February 6, 2016

Al-Iqtisad Fi Al-I`tiqad - Karangan `Aqidah Al-Ghazali


BBB, 26 Rabiul Akhir 1437 = 05 Februari 2016 (Juma`at);


Kita telah membicarakan aliran akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah bermula dari Al-Ash`ari, pendukung-pendukungnya  Al-Baqillani dan Al-Juwaini. Al-Maturidi dan pendukungnya Al-Taftazani dan  aliran Al-Tahawi. Ketiga-tiganya dikategorikan dalam aliran Aqidah Al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Telah disentuh, Al-Ghazali (m. 505H./1111M.) seorang tokoh ilmuan Islam terbesar dan terkenal mendalami bidang falsafah, tasawuf, fiqh dan akidah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pendekatan akidah yang disifatkan sekadar `Memada` dari segi perbahasan berkenaan ilmu al-Kalam. Apakah pendekatan yang dikehendaki oleh Al-Ghazali di dalam keilmuan berkenaan ?
Di dalam kehidupan Al-Ghazali beliau telah mengembara dari segi fizikal dari Tusi tempat kelahirannya ke Nisaburi, ke Hijaz, ke Iraq, Sham, Mesir dan menetap beberapa masa di Damshiq dan al-Quds dan pada penghujung usianya kembali ke Baghdad dan seterusnya kembali menetap ke akhir hayatnya di kampung halamannya di Tus. Sebenarnya Al-Ghazali tidak saja mengembara dari segi fizikal, bahkan lebih dari segi minda dan rohani. Ia amat terpengaruh dengan pemikiran falsafah terutama terhadap pemikiran Ibn Sina. Dia membaca dan mengkaji karangan-karangannya dan amat terpesona dengannya. Namun di sebalik kemanisan menghayati falsafah, dia bertembung dengan racun-racun falsafah yang menjadikannya enggan untuk terus meneguk madu falsafah beracun.
Al-Ghazali yang mengikuti mazhab fiqh Al-Shafie dan mazhab aqidah Al-Ash`ari merasa tidak senang, bahkan enggan menerima pendapat falsafah, terutama di dalam tiga perkara utama yang mengancam dari segi akidah keislaman:
1)      Pendirian falsafah yang mengatakan bahawa alam adalah kekal (qadim)
2)      Pendirian falsafah yang mengatakan selepas Tuhan mencipta Alam, maka keilmuan Tuhan tidak meliputi persoalan-persoalan yang kecil atau juz`iyyat
3)      Pendirian Falsafah menyatakan kebangkitan adalah bersifat ruh dan bukan dengan jasad.
Lantaran sedemikian Al-Ghazali memberontak terhadap falsafah dan menyerangnya terutama melalui karya-karyanya yang berjudul seperti `Tahafut al-Falasifah` dan `Al-Munqiz min al-Dalal`. Beliau mendapat ketenangan melibat diri dan mengamalkan keilmuan tasawuf. Beliau menghasilkan karangan-karangan di dalam bidang ini seperti kitab-kitab Ihya` `Ulum al-Din dan Minhaj al-`Abidin yang dikatakan karya terakhirnya.
Kembali kepada pengluahan Al-Ghazali tentang ketidakpuasan hatinya terhadap  pendekatan Ilmu Aqidah (al-Kalam). Beliau tidak memendamkan perasaan, sebaliknya beliau turut sama menghasilkan kitab-kitab di dalam bidang ini. Daripada berpuluh-puluh karangannya, terdapat beberapa karya di dalam bidang akidah seperti:
1)      Al-Iqtisad fi al-I`tiqad
2)      Al-Mustasfa fi `Ilm al-Usul
3)      Aqidah Ahl al-Sunnah
4)      Al-Mankhul fi `Ilm al-Usul.
Oleh kerana berbagai-bagai pendapat tentang jumlah karangan Al-Ghazali. Misalnya saudara Mohd. Nor Ngah dalam artikalnya berjudul, ``Hasil Karya Dan Penulisan Al-Ghazali` yang dibentangkan di dalam Seminar Al-Imam Al-Ghazali Dan Sumbangannya, anjuran Akademi Islam Universiti Malaya dan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dari 12 – 14 Safar 1409H. = 23 – 25 September 1988, saudara Mohd Nor mensenaraikan bahawa jumlah karangan Al-Ghazali ialah 72 buah (Buku Kumpulan Kertas Seminat, hlm. 509 – 607).
