11 Jamadil Awwal 1437 = 20 Februari 2016
(Sabtu):
`Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan
langit dan bumi. Dan Allah Amat Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu (Ali `Imran:
189)
Manakala bukti akli ialah wujudnya alam ini.
Selain dari dalil-dalil terdapat pembuktian
yang dinamakan kaedah burhan. Kaedah burhan ialah kaedah yang menggunakan logik
yang mempunyai premis pertama dan kedua dengan natijah. Logik ini pula adakalanya
berlapis yang menghasilkan natijah berlapis. Shaykh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi di dalam matannya - Umm al-Barahin dan diikuti oleh Shaykh
Muhammad Zain bin al-Faqih Jalaluddin di dalam huraiannya menggunakan kaedah
ini bagi membuktikan sifat-sifat Allah Ta`ala. Mereka menghujahkan dengan kaedah burhan bagi
sifat-sifat salbiah dan ma`ani di dalam kitab – Bidayat al-Hidayah.
Sebagai contoh burhan bagi qadimnya Allah.
Kata Shaykh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi:
``Adapun burhan wujub qidam bagi Allah Ta`ala,
kerana bahawasanya kalau tidak qidam nescaya
adalah baharu, maka ianya memerlukan kepada pembaharu, maka melazimkan daur
(berputar-putar) atau melazimkan tasalsul (berantaian berterusan).
Dalam huraian Shaykh Muhammad Zain, ``Apabila
thabit wujud Allah Ta`ala dengan barang yang telah terdahulu daripada dalil,
wajiblah bahawa adalah ia qadim. Dan kayfiyat menetapkan dalil bahawa engkau
kata bahawasanya dalil Allah Ta`ala bersifat dengan qadim itu, iaitu jikalau ia
tiada qadim, nescaya ia adalah baharu, dan jikalau ada ia baharu, nescaya
berkehendak kepada yang membaharukandia bagi barang yang dahulu, bahawasnya
tiap-tiap yang baharu itu, maka takdapat tiada baginya daripada yang
membaharukan dia, maka jika ada pekerjaan seperti yang demikian itu membawa
kepada tiada berkesudahan, maka iaitu dinamai akan dia tasalsul, maka iaitu
mustahil. Bermula jalannya mustahil pada tasalsul ini bahawasanya jadilah ia
membawa kepada ketiadaan Tuhan dan ketiadaan yang demikian itu mustahil, kerana
bahawasanya Allah Ta`ala Maha Suci daripada yang demikian itu, Maha Suci Ia
daripada berhenti wujudNya atas wujud Tuhan yang dahulunya lagi tiada
berkesudahan itu mustahil baginya dan wujud barang yang tiada berkesudahan itu
mustahil dan yang terhenti atas yang mustahil itu mustahil pula sepertinya.
Jelas daripada contoh di atas bahawa pembuktian secara burhan adalah terdiri
dari premis-premis berlapis-lapis hinggalah membawa kepada natijah.
Contoh bagi burhan tentang baqa` Allah kata
Shaykh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi:
``Adapun burhan wajib baqa` Allah Ta`ala,
kerana kalau ianya berkemungkinan mempunyai hubungan dengan `adam (tiada),
nescaya ternafilah qidam, kerana wujudnya pada masa itu menjadi harus dan tidak
wajib, dan harus tidak adalah kewujudannya melainkan baharu bagaimana contoh
yang baru lepas tentang wajibnya qidam Allah Ta`ala:
Dalam huraiannya kata Shaykh Muhammad Zain:
Ertinya wajib bagi Allah Ta`ala bersifat
dengan baqa` dan dalilnya itu bahawasanya jikalau dapat bahawa menghubung oleh
`adam, nescaya lazimlah bahawa ada ia setengah daripada segala mumkin yang
harus atasnya wujud dan `adam dan tiap-tiap mumkin tiada ada wujudnya itu,
melainkan baharu. Maha Suci Allah Ta`ala daripada yang demikian itu dan
melazimkan oleh daur tasalsul dan telah terdahulu keduanya mustahil, maka
nyatalah dengan demikian itu bahawa wajib qidam itu melazimkan ia akan wajib baqa`, dan iaitu yang dituntut.
