansar dan mengikuti mereka dengan ihsan, Allah meredai mereka itu dan direda dengannya. Disediakan kepada mereka itu syurga-syurga yang berlari di dalamnya sungai-sungai. Kekal mereka itu di dalamnya selama-lamanya. Inilah balasan kejayaan yang besar.`` (Al-Taubah: 100).
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Muhammad ialah Rasulullah dan mereka yang bersama dengannya sangat keras terhadap kalangan kuffar, bersifat rahmat di kalangan mereka. Engkau melihat mereka rukuk dan sujud.`` (Al-Fath: 29).
Dalam dua sahih (Al-Bukhari dan Muslim) daripada Abi Sa`id al-Khudri r.a. berkata, ``Adalah antara Khalid bin Al-Walid dan antara Abdul Rahman bin `Auf ada masalah, maka menyumpah (mencela)  terhadapnya oleh Khalid, maka bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ``Jangan kamu menyumpah akan salah seorang daripada sahabatku, maka jika salah seorang daripada kamu menafqah sebesar bukit Uhud emas, maka dia tidak mendapati bantuan salah seorang dari mereka dan tiada gantinya.``
Maka adalah ditegah dari sahabat yang lain dari  menyumpah sahabat yang pertama. Demikianlah hal Khalid yang masuk Islam sebelum Pembukaan Makkah, maka bagaimanakah hal orang yang bukan dari sahabat terhadap sahabat ?
Sesungguhnya telah thabit dalam Sahih Muslim daripada Jabir, bahawasnya Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Tidak masuk neraka oleh seorang yang mubaya`ah di bawah pokok.``
Dan berkata Al-Tahawi:
98 (Kami mensabitkan khilafah selepas Rasulullah s.a.w. terawal ialah Abu Bakar al-Siddiq r.a. dilebihkan baginya dan didahului di atas semua ummah)
Srh. Hadith-Hadith masyhur tentang keutamaan Abu Bakar ialah tentang pengutmaan Abu Bakar mengimami solat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Suruhlah akan Abu Bakar, maka hendaklah dia bersolat (Imam ) dengan orang ramai.``
Sebuah lagi Hadith membuktikan keutamaan pimpinan Abu Bakar.
Dalam dua sahih, daripada Nabi s.a.w. bahawasanya Baginda bersabda bermaksud:
``Sesungguhnya Allah membangkitkan daku kepada kamu, maka kata kamu, ``Engkau dusta.`` Maka berkata Abu Bakar. ``Dia benar. Dia menjagaku dengan dirinya dan hartanya.``
Berkata Al-Tahawi:
99 (Kemudian `Umar al-Khattan r.a.):
Srh: Yakni thabit khilafah selepasa Abu Bakar r.a. ialah bagi `Umar r.a. Yang demikian ialah dengan penunjukan kekhalifahan oleh Abu Bakar kepada `Umar dan sepakat ummah kepadanya. Kelebihan `Umar r.a. masyhur tanpa dingkari. Banyak perkara boleh disebutkan.
Meriwayatkan oleh Muhammad bin Al-Hanafiyah bahawa beliau berkata dia berkata kepada bapanya `Ali bin Abi Talib ra.a., ``Wahai bapaku. Siapakah sebaik manusia selepas Rasulullah s.a.w. ? Maka berkata `Ali, Wahai anakanda, apakah engkau tidak tahu ?, maka kataku, ``Tidak``. Dia berkata, Abu Bakar``. Maka kataku, Kemudian siapa ?. Dia menjawab `Umar. Aku takut dia berkata kemudian `Uthman. Maka kataku, `Kemudian ayahanda, maka katanya, ``Tidaklah aku melainkan sebagai salah seorang dari kalangan muslimin.``

Sekian.


No comments:

Post a Comment