Manakala dalam `Pendahuluan` bagi kitab `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` dibicarakan tentang latar Al-Imam Al-Ghazali dan jumlah kitab yang dikarang oleh Al-Imam Al-Ghazali adalah hanya sejumlah 26 buah. 20 buah sudah bercetak, sedang 6 buah lagi masih di dalam tulisan tangan. Hal ini boleh menimbulkan pertanyaan, adakah buku `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` ini sebenar-benar karangan Al-Ghazali.
Di dalam buku `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` yang diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut, Lubnan (1403H./1983M.), Pemberi Kata Pendahuluan (tidak disebut Penulis Kata Pendahuluan), menimbulkan persoalan dari segi sahih atau tidak karangan `Al-Iqtisad fi alI`tiqad, sebagai karangan Al-Ghazali dibicarakan terlebih dahulu. Kata Pendahuluan tersebut sebagai maksud berikut (dalam bahasa `Arab):
``Terawal perkara yang perlu diberi perhatian adakah kitab `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` adakah benar sebagai karangan Al-Ghazali. Atas persoalan ini keseluruhan pengkaji menerimanya adalah karangan Al-Ghazali.. Dr.Abdul Rahman Badawi dalam tulisannya berjudul. `Karangan-Karangan Al-Ghazali` menerimanya sebagai karangan Al-Ghazali dan meletakkannya sebagai hasil karangan yang dihasilkan pada tahap kedua dari kehidupannya, iaitu dihasilkan antara tahun (488-489H.). Karangan ini terhasil selepas kitab `Maqasid al-Falasifah` dan `Tahafut al-Falasifah` dan mendahului kitab `Aql-Mustazhari` dan Ihya` Ulum al-Din` dari segi tartib. Demikian juga pendapat orientalis Massignon, kecuali W. Montgomery Watt juga seorang orientalis menyebut bahawa kitab `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad`, dihasilkan pada bahagian awal dari kehidupannya, dan ianya mendahului `Al-Ihya` dan mengikuti `Al-Maqasid` dan `Al-Tahafut`, dan `Mi`yar al-Ilm` dan `Al-Mustazhari`. Walau bagaimana perselisihan pendapat tentang pada bahagian  usia mana kitab `Al-Iqtisad fi al-I`Tiqad` dihasilkan oleh Al-Ghazali tidak menjejaskan bahawa kitab `Al-Iqtisad fi al I`tiqad` sebenarnya adalah karangan Al-Ghazali.
Namun dengan kajian terperinci boleh memberi panduan dan pertunjuk, bahawa jika karangan `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` adalah dihasilkan pada bahagian awal dari kegiatan Al-Ghazali menulis seperti kata orientalis W. Montgomery Watt dapat menunjukkan bagaimana tanggapan dan pendekatan Al-Ghazali terhadap ilmu al-kalam pada peringkat permulaan. Tetapi jika benar `Al-Iqtisad fi al-I`tiqad` dihasilkan selepas karangan seperti `Maqasid al-Falasifah` dan Tahafut al-Falasifah` seperti kata Dr. Abdul Rahman Badawi dan Massignon seharusnya ada di sana sini  terdapat pembicaraannya terhadap falsafah secara langsung atau tidak secara langsung bersifat penyerangannya terhadap falsafah ini.
Sesungguhnya jika kajian mendalam mau dibuat terhadap Al-Ghazali – terpaksa membaca dan menyelidik semua karangan-karangannya, maka aspek ini adalah merupakan aspek yang menarik untuk dibuat kajian. Sesungguhnya tokoh keilmuan Al-Ghazali bersifat pelbagai. Pelbagai aspek yang dapat dibuat kajian terhadapnya yang sebenarnya makin dikaji, makin menyerlahkan ketokohannya di dalam berbagai bidang, khususnya dalam bidang falsafah, akidah dan tasawuf.

Sekian.


2 comments:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..




    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/



























    ReplyDelete