Burhan bagi Mukhalafatuhu li al-hawadith, oleh
kerana jika menyamai Allah Ta`ala dengan sesuatu yang baharu, nescaya dia
adalah baharu sepertinya, yang demikian adalah mustahil.
Dan burhan bagi berdiri dengan sendiri, kalau
Dia berhajat kepada tempat, nescaya Dia adalah sifat, dan sifat tidak
disifatkan dengan sifat ma`ani dan tidak ma`nawiyyah, sedangkan Allah wajib
bersifat dengan sifat-sifat berkenaan, maka dia bukan sifat, kalau Dia berhajat
kepada yang mengkhusus nescaya Dia
baharu, bagaimana demikian sedangkan sesungguhnya telah ada burhan wajib
qidam dan baqa` Allah Ta`ala,
Dan adapun burhan wajib esanya Allah Ta`ala,
kerana bahawasanya kalau Ia tidak esa, melazinkan tidak ada sesuatu daripada
alam, kerana lemahNya.
Adapun burhan bagi empat sifat yang
disekalikan oleh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi;
``Dan adapun burhan wajib bersifatnya Allah
Ta`ala dengan qudrat dan iradat dan ilmu dan hayat, kerana bahawasanuya kalau
ternafi satu daripadanya, nescaya membawa kepada baharu seperti alam, maka ia
adalah mustahil.
Ulasan Shaykh Muhammad Zain, ``Ertinya
terdahulu memberi bekas qudrat Allah Ta`ala terhenti ia pada akal atas
iradatnya dengan bahawasanya iradatNya itu terhenti memberi bekas atas ilmu, kerana
bahawasanya iradat itu menqasadkan pada menentukan mumkin dengan setengah
barang yang harus atasnya dan qasad itu disyaratkan dengan ilmu dan bersifat
qudrat dan iradat itu tiap-tiap satu daripadanya terhenti ia atas bersifat
dengan hayat, kerana hayat itu syarat pada sekaliannya dan diperoleh mashrut
dengan ketiadaan syaratnya itu mustahil.
Seterusnya burhan wajib bersifat mendengar
baginya Allah Ta`ala dan melihat dan berkata adalah berasaskan kitab dan Sunnah
dan ijma` dan juga kalaulah tidak bersifat dengannya maka lazim bersifat dengan
lawan-lawannya, maka ianya kekurangan, dan kekurangan bagi Allah Ta`ala adalah
mustahil
Dan terakhir dari pembicaraan burhan bagi
sifat-sifat Allah Ta`ala ialah sifat harus bagi Allah mengada atau meniadakan
sesuatu. Kata Shaykh Muhammad bin Yusuf al-Sanusi.
``Adapun burhan adalah membuat Allah segala mumkinat atau
meninggalkannya harus pada Haqq Ta`ala, kerana jika kiranya wajib ke atas Allah
Ta`ala sesuatu daripadanya dari segi akal atau mustahil pada akal, maka
bertukarlah mumkin kepada wajib atau kepada mustahil, yang demikian tidak
diterima akal.
Bermula makna mumkin itu, iaitu yang harus
pada akal wujudnya dan `adamnya, tiada berat bagi salah suatu daripada keduanya
atas taulannya. Maka jika wajib atas Allah Ta`ala sesuatu daripada mumkin
seperti memberi pahala bagi orang yang berbuat taat pada akal atau mustahil
bagi Haqq Ta`ala seperti kufur dan
maksiat pada akal ertinya mekufurkan
orang yang kafir dan menyiksa orang yang `asi nescaya bertukar-tukar mumkin itu
wajib kerana makna wajib itu barang tiada dapat pada akal ketiadaannya atau
bertukar mumkin itu mustahil, makna mustahil itu barang yang trada dapat pada
akal adanya dan yang demikian itu mustahil, kerana bahawasanya menukarkan hakikat.
Demikianlah konsep burhan, iaitu bahasan yang
menggunakan bukti-bukti dan hujah-hujah secara rasional antaranya menggunakan
elemen logik yang antaranya bersifat berlapis bagi menghasilkan natijah yang
rasional dan betul.
Sekian.
No comments:
Post a Comment