February 5, 2016

Rumusan Bagi Pengakhiran Kitab Usul Al-`Aqidah Al-Islamiyyah Al-Tahawi


BBB, 25 Rabiul Akhir 1437 = 04 Februari 2016 (Khamis):


Bab  XXIV – Penutup
Al-Tahawi membicarakan di dalam kitabnya `Usul al-`Aqidah al-Islamiyyah` yang dipecahkan oleh Sharihnya - `Abd al-Mun`im Salih al-`Aliyy al-`Izziyy dari sharh yang dibuat oleh `Ali bin Abi al-`Izziyy al-Azra`iyy. `Abd al-Mun`im memecahkan matan Usul al-Aqidah al-Islamiyyah al-Tahawi kepada 111 pecahan yang dikuti pemecahan ini oleh Penulis yang penulis pecahkan semua pecahan ini kepada XXIV bab, iaitu bab yang dibuat Penulis menurut kesesuaian kandungan. Sebagaimana  `Abd al-Mun`im dalam kutipannya tidak memilih semua sharh yang dibuat oleh `Ali bin Abi al`Izz al-Adhra`i, maka demikian pula Penulis tidak mengambil kesemua petikan sharh yang dipetik oleh `Abd al-Mun`im. Penulis pula membuat saringan dan pilihan mana yang sesuai bagi menghuraikan 111 pecahan yang diletak di bawah XXIV  bab berkenaan. Ini antaranya untuk meringkaskan huraian. Apa yang diambil adalah dari perkara-perkara yang penting.
Mengikuti kandungan Usul al-`Aqidah al-Islamiyyah al-Tahawi dapat dialami ciri-ciri pendekatan salaf bagi `aqidah al-Islamiyyah yang dibawa oleh Al-Tahawi:
·         Sumber akidah al-Tahawi adalah ayat-ayat Al-Qur`an dan Hadith-Hadith Nabi s.a.w.
·         Al-Tahawi mengelak dari menggunakan kaedah ta`wil atau huraian bercabang makna yang mewajarkan huraian.
·         Pendekatannya tidak bertolak dari rukun akal sebagaimana permulaan bagi pendekatan Al-Ash`ari dan Al-Maturidi sebagai asas bagi membicarakan aspek-aspek akidah secara akli dan naqli. Hukum akal wajib, harus dan mustahil tidak dibicarakan sebagaimana dibicarakan dalam pendekatan Al-Ash`ari dan Al-Maturidi.
·         Al-Tahawi tidak mengkelompokkan sifat-sifat Allah dan memecahkannya kepada kategori-kategori (seperti nafsiyyah,salbiyyah, ma`ani dan ma`nawiyyah). Sebaliknya sifat-sifat yang ada di dalam ayat-ayat Al-Qur`an itu disebut, tanpa ta`wil dan tokok tambah.
·         Sebagai pendukung mazhab salaf dari segi akidah Al-Tahawi menentang keras aliran Mu`tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, Jahmiyyah dan Rafidah. Al-Tahawi menegak dan membelakan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
·         Pembicaraan tentang keimanan melebihi dari rukun iman yang enam yang biasa menjadi skop pembicaraan tentang ilmu aqidah/tauhid. Keimanan baginya melibatkan juga misalnya konsep do`a (misalnya yang hidup terhadap yang mati), penerimaan terhadap perlantikan khalifah-khalifah yang empat, kedudukan sahabat-sahabat, kedudukan ulama` ( contoh Ijma` al-`Ulama`)  ulama` Hadith, fiqh dan konsep karamat.
·         Al-Tahawi menegaskan bahawa Islam adalah agama yang satu sejak dari Nabi Adam membawa kepada Nabi Muhammad s.a.w. Akidah Islam tidak berubah, namun syariatnya berbeza antara rasul-rasul.
·         Al-Tahawi memberi perhatian membicarakan persoalan yang rumit dan sukar untuk memahami, misalnya persoalan kalam Allah, Al-Qur`an, qada` dan qadar`.
·         Al-Tahawi tidak memberi perhatian pada konsep `ikhtiar` yang menjadi topik penting dalam pendekatan Al-Ash`ari dan Al-Maturidi.
·         Walaupun Al-Tahawi dikategorikan sebagai pendekatan salaf, tetapi tidak ada percanggahan dari segi akidah dengan Al-Ash`ari dan Al-Maturid yang dilihat sebagai pendekatan khalaf. Lantaran itu ketiga aliran dikenali sebagai `Aqidah Sunni.
Dengan pendekatan yang dibuat itu, maka Al-Tahawi mengakhiri Matan `Aqidah al-Tahawinya dengan penutup kata:
111 (Dan manakala berakhir ungkapan oleh Al-Imam berdarajat tinggi Abu Ja`afar Ahmad bin Salamat al-Azdi al-Tahawi r.h.a.  mengenai maudu` akidah dengan kedalaman kefahamannya dalam bidang al-`Aqidah al-Islamiyyah dan cabang-cabangnya, dia menamatkan kalamnya dengan berkata, ``Maka inilah agama kita, dan i`tiqad kita, zahir dan batin. Dan kami mohon kebersihan kepada Allah Ta`ala  daripada setiap yang menyalahi apa yang telah kita sebutkan dan kita terangkan dan kita memohon kepada Allah agar mengekalkan kita di atas keimanan dan mengkhatamkan kita dengannya, dan Dia memelihara  kita dari hawa nafsu yang berbagai, fikiran yang berpecah, mazhab-mazhab yang keji, seperti Mushabbahah, Mutazilah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Qadariyyah dan selain daripada mereka itu yang mereka itu menyalahi al-Sunnah dan al-Jama`ah dan terjatuh di dalam kesesatan. Kita bersih diri dari mereka itu, mereka dipandang sesat, dan keji. Dengan Allah kita mohon pemeliharaan dan taufiq).
Srh. Kesesatan golongan berkenaan dan seumpama mereka kerana menyimpang mereka dari jalan yang betul yang diperintah Allah supaya kita taat.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Katakanlah, ini adalah jalanku, aku menyeru kepada Allah di atas jalan yang terang, aku dan yang mengikuti ku.`` (Yusuf: 108).
Berkata Abdullah bin Mas`ud, ``Menggaris kepada kami oleh Rasulullah s.a.w. garisan dan Baginda bersabda, ``Ini jalan Allah. Kemudian Baginda menggariskan beberapa garisan di sebelah kanan Baginda dan di sebelah kiri Baginda, dan Baginda bersabda, ```Ini jalan-jalan, syaitan menyeru ke arahnya. Kemudian Baginda membaca, Dan ini jalanku yang lurus, maka ikutkannya, dan jangan kamu mengikut jalan-jalan yang memecahbelahkan kamu dengannya daripada jalanNya. Inilah diwasiatkan kepada kamu, semoga kamu bertaqwqa.``
Kini kita mengetahui betapa pentingnya hidayah kepada manusia ke jalan yang lurus jauh lebih penting dari kepentingan-kepentingan yang lain. Lantaran itu Allah mensyariatkan di dalam solat membaca Umm al-Qur`an pada setiap raka`at, lantaran perlunya setiap hamba kepada do`a yang besar kedudukannya, yang mengandungi semulia-mulia dan setinggi-tinggi permohonan. Sesungguhnya  menyuruh Allah Ta`ala agar kita mengungkapkan:
``Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang mereka itu diberi nikmat ke atas mereka, tidak jalan yang dimurkai ke atas mereka dan tidak juga jalan kesesatan.`` (Al-Fatihah: 6 -7).

Sekian. Wa Allah a`lam.


1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..




    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/



























    ReplyDelete